Wednesday, April 16, 2008

sekilas


kerajaan

pembangkang

pemenang

margin

Best speaker

Usul

1

Al-Amin A

Hidayah JB

Al-Amin

2.5

3rd speaker Hidayah

AS wajar dilantik menjadi Polis Dunia

2

MRSM Langkawi

Al-Amin A

Al-Amin

6

Khalilah Alhuda

AFTA mampu meningkatkan daya saing negara2 membangun

3

Al-Amin A

Maktab Tentera Diraja

MTD

1

1st speaker MTD

Program Angkaswan suatu pembaziran

4

Tunku Kurshiah College

Al-Amin A

TKC

2

2nd speaker TKC

Ibu bapa punca kegagalan aak di sekolah

5

Al-Amin A

MRSM Jeli

Al-Amin

8.67

Nur Diyana

Wanita lebih berkuasa

6

Al-Amin A

SMS Hulu Selangor

Al-Amin

2

Nur Diyana

Kestabilan politik asa kemajuan negara

7

SBPI Gombak

Al-Amin A

SBPI

1

2nd speaker SBPI

Poligami menyelesaikan masalah andartu

Double-octo

Al-Amin A

Al-Amin B

Al-Amin A

1

Fahrulradzi

Kita memelukan lebih ramai guru lelaki

octo

Al-Amin A

SAS

SAS

1.8

3rd speaker SAS

Sekolah Kluster asas kecemerlangan pendidikan

record perlawanan debat piala UIA team A


1st day

vs Hidayah JB

waktu ni semua tengah blur2, sebab first match kot.

Aku mengaku, persiapan kami kurang, main cincai boncai je, pastu, kitorang expect x ramai orang tengok, sekali, ngan cg shikin, abg auzan, byk lagi parents lain datang. Aduh, memang gementarla, bukan aku sorang, satu team, haha. Pastu cakap pon merapik je, habis lawan, kitorang memang dah pasrah dan redha, pastu cam confident yang kitorg kalah. Bila masuk dewan balik untuk umum keputusan, kitorg sume muke gelak2 je, redha orang kata. Sekali YDP cakap, usul diterima.. haik??ha?? eh, betol ke???...hahaha,, sume x percaya. Apalagi, bantai gelakla… Wallahua’lam.

vs MRSM Langkawi

Kali ni, Alhamdulillah, takdela kitorg main2 macam 1st match, mungkin sebab dah warm-up. Semua bersungguh. As you sow, you sow. Alhamdulillah, kemengan berpihak kepada kami. Tapi yang tak sangkanya, boleh dapat margin selesa dan juri 3-0. Aku target sorang2 dalam hati at least kalau kalah pon, margin 2-1,, hmm siapa sangka, semuanya di atas kehendak yang Maha Esa.

2nd day

vs MTD

MTD???..semua muka dah pucat bila tengok skrin. Al-Amin vs MTD. Mana taknye, sebab sebelum tu, MTD berada di ranking 1st ! memang terkumat-kamit mulutku bertasbih memohon ketenangan dari tuhan. Itula, dapat margin selesa waktu 2nd match, tu yg kene jumpe sekolah terror.huh. Walaubagaimanapun, aku rasa, antara semua perlawanan, kami paling berpuas hati dengan yang ni, walaupun kalah, kami berjuang habis2an. Persedian kami cukup. Dan konsep dibina dengan baik. Mentang-mentang diorg semua lelaki. Main psycho plak. Namun, ia langsng tak berkesan ke atas kami, hahaha. Akhirnya, kami kalah dengan margin tipis, 1.

vs TKC

TKC lagi,.. taun lepas pun TKC, hmm.. waktu perlawanan ni, aku sendiri pun lupe apa masalahnye, kami kalah dengan margin 2, masih tipis. Aku sedikit terkilan apabila teringat sabda nabi, “umat islam tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali” itulah, dah habis lawan baru teringat. Yalah, mungkin preparation kitorang time ni tak cukup sempurna. Sedang2 je. Waktu ni, kami satu team muka dah down, walaupun takdelah tension mana, tapi, tertekanlah jugak, sebab dalam sehari tu, takde satu pun yang menang.

vs MRSM Jeli

entahlah, semua muka stok takde perasaan punya. Asyik kalah je. Tapi, kami still buat yang terbaik. Dah petang2 macam ni, bagusla, dapat usul humor. Mungkin ada hikmahnye dua kekalahan kami sebelum ni. Kami dipertemukan dengan team yang rankingnye agak rendah jugak. Takdela pressure sangat. Mungkin sekolah ni baru berjinak dalam dunia perdebatan, nampaklah jugak kelemahan diorang. However, nice try, Chaiyok, Jeli~! Alhamdulillah, kitorang menang margin selesa, 8.67. Baru muka boleh senyum sikit. Ada hikmahnye kekalahan sebelum ni.

3rd day

vs SMS Hulu Selangor

Alhamdulillah, kami menang lagi, margin tipis, 2. Kali ni, takdelah terok, tapi nak kata bagus, tak layak pulak. 6 out of 10 bolehlah. Kami buat yang terbaik. Ha, dapat sekolah yang sume laki lagi,, takde taktik lain, nak psycho jerh. Kami dah immune. Haha. Aku dapat best speaker, semuanya daripada Allah. Walaupun ramai lagi yang ok pada pandangan mata aku, Wallahua’lam,, rezeki aku.

vs SBPI Gombak

dah pernah lawan dah sekolah ni, tapi friendly match la, tahun lepas2, sorang je yang still kekal. Hmm, usul: poligami meyelesaikan masalah andartu. Waktu 30 minit preparation, semue blank, dapat pulak pembangkang.. hmm, apalagi, keluarla idea pelik2, buat je muka yakin, haha. Aku sedar, kami tak memenuhi tuntutan usul, tapi kerana muka confident kami, jurang markah tipis, 1, kalah. Haha, yang takleh blanye, usul tak humor pon jadi humor, Huda punye keje la, bab2 camni,, kasila kat die. Judge pon muke dah naik merah tahan gelak, audience pon sama. Kelemahan aku time ni- aku tak dapat detect kelemahan diorang, diorang tak sokong konsep diorang pon, aku plak blur,, itula, sebab bagi aku, tajuk tu sangat memihak kepada diorang. Next time, be cool.

vs Al-Amin B

Ah, sudah! Bertembung sesame sendiri. Kitorang bersyukur sebab dua2 team layak mara ke pusingan kalah mati. Tak pasal2 bertembung plak, Aiseymen. Pasti ada hikmahnya. Nak tentukan k’jaan/pembangkang patutnye lambung syiling, tapi dah lawan sama sendiri, main ‘O Jus’ jela. Waktu lawan, rasa macam tengah latihan je, main2 je semua. Sampai kene tegur dengan judge! Haha, padan muka. Hmm,, memang time ni kitorang tak pressure langsungla. Audience, mak aih, memang ramai, dah sekolah sendiri lawan, mana taknya.. waktu ni pun, miracle happens, aku memang confident je team aku kalah, dah redha siap2, mintak maaf kat cikgu lagi tu,, haha. Sekali, menang?. Aih,, kena lawan lagi,, atoi.! Letih maa… 4 match straight sehari. Dahlah aku puasa hari tu. Macam mana pun, hatiku, tetap bersyukur..

vs SAS

SAS oh SAS, cikgu cakap, buat gedik2 sikit. ha??..hihi, lawak tengok muka Huda, terbayang kalau dia buat gedik. Ntahla, kami x reti nak buat gedik, hoho. Mungkin sebab kitorang x expect tros mara, kitorang tak buat betol2, lagi satu, masalah usul la… dapat usul pelek. Pasal Sekolah Kluster, bahan dahla tak banyak, research pon gitu2 je. Habis masa 30 minit nak carik pasal sek kluster jer. Konsep tak cukup kukuh. Ditambah pulak dengan konflik dalaman waktu tu, pressure habis lah. Kami redha dengan kekalahan itu. Every cloud has a silver lining. Sekurang2 nya dapat pecah record team last year. Memang exhausted, but full of satisfaction.

Penghargaan
-
doa dan restu kedua ayah dan bonda untuk anakmu ini
- sumbangan didikan yang tidak ternilai dari cg Aziah. great improvement hasil kerahan cikgu.
- bantuan senior2 yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka..pok chik, Ammar, K Iman etc
- ust shahir yang menyokong dari jauh.. semuanya berkat doa ustaz.
- di sebalik tabir: cg shikin, teman2 yang tidak jemu memberi sokongan, guru2, abg Auzan, parents yang lain

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA
...sedikit sebanyak susah senang yang kami lalui, untuk dikongsi bersam teman2 yang lain...

No comments: