“mcam tu la cerita dia... dah, arif pergi mandi, malam nanti
kita sambung lagi eh?”
Aku di tebing swimming pool. Arif, yah, hariz duduk di
kerusi2 dalam air tu mengelilingi aku. Dengar aku berpenglipur lara. Semua dah
menggigil sebab badan separuh dalam air, separuh luar. Jadi aku suruh semua
mandi je, taklah sejuk sangat.
“emmmmmmm” *geleng geleng. “nak cerita lagiiii”
“hah? Arif tak nak mandi?”
*geleng geleng. Yah dengan hariz dah entah ke mana dah.
Haih peliknya budak ni. Tak mandi swimming pool? Aku tak nak
bagi diorang terdedah kat udara sebenarnya, nanti sejuk. Aku yang runsing
sudahnya. Inikah Muhammad Arifuddin? Yang bising-bising nak swim tadi? Wahaha
“takpela, dah menggigil-gigil dah tu. Ni tinggal 30 minit je
lagi. Nanti kena balik dah.” Aku ingatkan ‘perjanjian masa’ yang kitorang dah
buat sampai-sampai kat golf club ni
tadi.
Mulut dia muncung macam itik. “nak cerita” suara perlahan dengan mata pandang aku.
Sebenarnya ni dah entah kali ke berapa aku cakap “kita
sambung nanti eh”. Kejap sambung sikit, sambung sikit lagi, sambung sikit lagi.
Aku cakap nanti sejuk sebab badan kena angin, Arif cakap “ok, Arif menyelam
macam ni” *masuk badan dalam pool sampai paras leher. Sungguh-sungguh dia tak nak
bagi aku stop.
“takpela, nanti malam kita sambung la lagi insyaAllah,
k.diyana janji, janji”
Entah berapa kali ulang janji-janji manis mahu sambung
cerita malam nanti before tidur sambil ugut-ugut masa swimming dah nak habis,
barula dia pergi sambung swim -,-
Asalnya aku tak berniat langsung la nak bercerita tepi
swimming pool, macam hape je. Aku just bawak buku yang aku guna untuk bedtime story dengan depa memandangkan aku
kena jaga diorang swimming. Daripada termenung seperti orang putus cinta, baik
bawak buku tu baca. Ala ala preparation la, barula bedtime story smooth gitu lalalala. Sekali diorang nampak aku
pegang buku tu terus “kak diyanaaaa nak ceritaaaa” susah pulak nak menolak.
Ehem. Malam tu aku baru sambung cerita sikit, pasal Umar
al-Khatab masa pemerintahan dia, arif dah terlelap. Heh, reti pun habis bateri.
Satu hari melompat ingatkan energy unlimited. Kalau hari-hari biasa jangan
harap la dia nak terlelap centu. Lepas 1 cerita, “1 je lagi, please” heih. Yang
lagi best, “esok kan k.diyana dah nak balik, kena la banyak sikit” eh eh boleh
pulak centu. bila aku masuk belajar, Umi yang kena cerita.
Ada hari aku dah lelap lagi awal dari dia hahaha, kalau aku
ada kekuatan untuk bangun, okayla. Kalau termiss
tu “semalam k.diyana tak cerita pun.” Ada jugak hari banyak benda nak buat ke,
bila dia dah siap gosok gigi apa semua, dia ketuk bilik, “k.diyana, masanya dah
tiba” “lain kali lah, lain kali lah, k.diyana banyak kerja la” nanti dia diam
kat luar pintu bilik. Bila bukak pintu nampak budak duduk depan pintu, “kenapa
ni Arif?” *air mata mengalir slow “takde orang nak cerita”.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa budak ni kann.
*Kadang-kadang aku rasa aku mengaku aku ter-manja-kan dia. Sampai
k.lah kata “ha, buat macam tu, tu yang budak laki jadi lembik tu!”. Kegagalan membezakan
lelaki dengan perempuan ke hape. Astaghfirullahal-azim. Diyana, didik dia jadi
singa la, bukan jadi kucheng!
Begitulah seterusnya. Akhirnya dia sangat berminat dengar ‘cerita-cerita’
itu. Bila dengar, muka berkerut.
Aku ingat lagi awal-awal dulu, 1st time legasi bedtime story ini dimulakan,
“k.diyana cerita boleh?”
“nak k.diyana cerita pasal apa?”
“ermm, pasal Rasulullah!”
Whatttt? Mana mungkin aku lepaskan peluang keemasan ini. Aku
tak taulah Arif memang suka dengar cerita pasal Rasulullah atau dia pakai sebut
je random. Tapi aku peduli apa hehe. Jujurnya, aku rasa ini peluang besar untuk
sesiapa pun antara kita, kakak ke mak ke, untuk guna bedtime story sebagai medium untuk membebel corakkan
pemikiran kanak-kanak dari kecil.
Korek habis kegemaran Rasulullah la, baju la, kisah baginda
dengan perempuan tua ke hape ke tak kisahlah. At last, sebenarnya kan, manfaat
tu kembali kepada diri kita sendiri. Untuk menyegarkan kembali kisah-kisah
agung itu dalam jiwa kita. Even ada cerita yang kita pun baru tau, hanya sebab
kita cari cerita untuk dibentangkan pada budak-budak ni.
Hari tu, sebelum aku cerita pasal sahabah, aku tanya mereka,
“siapa orang paling hebat?”
“boboiboy!”
T_T
Do you see it? Do you seeee??
Sebab tu lah kita kena kembali kan semula pemikiran mereka
tu. Dengan menanam semula, siapa hero-hero kita yang sebenar. Yang real, yang
wujud, yang benar-benar nyata. Yang telah terbukti kehebatannya.
Jangan cerita kosong. Waktu bercerita tu, ceritalah dengan
hati. supaya ia sampai juga ke hati. Bila cerita tentang keberanian dan
ketegasan Umar yang digeruni syaitan itu, ceritakan dengan impian anak kecil
itu menjadi seberani itu. Waktu bercerita tentang keimanan Abu Bakar, sampaikan
agar keyakinan Abu Bakar turut hidup dalam jiwa anak kecil itu. Waktu bercerita
tentang kehebatan al-Fateh, bayangkan satu hari nanti anak kecil itu juga akan
menjadi al-Fateh. Mari, mari sampaikan kisah hebat mereka.
Kanak-kanak itu ibarat span kering, apa sahaja yang lembab
di sekeliling mereka akan diserap. Semuanya, takde pilih-pilih. Usah lah biar
yang dilihat hebat di mata mereka adalah boboiboy, superman, cicakman, upin
ipin. Biar yang berputar meresap dalam pemikiran mereka masa tidur itu adalah
kehebatan dan ketangkasan para sahabah, pengorbanan dan kemuliaan Rasulullah,
ketinggian dan keteguhan para jundullah. Biar itu, itu yang membentuk siapa
mereka apabila mereka bangun esok.
![]() |
| ha, ha, spoil family portrait -,- |
kenapa saya kata saya manjakan dia? Ni contoh.
“k.diyana sayang Arif”
“kenapa?”
“sebab k.diyana sayang Arif”
“tapi Arif kan nakal?”
Ok, aku pun takleh over sangat kot haha.
Moga di sebalik kenakalan dia, ada logam menyinar yang bakal
berkilau untuk agama Allah.
Wahai anda yang membaca, katakanlah Ameen.

4 comments:
Ameen ! :)
ameen ! :)
ameen! :)
ameen
Post a Comment