Melambai dari kejauhan.
Pasca-ramadhan.
Jika kita benar-benar faham. Tentu kita tahu, bahawa fasa pasca-ramadhan ini. Adalah fasa yang sangat kritikal. Kata seorang sahabat, ramadhan itu madrasah. Sekolah. Universiti. Untuk kita tahu, keberjayaan kita semasa di universiti, kita lihat selepas grad, kita dapat survive tak di alam pekerjaan. Kalau di fasa pekerjaan orangnya berdedikasi, kerjanya baik, dan hanya perlukan minimum supervision, barulah kita kata, bagus unikl ni. tiba-tiba unikl. Contoh sahaja ye. Barulah kita tahu, berkesan atau tidak, berjayanya atau tidak, alam universiti kita.
Kita tak tanya pun, masa kat kampus dulu aktif persatuan tak. Dapat dean's list setiap sem tak. Tak heran pun semua tu, kalau dah grad, tak qualify pun as engineer (contoh lagi).
Itu ukurannya. Fasa selepas keluar daripada madrasah itu.
Yang menjadi penentu kejayaan kita semasa di madrasah itu dulu.
Dari itu kita tahu, yang lebih penting ialah apa yang jadi pada amal dan ruh kita, saat ramadhan telah pergi. Ukuran sebenar bukanlah, berapa kali kita khatam di bulan ramadhan, berapa ratus atau ribu infaq kita di bulan ramadhan mahupun berapa baldi air mata mengalir masa qiam di tengah ramadhan dulu. Itu semua bekal untuk memperkuat diri selepasnya. Maka lihatlah, setelah ramadhan pergi. How much our ramadhan had done to us.
"Jadilah kamu hamba Allah, janganlah kamu menjadi hamba ramadhan"
Kata seorang syeikh. Lantas ada yang menyalah tafsir. Kita pakai kata-kata itu di akhir atau pasca ramadhan, bukan di awalnya. Seraplah maknanya, yang menyeru kita mengekalkan semangat dan apa jua yang telah kita buat di dalam ramadhan biarpun ramadhan telah berlalu, kerana kita berbuat kerana Allah, bukan kerana ramadhan. Ye. Kerana kita bukan menghambakan diri kepada ramadhan.
Dengan makna dan kefahaman itu, ar-rahman memberikan harapan. Betapa tiada satu pun amal kamu yang Aku siakan. Teruslah. Berbuat dan berbuat lagi. Andai kamu rasa ramadhan kamu tidak cukup, sungguh kasih Aku bukan terhad pada ramadhan sahaja. Kasih aku tak punya batas, dan tak punya sebab.
Allah.
Taqabbalallu minna wa minkum.

No comments:
Post a Comment