Tuesday, July 30, 2013

Jommm

26-28 Julai 2013
Kem Bumi Jati, Shah Alam

Alhamdulillah Allah izinkan pergi Journey of a Muslim (JOM). Pre-departure program untuk UK&Ireland. Ramai betul yang nak ke Ireland bakhang.

Expectation

Kalau kata expectation mula-mula tu, saya lebih cenderung berfikir tentang banyaknya talks about preparation ke sana. Hahaha. 

Tapi 2 slot je talk. Traveller's Fiqh. Dengan Forum. Selebihnya? Bersuka ria ehh.

Tu saya pelik awal-awal, asal dok main game je. Game ice-breaking je sampai 3. Eh lebih rasanya. Tapi at last. Saya dapatlah tangkap. Yang lebih penting adalah to build the networking among the akhawat, or akhawat-to-be ;) sebab at last, merekalah yang akan jadi orang yang kita akan spend years with. They're gonna be a huge influence to us. So kena pilih siap-siap lah, which kind of people ye dok.

Dan aku nampak, networking tu lah antara content utama program ni sebenarnya. Sharing tips dari senior pasal apa nak pakai lah, apa nak bawak lah, berapa living cost lah, cara study lah, tu semua teknikal je sebenarnya.

Duta

Antara perkara yang paling terasa sekali, dari Traveller's fiqh dan forum, adalah sebenarnya kita perlu persiapkan diri untuk menunjukkan Islam itu bagaimana, to the non-muslims. Pergi sana nanti memang macam dah takde option. Iman adalah first line defense kita. Dan aku sangat berterima kasih dekat sorang panelis forum, Dr T, sebab ingatkan yang scholarship ni amanah T_T

"Saya takkan dakwa anda, atas 28 ribu saya setahun, jika anda pulang, anda memimpin anak, cucu, cicit saya menuju ke syurga"

Perbezaan antara muslim dengan non-muslim di sana nanti akan jadi sangat jelas. Kita perlu rasa 'izzah menjadi muslim, menjadi 'lain'.

"Kalian adalah ummat terbaik yang dikeluarkan untuk ummat manusia.."

Dont feel inferior with the whites!

Oversea vs local

Alhamdulillah. Terasa lah aura tarbiah obersi ahaks.

Orang kata tarbiah oversea sangat pekat dan telah banyak melahirkan para 'syabab'. Saya selalu wonder, apa special sangat tarbiah oversea nih. Bak kata sorang ukhti, external factor dia sangat ideal. Kita takde nak busy busy fikir minggu ni gi kenduri kawen sepupu lah, pergi tengok hari persembahan adik lah. Senang fokus. Plus, selalu daurah atau program makan 2 3 jam perjalanan, scenery cantik, dia bagi masa kita absorb. yang buat bahan yang kita baru dapat tu meresap dan berputar-putar merasuk fikiran. Faktor luaran. Mungkinlah. Mungkin.

Bila saya tengok, dan fikir-fikir balik. Most activities, games, pendekatan yang digunakan semua tu, saya pernah dapat kat Al-Amin. Contohlah, game dia. Kalau macam masa JOM ni, setiap game tu saya boleh recall balik, satu pernah main masa tamrin form 1, satu lagi masa usrah, satu lagi masa daurah time kat Al-Amin dulu. Pastu bila kitorang belajar solat atas rumput semua tu, kat Al-Amin pun selalu especially masa camping. 

Yang saya ingat, masa form 1, terkejut first time nak solat atas tanah. Bila ustaz kata, 'kita akan solat kat sini'. Orang semua start bising. Takde sejadah la, nak alas itu la ini la. sampai la ustaz kata, 'dari tanah kita berasal, kepada tanah kita akan kembali'. Semua diam. Dan bestnya, tengah solat hujan turun. Bukan acah-acah punya. Lebat. Muka dah melekat-lekat pasir. Semua tak bergerak pun sampai habis solat. Maka lencunlah jawabnya. Ehe.

Apa lagi, war game lah, makan dalam dulang lah, banyaklah lagi, perkara yang sinonim dengan ikhwat akhawat oversea, bila aku fikir balik. Most of them memang tak asing langsung dari aku. atau alumni sekolah-sekolah musleh to be exact. Memang lah. Banyak sangat yang aku dah dapat sebenarnya. Dan fikir balik, ianya cuma antara aku menghargai apa yang aku dapat tu, atau tak. Ikhwat akhawat oversea lebih laju, mungkin sebab mereka tak pernah jumpa semua tu, jadi mereka lebih appreciate, dan memang menterjemahnya menjadi amal! Malu lah, kalau aku masih lembab.

Pernah dengar beberapa kali, akhawat local jelous dengan akhawat oversea. Sebab tarbiah oversea lebih membekas katanya. Tapi tu sama sekali tak boleh buat aku terleka dan pergi dengan expectation siapa pergi sana insyaAllah *ting tertarbiah secara magisnya. Kalau tak nak commit pergi program, tak jadi jugak, kalau lebih fikir berpoya-poya daripada melaksana syahadatul haq, tak jadi juga. Dan demi Allah, aku banyak je jumpa akhawat qowiy yang tak ke luar negara pun, tapi masyaAllah, mereka sangat membenarkan sabda baginda tentang logam itu. Laju. Sangat laju mereka beraksi di medan. Kita beralasan sebenarnya kalau salahkan bumi mana berpijak. Astaghfirullahalazim.


Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi ; "Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (Madinah)" Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya ; "Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya" 


P/s: sepanjang tiga hari, mau lima orang jugak cakap muka saya familiar macam bespren lah, cousin lah, sape tah lagi. Saya baru ingat muka saya unik. Ahaks.

4 comments:

Khalilah Alhuda said...

Dee ;)
Memang banyaaak yang akan kita lalui sama dengan yang telah kita lalui,
Tapi suasana berbeza tu kadang yg umpph.

Heeee.
Hai cik akak, xsabar nak jumpa wehhhh.
Dah beberapa ckp 'jumpa kawan awak'
;)

Budak Mechy said...

Subhanallah... thanks Diana

latifah maisarah said...

ehh, akak dah obersi ke apa ni ? :D

sevenNeedLes said...

Hudaa, ana tak sabar nak jumpa antiiii. Nak berguru hehe. Tulah, moga dapat something buat bekal insyaAllah.
Bluemoon - wa iyyaki ;)
Latifah - uit belum lagi. Doakan ana ye :)