Wednesday, November 7, 2012

Arif and the bedtime story


“mcam tu la cerita dia... dah, arif pergi mandi, malam nanti kita sambung lagi eh?”

Aku di tebing swimming pool. Arif, yah, hariz duduk di kerusi2 dalam air tu mengelilingi aku. Dengar aku berpenglipur lara. Semua dah menggigil sebab badan separuh dalam air, separuh luar. Jadi aku suruh semua mandi je, taklah sejuk sangat.

“emmmmmmm” *geleng geleng. “nak cerita lagiiii”

“hah? Arif tak nak mandi?”

*geleng geleng. Yah dengan hariz dah entah ke mana dah.

Haih peliknya budak ni. Tak mandi swimming pool? Aku tak nak bagi diorang terdedah kat udara sebenarnya, nanti sejuk. Aku yang runsing sudahnya. Inikah Muhammad Arifuddin? Yang bising-bising nak swim tadi? Wahaha

“takpela, dah menggigil-gigil dah tu. Ni tinggal 30 minit je lagi. Nanti kena balik dah.” Aku ingatkan ‘perjanjian masa’ yang kitorang dah buat sampai-sampai kat golf club ni tadi.

Mulut dia muncung macam itik. “nak cerita” suara perlahan dengan mata pandang aku.

Sebenarnya ni dah entah kali ke berapa aku cakap “kita sambung nanti eh”. Kejap sambung sikit, sambung sikit lagi, sambung sikit lagi. Aku cakap nanti sejuk sebab badan kena angin, Arif cakap “ok, Arif menyelam macam ni” *masuk badan dalam pool sampai paras leher. Sungguh-sungguh dia tak nak bagi aku stop.

“takpela, nanti malam kita sambung la lagi insyaAllah, k.diyana janji, janji”

Entah berapa kali ulang janji-janji manis mahu sambung cerita malam nanti before tidur sambil ugut-ugut masa swimming dah nak habis, barula dia pergi sambung swim -,-

Asalnya aku tak berniat langsung la nak bercerita tepi swimming pool, macam hape je. Aku just bawak buku yang aku guna untuk bedtime story dengan depa memandangkan aku kena jaga diorang swimming. Daripada termenung seperti orang putus cinta, baik bawak buku tu baca. Ala ala preparation la, barula bedtime story smooth gitu lalalala. Sekali diorang nampak aku pegang buku tu terus “kak diyanaaaa nak ceritaaaa” susah pulak nak menolak.

Ehem. Malam tu aku baru sambung cerita sikit, pasal Umar al-Khatab masa pemerintahan dia, arif dah terlelap. Heh, reti pun habis bateri. Satu hari melompat ingatkan energy unlimited. Kalau hari-hari biasa jangan harap la dia nak terlelap centu. Lepas 1 cerita, “1 je lagi, please” heih. Yang lagi best, “esok kan k.diyana dah nak balik, kena la banyak sikit” eh eh boleh pulak centu. bila aku masuk belajar, Umi yang kena cerita.

Ada hari aku dah lelap lagi awal dari dia hahaha, kalau aku ada kekuatan untuk bangun, okayla. Kalau termiss tu “semalam k.diyana tak cerita pun.” Ada jugak hari banyak benda nak buat ke, bila dia dah siap gosok gigi apa semua, dia ketuk bilik, “k.diyana, masanya dah tiba” “lain kali lah, lain kali lah, k.diyana banyak kerja la” nanti dia diam kat luar pintu bilik. Bila bukak pintu nampak budak duduk depan pintu, “kenapa ni Arif?” *air mata mengalir slow “takde orang nak cerita”. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa budak ni kann.

*Kadang-kadang aku rasa aku mengaku aku ter-manja-kan dia. Sampai k.lah kata “ha, buat macam tu, tu yang budak laki jadi lembik tu!”. Kegagalan membezakan lelaki dengan perempuan ke hape. Astaghfirullahal-azim. Diyana, didik dia jadi singa la, bukan jadi kucheng!

Begitulah seterusnya. Akhirnya dia sangat berminat dengar ‘cerita-cerita’ itu. Bila dengar, muka berkerut.

Aku ingat lagi awal-awal dulu, 1st time legasi bedtime story ini dimulakan,
“k.diyana cerita boleh?”
“nak k.diyana cerita pasal apa?”
“ermm, pasal Rasulullah!”

Whatttt? Mana mungkin aku lepaskan peluang keemasan ini. Aku tak taulah Arif memang suka dengar cerita pasal Rasulullah atau dia pakai sebut je random. Tapi aku peduli apa hehe. Jujurnya, aku rasa ini peluang besar untuk sesiapa pun antara kita, kakak ke mak ke, untuk guna bedtime story sebagai medium untuk membebel corakkan pemikiran kanak-kanak dari kecil.

Korek habis kegemaran Rasulullah la, baju la, kisah baginda dengan perempuan tua ke hape ke tak kisahlah. At last, sebenarnya kan, manfaat tu kembali kepada diri kita sendiri. Untuk menyegarkan kembali kisah-kisah agung itu dalam jiwa kita. Even ada cerita yang kita pun baru tau, hanya sebab kita cari cerita untuk dibentangkan pada budak-budak ni.

Hari tu, sebelum aku cerita pasal sahabah, aku tanya mereka,
“siapa orang paling hebat?”
“boboiboy!”

T_T
Do you see it? Do you seeee??

Sebab tu lah kita kena kembali kan semula pemikiran mereka tu. Dengan menanam semula, siapa hero-hero kita yang sebenar. Yang real, yang wujud, yang benar-benar nyata. Yang telah terbukti kehebatannya.

Jangan cerita kosong. Waktu bercerita tu, ceritalah dengan hati. supaya ia sampai juga ke hati. Bila cerita tentang keberanian dan ketegasan Umar yang digeruni syaitan itu, ceritakan dengan impian anak kecil itu menjadi seberani itu. Waktu bercerita tentang keimanan Abu Bakar, sampaikan agar keyakinan Abu Bakar turut hidup dalam jiwa anak kecil itu. Waktu bercerita tentang kehebatan al-Fateh, bayangkan satu hari nanti anak kecil itu juga akan menjadi al-Fateh. Mari, mari sampaikan kisah hebat mereka.

Kanak-kanak itu ibarat span kering, apa sahaja yang lembab di sekeliling mereka akan diserap. Semuanya, takde pilih-pilih. Usah lah biar yang dilihat hebat di mata mereka adalah boboiboy, superman, cicakman, upin ipin. Biar yang berputar meresap dalam pemikiran mereka masa tidur itu adalah kehebatan dan ketangkasan para sahabah, pengorbanan dan kemuliaan Rasulullah, ketinggian dan keteguhan para jundullah. Biar itu, itu yang membentuk siapa mereka apabila mereka bangun esok.



ha, ha, spoil family portrait -,-


kenapa saya kata saya manjakan dia? Ni contoh.
“k.diyana sayang Arif”
“kenapa?”
“sebab k.diyana sayang Arif”
“tapi Arif kan nakal?”

Ok, aku pun takleh over sangat kot haha.
Moga di sebalik kenakalan dia, ada logam menyinar yang bakal berkilau untuk agama Allah.
Wahai anda yang membaca, katakanlah Ameen.

Monday, November 5, 2012

Ibtisam hijau




Hari itu. Hari dia tiba di rumah setelah seperjalanan dari kolej. 

Bangunnya awal pagi persiapkan apa yang tidak siap. Jam 8 terus ke kelas membiar otaknya menghadam nombor-nombor. Seusai kuliah, berulang alik ke pejabat HEMs melengkapkan borang pihak penganjuran. Naik turun bangunan 4 tingkat mengambil dokumen di biliknya. Terus ke stesen bas bersama naqibahnya. Meluangkan masa menghadam pula hadaf dan bahan daurah yang bakal berlangsung esoknya.
Di dalam bas kalau lazimnya dia bisa tidur, kali ini tangan kanannya memegang material daurah, tangan kirinya memeluk buku tebal microbiology yang testnya tidak lama lagi. Dari bas ke LRT, dari LRT ke LRT lagi. Berdiri, duduk, berjalan. Otaknya penuh merangka-rangka, terkadang matanya berpinar merenung tulisan di atas kertas. Sesampai di stesen LRT, bundanya mengambil dan terus dihantarnya ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Yang hanya 2 jam kemudian namanya dipanggil. Dia dapat rasa mindanya semakin letih, Allahu. Tidak, aku mampu. Kemuncaknya tiba apabila usai solat maghrib, dia terlelap di atas sejadah hingga ke esoknya. Bangunnya di tengah malam pekat itu penuh murung dan kekecewaan, hanya menunaikan isya’ di sisa-sisa waktu.
Itu benar-benar kemuncak.

Mutiara jernih mengalir tanpa dipinta.
Mengapa aku jadi begini..
 
Astaghfirullahalazim.
Tuhan, aku tidak mampu berbohong lagi.
Jujurnya aku letih!

Persis seorang anak menangis di ribaan ibunya.

Ampunkan aku kerana mengeluh begini.
Aku tak mampu berbohong lagi..

Sekuat-kuat dia di hadapan manusia.
Di hadapan Tuhan, dialah selemah-lemah insan.

Segala cerita jiwa dimuntahkan.
Kaku. Kaku dia sendirian di bilik kecil itu

Tiada suara dari celah almari berbicara ‘bersabarlah’
Tiada jari ajaib menyeka air matanya
Tiada tangan hangat menggosok bahunya

Tapi dia rasa aman lebih dari segala-galanya
Tubuhnya kuat tiba-tiba
Hatinya rasa segar kembali
Jiwanya rasa bertenaga

Inilah yang tak mampu dia temui di mana-mana
Selain pada pertemuan denganNya

Tiba-tiba dia mampu berkata kepada dirinya
Tubuh ini aku infakkan di atas jalanMu, Tuhanku.
Demi Engkau, aku relakan segala sakit
Inilah yang aku bayar untuk JannahMu
Aku mohon, terus pilih aku di atas jalan ini.







Wednesday, October 24, 2012

i need them back.



“masa tu hak mutlak Allah. Pada pandangan mata kasar kita, mestila orang yang free, yang study lagi banyak jam dari kita, dia belajar lagi banyak, lagi pandai. Tapi masa tu memang hak milik Allah. belum tentu orang yang study 4 jam, dia faham. Tapi ada orang, dia study setengah jam je, study dia berkualiti, Allah bagi dia lagi faham, dia absorb lagi banyak.”




Sungguh-sungguh kita cakap kat kawan kita .





xxxxxxx



15 disember 2012.

Tengah lab, kena study different reaction rates at different temperatures. Kena react kan dua bahan at several temperatures. Kitorang buat in pairs.

Mula-mula letak 2 test tube dalam water bath 30 degree celcius. Bila sampai 30 darjah, kitorg akan mix dan study reaction rate dia. Kena buat untuk 30, 40, 50, 60 and 70 darjah.
Ceh semangat explain  -.-

Tengah buat untuk 30 degree. Tangan Lani *nama orang*, partner saya pegang dua penyepit bernama tong yang menyepit test tube di dalam water bath. Nak tunggu temperature naik.

Aku waktu tu sibuk angkut test tubes dekat test tube rack, tangan ready nak catat data, sambil kejap-kejap check temperature dah sampai ke belum.

“biar kita gi buat yang 40 degrees punya, cepat sikit siap, nanti temperature da sampai awak bagitau kita, kita guna stopwatch, eh tapi ramai orang kat water bath tu..”



“dee..”



“hurm?”



“jangan rush-rush, relax.. ingat tak awak cakap, masa kan, hak milik mutlak..?”



diam.



“entah-entah, awak nak buat cepat-cepat kan, sekali pecah ke, result tak ok ke, kena ulang balik dari awal, jadi makin lama..”





xxxxxxx




Indeed. I need my words back at times I forgot them. 




Thursday, October 11, 2012

isk3..


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, tak tergambar kesyukuran yang harus dipanjatkan kepada Dia. Dia yang memilih aku untuk mengenal Dia dan diri sendiri dengan lebih lagi. Allahu. Nikmat apakah yang lebih besar, daripada nikmat mengenal dan mengetahui tujuan penciptaan diri sendiri?

Subhanallah. Terasa dalamnya cinta dan sayang Allah.




Ini Sejarah Kita.

Ya, aku ambil keputusan untuk pergi juga daurah ini lagi sekali. Sebab yang aku pergi sebelum ni, masa form 3 dekat sekolah dulu, yang diwajibkan kepada semua bakal nuqaba’ waktu tu. Aku rasa ingatan dan kesedaran aku dah berkarat, di samping kematangan otak aku yang tak seberapa waktu tu, jadi mungkin kurang menyerap.

Dan, terima kasih Allah sebab pilih aku!!! (rasa macam nak buat tanda seru satu perenggan. eh)



“barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu,
Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga”
(Bukhari)

Allahu.





‘KITA’

Lebih separuh daurah, kakak-kakak duk tekankan pasal frasa ‘kita’ je berbanding ‘sejarah’. Sebab persoalan siapa ‘kita’ lebih penting berbanding frasa ‘sejarah’. Tanpa cukup kenal ‘kita’, mengkaji sejarah tak ubah seperti membaca sebuah lagi buku cerita. semua itu hanya akan menjadi cerita ‘mereka’.

1.Siapa kita.

Ok, kalau tanya satu perkataan ‘siapa awak?’

Apa jawapan?
Nama sendiri? Manusia? Student? Pekerja? Anak? Penjual pisang goreng?

Saya tanya anda,
Option jawapan ‘seorang muslim’ itu berada pada nombor berapa?

Sedarkah ‘kita’ ini yang sebenarnya merupakan seorang muslim. Lebih, lebih dari segala-galanya. Kalau kita sebenarnya seorang manusia, tentulah hidup kita ini mainly adalah untuk makan, minum, mandi, bermain, bekerja, tidur dan penuhi fungsi manusia sahaja. Kalau kita sebenarnya seorang pelajar, tentulah segala kudrat dan kekuatan untuk belaaaaaajar semata-mata. Dan kalau kita ini seorang penjual goreng pisang, eloklah hidup goreng pisang semata-mata pagi petang siang malam.

pastinya Google

Tapi, tujuan kita diciptakan untuk apa?

2.Tujuan kita

“dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” (51:56)

Ya, fungsi dan sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi abid. Hamba kepada dia. Maknanya semua yang kita buat ni, adalah semata-mata untuk memenuhi arah tuan kita. Everything. Everything that we do is to please Him. More than anything.

Terkesan dengan sharing sorang kakak ni,
Dia kata bila sebut ibadah, bukan takat syahadah, solat, puasa, zakat haji lalala. Tapi seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Kalau pergi kelas anatomy *sesungguhnya beliau merupakan student medic* ke hape ke mesti prepare dulu, datang awal. Tapi bila kelas medic and society sambil lewa je, datang lambat, jadi ibadah ke?

Dush. Kena satu das. Bila nak gi kelas material balance ke, bio ke cuak-cuak sungguh-sungguh. Tapi kelas IELTS, lepak gaya itik pulang petang buat muka bosan malah suka berangan dalam kelas tak pun main minesweeper. *astaghfirullahalazim :(

itik pulang petang dr Pakcik Google lagi

Betul, bila kita buat semua benda kerana ibadah. Setiap inci perbuatan kita akan menjadi yang terbaik dan almost perfect!


“Dia berkata ‘sesungguhnya aku menjadikan di bumi seorang khalifah” (2:30)

k.wani kata ramai orang concern tujuan penciptaan mereka untuk beribadah sahaja, tapi ramai lupa tentang satu lagi tugas kita, menjadi khalifah. Yang menjadi pemimpin, dan memakmurkan muka bumi. Membuatkan semua orang patuh kepada perintah Allah.

Allah cakap pasal semua manusia yang ingin Dia ciptakan. Manusia. Tiada pengecualian hanya manusia yang mengambil syariah atau mengajar subjek pendidikan islam atau belajar di sekolah agama atau masuk usrah atau apa apa sahaja. But all human as a whole!


Menjadi abid, dan khalifah.  Bukan suruhan atau galakan atau perkara harus cikai-cikai sahaja. Ini adalah agenda terbesar penciptaan di sebalik manusia! Ini tugas dan fungsi keberadaan kita di atas muka bumi ini!

Dan ini juga langsung tidak bermaksud. Kita mesti dok ngaji agama, dengar kuliah, attend usrah daurah semata-mata. Keluarga, study, kerja hanyalah dunia dan material semata-mata. Nyah! Tentulah tidak begitu. Seorang muslim kah apabila homework tak siap dan belajarnya sipi-sipi cukup-cukup makan sahaja? Seorang muslimkah apabila bersepah serabai biliknya? Seorang muslimkah apabila tak pedulikan ibu bapanya? sobsob

Tapi,
“muslimkah bila tengah study, azan, tunggu nak siapkan homework dulu”
“muslimkah bila sebab kerja, sanggup buka tudung”

Kita bukan pelajar muslim,
Kita muslim yang belajar.

Then only we’ll see everything- our study, our wealth and desires, our relationships- from the view of a muslim; a servant and a caliph of Allah.


Dan bila kita benar-benar sedar tujuan dan matlamat sebenar kita di atas muka bumi ini, kita tak akan terganggu dan rasa down oleh perkara-perkara kecil dan remeh - Result tak seperti dijangka, kawan tak nak teman gi toilet, kucing hilang, tudung tak cukup tajam..

Contohlah, anda pergi satu farm sebab nak petik buah strawberry, tiba-tiba anda nampak semua pokok limau layu diserang ulat dan serangga. Adakah anda akan kecewa dan sedih? Buat apa nak sedih? Kita nak petik buah strawberry, bukan limau!

Ya, bila kita nampak tujuan dan objektif sebenar hidup kita, dada akan menjadi lapang selapang-lapangnya, jiwa akan menjadi besar sebesar-besarnya.

Nothing except His anger will put us down!


3. logam

“manusia itu seperti logam. Hebatnya dia ketika jahiliah, begitulah hebatnya ketika Islam. Jika dia ‘faham’”

Logam pada Umar
Semua kenal dengan sesusuk peribadi ini. Yang pada masa jahiliahnya merupakan sebengis-bengis manusia. Yang bahasanya cuma hunusan pedang. Yang suaranya takkan ada tentangan. Digeruni kawan dan lawan.

Hingga baginda rasulullah pun mendoakan keislaman beliau!

Dan, lihat tak bagaimana logam itu berkilau tatkala beliau menganut Islam? Yang dia akhirnya menjadi benteng dan kekuatan ampuh bagi Islam. Yang dia akhirnya menjadi setegas-tegas manusia mempertahankan Islam, yang syaitan menggigil ketakutan melihat wajahnya, tak berani bertembung jalan dengannya. Yang menjadi sang al-Faruq; pemisah haq dan batil!


Logam- ia boleh dilentur, kuat, sukar ditemui, tak mudah pudar, harga tak mudah turun. Dan pada diri setiap manusia punya logam tersendiri. Dan logam ini lah yang harus digunakan untuk melaksanakan 2 tugas besar kita itu.

Bukan untuk menjadi khalifah, wajib pandai bercakap sahaja. Tidak, lain orang lain logamnya.


1- ada sorang akhawat ni, dulu dia suka dengar lagu, compose lagu. sekarang, dia yang tolong rentakkan hadith jadi lagu supaya kitorang senang hafal. :')

2-
“akak, jenis semangat. Dulu, masa akak couple, akak semangat sangat. Akak cerita kat semua orang akak couple. Tapi bila akak sedar je dan faham semua ni, akak betul-betul semangat, akak tinggalkan semua tu, akak ubah diri akak dan pegang betul-betul apa yang akak dapat dalam diri akak”

3- Kisah ini saya dengar dari senior saya. Tapi ampun sangat saya tak ingat perfect detail. Tapi ada seorang lelaki kristian ni, dia seorang photographer.bila beliau terima hidayah, beliau pergi ke palestin dan tangkap gambar mangsa-mangsa dan pelarian di palestin. Dan gambar-gambar beliau akhirnya membuka mata dunia akan kesengsaraan dan penderitaan umat di sana yang sebelum itu didiamkan oleh para zionis-yang mencipta imej pengganas pada wajah umat Islam di sana. Dan akhirnya beliau menjadi top 10 manusia yang di-target dan di-blacklist oleh para zionis.

Subhanallah. Itu logam mereka.

Anda? Suka conteng dinding? Suka berfesyen? Suka shopping? Suka bisnes? Suka bergayut? Mulut potpet?

Semua itu akan menjadi sehebat-hebat logam yang berkilau dan menyinar!


Tapi?

“....jika dia ‘faham’”

4. faham

Apa sebenarnya kefahaman yang baginda maksudkan itu?

“jika Allah berkehendakkan kebaikan bagi seseorang,
Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama”

 Ya, kefahaman dalam agama.

Apa? Masa spm dulu anda tak belajar pendidikan Qur’an Sunnah? Pendidikan Syari’ah Islamiah pun sama? Ceh. Terlebih gimik.

Tentulah bukan Islam pada subjek-subjek dan teori-teori yang dimaksudkan. Bahkan boleh jadi orang yang mengambil kursus syari’ah pun belum dapat ‘kefahaman’ yang dimaksudkan.

Kefahaman dalam agama yang dimaksudkan ialah. Kefahaman yang sebenar, dari segi aqidah, ibadah dan akhlak. Bahkan subjek-subjek di atas hanyalah cabang-cabang kecil daripada kefahaman sebenar ini.

Ya, faham yang benar-benar faham apa hadaf dan matlamat kita. Keyakinan yang sebenar dan benar-benar rasa tentang kewujudan Allah dan keberadaan dia dalam setiap titis jerih peluh perjuangan kita untuk dia. Kemanisan itu. Hurm, bagaimana ya saya mahu explain?

Macam contohnya belajar pasal menstruation cycle.
Bila lelaki belajar, mereka sekadar tahu dan belajar teori.
Tapi perempuan belajar, mereka benar-benar faham, kerana mereka alami sendiri.
Kehkeh obviously ni contoh yang k.dalila sendiri bagi

Contoh lain juga adalah seperti membaca buku teks material balance
Pasti kita blur-blur sahaja takde perasaan
Tapi kalau baca novel? Orang tengah perang, rasa berdebar sekali. Hero mati sama-sama syahdu sekali menitis-nitis air mata. Eh?


Ya, itulah beza memahami dengan otak dan memahami dengan hati.


Dan, hanya dengan kefahaman dari hati ini. Logam anda dapat digilap, diasah, ditempa menjadi sebuah logam yang hebat! Kata k.dalila, kalau kita betul-betul faham, Kita tak akan pilih-pilih. kita tak akan ambil islam separuh-separuh. Kita akan celup diri kita sepenuhnya dengan celupan Allah!

Hanya dengan itu, contengan kita bisa menjadi karya yang membuka mata-mata manusia, fesyen kita mampu mewarnakan dunia fesyen dengan lakaran Islam, gila-gila kita menjadi solekan yang memikat hati-hati mad’u,  leteran kita menjadi siraman yang menyegarkan jiwa-jiwa lesu.

Apa sahaja potensi, kebolehan, kemampuan, apa sahaja, semuanya... menjadi logam hebat, alat untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah dan hamba dia.


k.dalila kata lagi kena cari dan korek logam dalam diri. Ambil masa, fikir, dan cari. Kalau tak jumpa juga, tanya kawan, apa logam kamu.


“kalau tak jumpa logam dalam diri,
Takkan dapat pecut keluar”


5. sains tulen vs sains sosial.

Okay ini pula cerita otak kiri dan otak kanan. Secara generalnya otak kanan melibatkan linear thinking;  membabitkan maths, science, bahasa, lists, logik. Manakala otak kiri melibatkan holistic thinking: seperti politik, law, creative thinking lalala.. sains sosial la senang cerita.

Kita selalu kejar nak menceburi sains tulen. Nak jadi doktor, engineer, lalala. Tapi siapa lebih besar kuasa dan pengaruhnya terhadap manusia? Mana yang kita lebih kenal, engineer atau bapak perdana menteri? Doktor sakit puan atau retis-retis?

Orang sains sosial, mereka deal dengan manusia. Sains tulen pula bergelumang dengan nombor, tulisan, mesin, bakteria.

kita harus jadi manusia sains tulen yang berfikiran sains sosial.




‘SEJARAH’

#1 pada zaman permulaan dakwah di Makkah. Rasulullah berdakwah secara sulit 3 tahun dan terbuka 10 tahun. Sepanjang tempoh itu baginda hanya fokus pada aqidah. Jumlah Islam selepas 13 tahun itu hanyalah 300. 300 orang ini adalah core group atau qaedah sulbah yang menerima tarbiah direct dari baginda.

#2 fasa madinah bermula selepas menerima perintah hijrah daripada Allah. Di madinah lah bermula daulah islamiah. Mula turun perintah2 untuk ibadah – solat, zakat, jihad etc dan menyaksikan siri-siri peperangan. Di madinah selama 10 tahun.

#3 kaum kafir melanggar perjanjian Hudaibiyah – membawa kepada fathul makkah. Waktu itulah kelihatan kekuasaan Islam, maka berbondong-bondonglah manusia memeluk Islam. Tapi takkan sama 124 000 itu dengan 300 yang menerima Islam di tengah2 pelbagai tentangan.

#4 setelah kewafatan Rasulullah, legasi baginda diteruskan oleh khulafa’ Rasyidin. Ketika inilah bermula perluasan kuasa. Setiap khalifah memeliki fokus tertentu eg khalifah Abu Bakr memerangi golongan murtad, enggan membayar zakat & nabi palsu etc etc etc.

#5 era pemerintahan bani umaiyah bermula. Sistem monarki diguna pakai. Perluasan wilayah hingga ke Andalusia (sepanyol) di bawah Thariq ibn Ziyad. Pemerintahan Umar abdul Aziz menyaksikan Islam makmur semakmur-makmurnya.

#6 era Abbasiyah.
“wahai awan, ke mana pun engkau pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku”
Jawatan Khalifah kembali dianggap sebagai amanah dari Allah. Zaman kegemilangan pada masa khalifah Harun ar-Rasyid dan anaknya, al-makmun menyaksikan ‘hampir-kesempurnaan’. Seluruh kekayaan disalurkan untuk kebajikan sosial dan negara. Khalifah harun yang sangat cintakan ilmu sejak kecil turut mempengaruhi hebatnya peningkatan intelektual zaman itu. Perpustakaan terbesar (darulhikmah) dibina. Manusia terkaya bukan businessman tetapi penterjemah buku. Buku-buku dari tamadun lain diterjemah. Disiplin ilmu yang baru dicipta. Al-khawarizmi, al-farazi, al-kindi, ibn thufail. Fizik, perubatan, seni bina, muzik, falsafah, ilmu kalam dan banyak lagi - Para intelektual bagi hampir semua bidang ilmu muncul. Waktu ini, merupakan Golden Age islam. Bani abbasiyah menguasai 2/3 dunia dan menjadi ustaziyatul alam = world order! Bagaimana kita melihat AS dan Israel hari ini, begitulah barat melihat Islam waktu itu!

#7 serangan daripada suatu bangsa tanpa tamadun, kasar, tidak berperikemanusiaan, biadap, busuk – bernama Monggol ­– telah menjatuhkan ketamadunan Islam dalam sekelip mata. tiada satu pun kawasan yang mereka lalui kecuali wanita diperkosa, semua yang ada dipancung, harta dirampas, sungai menjadi darah. Orang-orang terpenting dikumpulkan dan dipancung kesemuanya, dan raja dibunuh dengan cara yang kejam.

#8 tamadun Islam kembali naik dengan pembebasan kota Constantinople oleh al-Fateh dari kerajan Turki Uthmaniyah. Waktu ini, eropah sedang melalui Renaissance setelah mencontohi kegemilangan Islam di zaman Abbasiyah. Mereka melancarkan perang salib. Penaklukan kembali baitul maqdis oleh mereka telah dirampas semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.

#9 sistem khilafah runtuh hingga angka ‘kosong’-ibarat luka umat yang pedih. Setelah pengkhianatan oleh Mustafa Kamal Attartuk. Lelaki yang mempelajari Islam untuk menghancurkan Islam. Create scene mengalahkan tentera British dan kemudian dianggap hero, diangkat menjadi raja. Ubah semua sistem dan dasar – azan diterjemah ke bahasa turki, uniform skirt, kalendar hijrah diubah ke kalendar masihi, dan melenyapkan sistem khilafah yang abad-berabad menjadi kekuatan umat Islam.










Hari ini kita telah kehilangan ustaziyatul alam itu. Juga daulah islamiyah yang bermula di era madinah. Kita sudah kembali ke fasa Makkah. Islam kelihatan naive, dianggap asing, Jahiliyah sangat berleluasa. Sunnatullah pasti terjadi, Islam pasti akan sampai ke puncak kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu. Tetapi sunnatullah itu hanya akan terjadi, apabila umat Islam kembali mengenal siapa dan tujuan diri mereka, mengasah logam dan memancung jahiliah. persoalannya, 


Adakah kita ingin menjadi antara 300 orang yang bersama baginda di tengah-tengah penentangan hebat itu, atau cuma bahagian dari 124 ribu yang berbondong-bondong memeluk Islam hanya setelah gerun akan gahnya Islam?

Sunday, September 23, 2012

Chirp. Chirp.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahnmatullah 


Okay, beberapa hari lalu, saya buat akaun twitter.
(meriah teman-teman menyambut malu i aww)
Ya, saya ada beberapa sebab tertentu.

But few moment later, i can really feel something is wrong,
And I dont feel right about it.




#1
Jujurnya saya rasa kurang senang, bila melihat twitter membuatkan orang cakap semua benda. Yes, almost everything. Which sometimes I feel, bukan semua benda perlu diceritakan kepada orang.

In certain cases, kita boleh nampak bagaimana sabar sedikit demi sedikit menipis.

“demam”

“pening”

"panasla dekat sini...kjnfa"

“sampai hati dia tut.. tutu...”

“apahal la. ..lala la.ala”

Bila perkara tersebut in reality we dont tell anybody, -which is fine enough - but just because we have twitter, sekecil-kecil itu pun kita cerita, when sometimes they are best to be kept silent.

Somehow aku nampak macam, kerana twitter manusia dah jadi makin kuat mengeluh.




#2
Aku pernah dengar kata-kata ni dari mulut budak laki,

“Joyah kalau dia belum sampai Pavi lagi kitorang dah tau dia pakai baju apa”

Baiklah, obviously Joyah bukan nama sebenar hehe.

Mereka cakap tentang Joyah. Joyah tu perempuan. Aku pun perempuan. Mestilah aku malu juga.

Dan cerita cerita yang selama ni jadi rahsia – cerita personal yg share dengan family dan teman-teman sahaja, macam tidur pukul berapa, makan pukul berapa, breakfast apa, pakai apa, sekarang satu dunia dah tau.

Malu sedikit demi sedikit terhakis.






hurm, itulah dua benda yang saya nampak daripada twitter. ye, di fb pun wujud begitu. but from my ordinary view, i can see those who don't do that in fb, do when they're in twitter. maknanya di twitter perkara itu berlaku dengan lebih maha dominan.

Saya cuma rasa, sebelum saya terbiasa dengan suasana sebegitu and be a part of it, it’s better for me to back off.
  

Ada orang cakap kalau centu private kan je la. Hehe. But no no no *geleng2 kepala*, one of my intention of having twitter is spreading message – which is not available to non-followers while having a private account. Another one is, dengan twitter saya hanya menambah 1 lagi bahagian dunia untuk mencuri perhatian saya. Dan, saya ni dah la banyak cakap, tambah twitter makin banyak pulak bebel makin susah nak jaga apa yang patut dijaga. So, i just decide it that way. Cukup-cukupla dengan fb tu. 






This is just another humble opinion. When I say opinion, it clearly means that it might be right, and it might also be wrong. You might have a stronger reason to stay in twitter. Be careful, i mean extra careful not to lower your values with twitter.

Wednesday, September 19, 2012

of Psy and Sam Bacile


Bismillahirrahmanirrahim.

Hati terpanggil nak meluah tentang dua perkara besar.






#1 Oppa Gangnam Style

Pertama kali dengar perkataan ini daripada teman sepelajaran. Katanya budak lelaki bising sibuk-sibuk pasal perkataan tu. Katanya lagi, sekarang sudah menjadi viral di Youtube. Amende? Akur. Aku buka. apa jenis video yang sampai ratus juta viewer ni.

Dan dari awal. Saat mata menonton video ni. Dahi berkerut. Dada rasa sempit.

Inikah makanan umat hari ini?

Lagi aku sedih bila dapat tau junior-junior turut menggilai lagu itu.
Rosak. Runtuh. Hancur.


nah, link ini mungkin sesuai untuk bercerita lebih lanjut. *mengelat. escapisme 








#2 The Innocence of Muslims

Sebenarnya baru lepas bedtime story dengan arif - pasal Rasulullah. Aku tanya dia, dapat bayang tak agak-agak macamana ya, kalau hidup hari ini tanpa menerima Islam? dapat bayang tak?

entah pekat dan hina mana agaknya taraf jahiliah kita. entah rendah dan murah mana wanita diperlakukan.  entah hilang terus kah perikemanusiaan di atas muka bumi ni. entah tak terarah yang bagaimana kita. buat baik tak tau sebab apa. tak kenal Allah. tak kenal Rasulullah. hari ni tak baca qur'an sehari pun dah porak peranda boleh bikin stres.


"kita dahulu merupakan bangsa yang hina. kemudian Allah memuliakan kita dengan Islam. maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, dialah bangsa yang hina"
-umar al-khatab

takde makna apa-apa!

betapa kita terhutang budi pada baginda atas nikmat Islam dan Iman yang tak terganti ni. kerana darah yang berkocak dalam kasut baginda, kerana gigi baginda yang patah, kerana batu-batu yang berlaga menahan lapar di perut baginda, kerana setiap air mata dan keringat baginda yang mengalir - nikmat itu kita genggam.


Aku cerita tentang bagaimana kali pertama baginda menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah di Ta’if. Yang turut menyaksikan penentangan yang dahsyat dari kaumnya.

“untuk inikah engkau mengumpulkan kami semua?”

***

video itu
Jujurlah, siapa tak menggelegak hati tengok betapa hina sehina-hinanya manusia yang paling mulia itu diperlakukan. Aku tak dapat tahan air mataku daripada mengalir deras. Merintih semahu-mahunya. Terlalu sedih.

lipatan seerah dibuka satu persatu.


Pada zaman hidupnya – ketika pertama kali ingin menyampaikan Islam secara besar-besaran selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia – setelah itu, setiap kali baginda ingin membuka mulut menyampaikan risalah Allah – ketika baginda sedang solat di hadapan ka’bah


Bahkan setelah wafat baginda, bukan sekali dua. Teringat cerita di zaman nuruddin az-zanki – cubaan 2 orang yahudi untuk menggali lubang yang menjadi terowong dari rumah mereka hingga ke makam Rasulullah. Mereka menyamar menjadi orang alim dan lubang itu ditutup dengan permaidani. Terowong tersebut sudah benar-benar dekat dengan makam baginda, namun diilhamkan oleh Allah melalui mimpi sultan nuruddin.


Masa kita. Tidak lama dulu kita digemparkan dengan kartunis denmark yang melukis karikatur baginda. Anda lihat kartun itu? tidak kurang juga nama baginda yang menjadi corak di kasut untuk dipijak, dan di pakaian seksi model pada so called-Festival Fesyen Islam itu?





Zaman berzaman. Usaha-usaha itu tidak akan pernah berhenti.

Akhirnya aku angguk pada kata-kata Nouman Ali Khan.


Walau apa pun yang mereka lakukan, mereka tak mampu menghilangkan kemuliaan dan kesucian yang diberi Allah kepada baginda. ‘Ketinggian’ baginda tidak berkurang se-mikro, nano, pico, femto, ato-meter pun.

“nothing can hurt the prophet. Nothing can take away his honour. It was given from the sky”

Benar. Baginda tidak ter-hina sebesar habuk pun sebenarnya dengan apa jua yang cuba mereka lakukan.




Tapi yang terhina adalah kita.

#Apabila kita tak merasa apa-apa, tak senisitif dengan apa yang terjadi pada baginda.
-tanda hati hilang rasa cinta pada baginda. Jangan Engkau izinkan Tuhan

#Apabila kita mencaci menyumpah orang yang menghina itu.
-terlalu ramai yang bereaksi begini. Hingga pembunuhan US ambassador itu?
penghinaan islam yang sebenar.

Nak citate kata-kata Nouma Ali Khan lagi,
Kalaulah dikira siapa yang paling patut marah akan penghinaan Rasulullah, tentulah para sahibah adalah orangnya.  Kerana merekalah yang paling besar kecintaannya terhadap Rasulullah.

#Apabila dalam kehidupan seharian, kita memandang remeh sunnah baginda
-then why bother to be mad??







Sekarang.
Bergerak. Bergeraklah untuk menjadi sambungan rantaian perjuangan baginda. Bergeraklah ke arah memperbaiki diri kita. Bergeraklah memikul manhaj taghyir ini. Supaya dengan haruman yang kita sebarkan, mereka-mereka itu akhirnya mengangguk. Mengakui kemuliaan baginda.







Monday, September 3, 2012

Yang dipilih sahaja?

assalamualaikum warahmatullah.


betulkan? yang mengizinkan kita berada di mana kita berada sekarang, yang menyebabkan kita  menerima Islam, menerima tarbiah, merasa cinta Allah dan Rasulullah, memahami sebab dan tujuan hidup kita, memiliki kesedaran untuk mematuhi perintah Allah dan sebagainya, atau apa-apa sajalah.

semuanya, kerana 1 sebab.

kerana Allah telah pilih kita untuk terima semua tu.

Dia yang pilih kita.

kan?



then, one thing popped in my mind.


Allah yang pilih kita.


habis tu, macam mana pula dengan orang yang tidak dipilih?

mereka tak berpeluang lah merasa semua kemanisan tu?

eh? macam tak adil je. maknanya hidup kita semua ni, hanya akur pada pilihan dan kehendak Allah je la? siapa yang Allah pilih, bertuah la. tapi yang Allah tak pilih, nak buat macamana.


oho. keadilan Allah melebihi segala bentuk penghakiman di atas muka bumi ni.
takde sorang pun yang dapat menjadi seadil Allah yang Maha Adil. 


so, let's have a sneak onto His wonderful words,

""Maka bersabarlah Engkau terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah Engkau seperti (Yunus) orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdo'a dengan hati yang sedih. Sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat daripada Tuhannya, pastilah dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela."

"lantas Tuhan memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang soleh"

(al-qalam, 68:48-50)

subhanallah. how wonderful those words are.

ye, Allah kata Allah memilih Yunus a.s. dan memasukkannya dalam golongan hamba-hambanya yang soleh, only after the verse that showed how the Yusuf a.s. humbly prayed,  and worked to seek for Allah's pleasure. 

and Allah also mentioned the word 'segera'. yeah, we have to rush in seeking for His attention. and do seek. hunt.

all the way towards Him.

it's not easy. to fight against the lust, the laziness. 
it all requires effort.

then only will He choose us.




takdenya duduk goyang kaki, tunggu tuah dari langit untuk terima hidayah. hidayah tu terlalu manis, takkan senang-senang je dapat.


terlalu adil Dia sebenarnya. Allahu rabbi.

apa lagi Diyana, move. now.

oh, kalau saya ada salah mana-mana, mohon diperbetulkan. 
jazakumullah, assalamualaikum.