aku sampaikan penghargaanku buat insan paling berjasa dalam hidupku,
"terima kasih ummi lahirkan saya"
segaris senyuman dari secalit bibir merah membalas
aku kira paling manis pernah kulihat sepanjang hidupku
juga yang pertama kulihat sejak lahir ke dunia
ketika bersalam untuk ke sekolah,
"selamat hari lahir"
aku dengar dari bibir abi dan ummi
...terima kasih permata hatiku...
* * *
"tut tut..tut tut"
haha. bunyi itu langsung tidak dapat akses ke dalam telingaku
(bukan masalah stalagtit stalagmit)
mana tidaknya, bunyi itu kedengaran jam 12.20
memang aku sudah lama selamat sampai ke alam mimpi
lagi-lagi dengan air conditioner yang baru service
aku tenggelam di balik kedinginan malam. . . kenikmatan dunia yang sementara . . .
esoknye baru aku mula menjenguk2 hp ku..beberapa sms menanti untuk dibaca..
cg shikin menghantar mesej jam 00:20:04
"happy birthday 2u... happy birthday 2 u...happy birthday 2 diyana...happy birthday 2 u..semoga Allah mempermudahkan setiap urusan yang baek utk nt..semoga nt diberi kekuatan tuk menghadapi tanggungjawab sbg seorg student n semoga berjaya dlm PMR..study hard tau..wat study group pling bagus tuk jd cemerlang...insyaAllah...
-cg shikin"
terima kaseh cegu,,, orang pertama wish,..
diikuti dengan Khalilah...
juga melalui sistem khidmat pesanan ringkas, mendoakan restu drpd Allah buatku sepanjang masa...ya, terima kasih, sahabatku...
aku juga hampir terlupa sebenarnye, kerana aku menyangka hari itu baru 9 haribulan,
tak sangka ade yang sudi mengambil tahu.. aku benar-benar menghargai..
* * *
1. chocolate Cadbury from kaiyisah
1st present i excepted that day (after my parents' kiss)
sampai2 sekolah, aku nmpk satu bar chocolate saiz sederhana
bawah meja, diikat riben, aku tidak perlu meneka, sebab dah tau siapa bagi.
kaiyisah, jiran paling dekat dalam kelas, dari awal lg da tesengeh.
haha, kalau coklat, of course la dari die... 'The Chocolate Crazy'~!
thank you my friend.
2. pencil box pink from fana
"didi,, bukakla hadiah tu..
sesuaaai sangat ngan anti"
"ha ah, ha ah, sesuai sangat, bukakla cepat"
kedengaran suara teman-temanku dari 3 Ar-Razy. bila kubuka, haha,, memang sangat 'sesuai'. pencil box pink bunga2.. aduh~! aku tetap menghargai. yang paling penting ialah keikhlasan pemberinya. sejurus itu, suara Sarah pula, "ana cabar anti pakai as main pencil box". aku terima cabaran itu.
Maka, respon2 dari teman2 yg lain pula kedengaran
"Diyana punya ke ni, bia betol"
"Diyana punya??..woww,, pinkyyy" (siap dengan mata bulat skali)
"macam tak percaya je anti punya"
3. frame of friendship from sae
"jangan bukak tau, didi. bukak kat rumah".."ok!"
hehe, setan telah menghasut aku supaya mengintai,
ditambah dengan galakan teman sebelah meja,,
tangan aku telah bergerak membukanya..
--> gambar aku, anith, bhot, khalilah, sae, fana, wardah di rumah sae
berbingkai gmba teddy bear (mmg taste sae)
tertulis..teman selamenye..
..ye..selamanya...
4. Choclairs and Strawberry chocolate from sarah
"nah, didi." sebiji choclairs yg dibeli drpd nafees enterprise dihulur,
ya, aku terima dengan penuh kesyukuran,
walau hanya sebiji, walau sekecil itu, ia tetap berharga,
jika berupa pemberian seorg teman khas utk diriku, terima kasih.
esoknya, aku dapat lagi seketul, chocolate berbentuk bulat,
pembalutnya bergambar strawberry, isinya, ade rase strawberry,
terima kasih ya Allah, rezeki aku telah dilipat gandakan..
ye, berkat bersyukur..
5. Thermos (x sure spelling) from wardah
kotaknye panjang, pembalutnye bewarna merah jambu lembut, cantik,
teman2 di sekelilingku meneka, pasu~! hehe,, tetapi jawapannya..
thermos berwarna merah dilengkapi bekasnye.
ketika selesai hafazan t/hari itu, kami berbual tentang hadiah itu.
dia meminta maaf kerana itu bukan pembeliannya,
ttpi hadiah dr kwn ibunya kpd ibunya yg x dipakai,
ye, dia kelihatan bersalah, i explained for times that i don't mind,
aku benar2 tidak kisah, aku sudah bersyukur dia sanggup menghadiahiku sesuatu,tanpa pernah aku meminta..
die berjanji akn memberiku sesuatu hasil tgnnye sendiri,
aku tidak meminta, tetapi dia yang berjanji, maka itu janjinya dengan Tuhanku,
terserahlah kpdnye...
tidak kulupa, terima kasih mawarku.,
...few months later...
satu lagi hadiah aku terima daripadanya,
Ya Allah, dia memang bersungguh, hanya Dia dapat membalas apa yang di hatinya,
apa pun, aku bangga memiliki kawan yang bersih dari sifat kotor munafiq itu, segala puji Tuhanku. . .
6. muffin from bhot
mlm itu aku buka ym, bhot tulis 'tengah buat muffin' dkt status message die,
aku terbaca skali lalu,, oo.. rajennye cek muffin ni buat muffin tgh2 mlm,
hehe... selambe je hatiku berbicara..
esoknye, ketika aku sudah mula melangkah menuju pintu kelas untuk keluar rehat,
bhot dan teman sekepitnya, isya, memanggil, "Diyana, tunggu kejap, ni,, untuk anti"
"anti ambik dua, kaiyisah ambik satu" aku semacam blur.
"Happy Birthday tau Diyana, tau" "thanx Nabihah"
yg perisa vanilla aku kongsi bersama Kaiyisah
satu lagi ingin kubawa pulang...sekali,, aiseymen, tertinggal~!
adoiyai,, nasib baik kwn aku tolong simpankan. fuh. thanx tau bhot.
ps: gmba muffin xde,, telah khadam masuk perot, tak sempat snap..hehe
8. beg from 'beliau'
dari jauh beg itu datang. aku benar-benar tidak menyangka kesungguhan pengirimnya menghadiahi aku beg itu walaupun aku tidak pernah meminta kerana kukira aku sudah terlalu banyak menyusahkan beliau.
aku hanya terkejut tatkala melihat sampul besar berwarna coklat di atas mejaku. terharu. gembira. teruja. semuanya bercampur menjadi satu. rasa betol2 sayang nak guna.
bimbang ia bertukar warna. namun aku tidak mahu mengecewakan beliau yang mengharap aku memanfaatkan pemberiannya sebaik mungkin.
aku sendiri tidak tau bagaimana hendak berterima kasih. berterima kasih atas kesungguhan itu..
~semoga balasan dari tuhan untukmu...
7. candy from anis
"tunggu,, ana tak nak wish nt lagi, tak nak, tak nak,, sebab bendenye belom ada" kata-kata itu keluar dari mulut temanku.
pelik aku dengan yang seorang ni.beriya-iya, katanya, susah nak cari yang sesuai untukku, kerana aku pelik sedikit! hah! aku lagi pelik campur aneh mendengar kata-kata sebegitu. apa-apalah anis. aku tidak kisah.
sebulan kemudian. dia membelikan hadiah untukku dan beberapa orang teman. dia menyuruh aku pilih. "nak A ke T ke B?" eh, macam tu pulak. bukankah pemberinya yang layak menentukan. hmm, malas untuk berdalih, aku pilih sahaja mana yang enak pada pendengaranku.
maka sebatang candy menjadi milikku. yang dilengkapi dengan key chain patung tikus di sampingnya. itulah maksud T itu aku kira. hmm, sesampai aku di rumah, seperti biasalah, adik-adik kecilku membuntuti aku macam kereta api lagaknya. mengharapkan candy itu. haih... aku cuma bimbang akan gigi mereka itu. kalau pandai jaga, takpa jugak. hmm. aku tetap mengalah.
(thanx, anis!)
~~~~~~~~~~
and to others.
sape2 yang ingat birthdayku,
wishing me happy birthday. . .
terima kasih kerana sudi mengingati..
really appreaciate it~!

No comments:
Post a Comment