Monday, January 14, 2013

The Love Test


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah 29-30 Disember hari tu, Allah izinkan aku bermain-main di taman syurga. Ewah. Indeed. Twins of Faith kali ni, Allah nak tarbiyah aku pada dimensi yang berbeza. Sangat dapat merasakan majlis ilmu tu, ibarat scanner untuk hati kita. Kalau rasa ilmu tu susah nak masuk, atau majlis ilmu tu kurang masyuk, mesti ada sesuatu yang tak settle pada hati kita. Kena selalu scan ni. Halus dan manis, teguran Allah tu. Allahu akbar.

Hari tu aku join jaulah akhawat dari RCMP. Geng-geng KMKN dolu + akhawat yang osem belaka. So kami telah dibahagi-bahagikan talk dan orang yang perlu jadi wartawan muda kehkeh. Maka kali ni saya tulis pasal talk yang saya in charge je mehehe. Dan selebihnya plis cekidaut di www.hadiqatul-jannah.blogspot.com which will be updated soon insyaAllah.

 ahah, and i'm pretty sure there are lots of you who also attended this event, so do add up what i missed and correct whatever is wrong. jazakumullah for that.




The Love Test
Sheikh Abdurraheem Green

One day, a sahabah came to Rasulullah and said,
“ya Rasulullah, I love you”
“Be careful of what you say”
“ya Rasulullah, I love you”
“Be careful of what you say”
“ya Rasulullah, I love you”

“Then expect poverty to come to you”


. . . . . . .




Life = Test.






. . . . . . .

Kita tahu, tiada siapa yang lebih berpegang pada janjinya selain Allah.

Dan antara janji2 Allah ialah,
“Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tested?”
(Al-Ankabut, 29:2)



Allah telah berjanji, bahawa setiap orang yang percaya - beriman (a believer) akan diuji.





Are you a believer?







. . . . . . .



Setiap satu inci kehidupan kita adalah satu dimensi ujian daripada Allah kepada hamba Dia. Subhanallah.
Whatever we hear, we see, we know, we achieve, we encounter. Whatever. Is a test from Him.

(Al-Mulk : 2)



Daripada lecture sheikh abdurraheem, it’s clearly stated.. yang sebenarnya, setiap benda adalah ujian sebenarnya. Bukan setakat benda yang terasa berat kepada kita. Bahkan satu nikmat atau kelebihan yang kita dapat dan sesuatu nikmat atau kelebihan yang orang lain dapat.




#1  Actions




“The love, the Sahabah had for Rasulullah, is a test for us. how we’re gonne act upon them”

“transformation does not come just from talking, we have to act”

Ha kita selalu cakap, orang cina pandai-pandai kan??
“the chinese are not any more intelligent than us.
They’re given the same brain, the same body
Bt the difference is just their culture”



And for every action, we have 3 conditions
1-      Iman
2-      Ikhlas
3-      According to the syari’ah



The first 3 to stand in front of Allah on the day of judgement are the mujahidun, those who give sadaqah, and those who read qur’an. Yet, all of them are thrown into jahannam. Because they did all those to please human. Not allah.




#2  Money

“How did we spend our money?
The sahabah don’t have much money to have thought of it,
But that’s what scared them most”


“what is our attitude to our wealth???”




#3   Islam



“Have you ever read the Qur’an cover to cover in a language you understand??”

“How much I spent studying secular subjects,
I should spend the same to study the book of Allah"





#4   Hardship

“Few months ago, my house burnt. I lost everything just like that.

I smile.
I know hundred percent, Allah will give me something better”



“If you push too much, it’s true you’ll break
But Allah will never break you”



“Through test, the most brutal extreme condition, we beacome better person.”





. . . . . . .





Tersangat merasakan sweetnya cara Allah memanifestasikan cinta Dia.
Tidak ada pada mana-mana hamba!



“the more Allah loves you, the more He tests you.
The one He loves most is the one he tests the most”




. . . . . . .


dapat tak konklusi dia?
1. every single inch of our life. is a test. We have to expect to be tested.
2. tests are signs of His love. 

eh?


. . . . . . 






Terngiang-ngiang kata-kata seorang murabbi suatu masa dahulu
“jalan ini bukan jalan yang dihampari permaidani merah dan ditaburi kelopak2 mawar.
Orang2 yang berada di atas jalan ni pasti akan rasai bermacam2 kesusahan dan akan teruji. Siapa yang rasa perjalanan dakwah dia smooth je,
Mesti ada something wrong”




Ujian di jalan cinta. Para pejuang.



Yes, I will soon be tested with what I’ve just said.

Friday, January 11, 2013

#rantsss


Bismillah.
Sejak akhir-akhir ni memang balik-balik post pasal al-amin je. Nasiblah hehe. Alhamdulillah, almost separuh masa cuti saya diluangkan bersama al-amin. Separuh lagi adalah macam2.



Sayu sangat hati. Mengingati zaman aku ditarbiyah di bumi itu dulu.

Untuk kem Qiadah, jumpa balik syi, sama-sama jadi fasi. Subhanallah, sampai aku pernah terlangkau berimaginasi, huda, syi, aku, kembali mentadbir sekolah. Manisnya imaginasi tuu! Aku terbayang betapa kami mampu buat lebih baik lagi dari dulu biiznihi, menjirus jiwa2 mad’u, menyuburkan jalan ini. Rasa mahu jerit je. Allah! Terlampau rindu.

Seketika aku paksa diri aku keluar daripada imaginasi itu. Dan pandang medan sebenar aku sekarang. Usah dikenang-kenang masa lampau hingga lemas, usah terangan-angan kan masa depan, hingga hanyut. Ni, sahabat-sahabat depan mata aku sekarang. Mad’u sebenar aku.


. . . . .

Bila aku tengok sekilas. Aku nampak kebanyakan pimpinan al-amin, bila keluar mereka masih jadi penggerak. Ini yang aku lihat pada manusia-manusia di sekeliling aku. Macam huda, syi, k.hajar, k.sab, k.fathi, k.fatimah, k.yob,  asif, ammar, dan banyak sangat lagi yang lain. Bapak ah sukehati je sebut nama-nama ni. Kalau ada yang mahu saya potong namanya mohon beritahu ye. Ada pulak minta royalti kang.

Okeh back to the point. Ramai pimpinan yang aku lihat masih stick menggerakkan. Subhanallah, satu nikmat dan kemuliaan yang sangat besar sebenarnya dengan mandat ini. Aku bersyukur dengan senario aku lihat. Sebab kalau pimpinan keluar pastu culture shock dan jadi the other way around (walaupun tetap wujud), mana student mahu ada respect?

Kemudian hari tu waktu explorace batch 18, ada kumpulan banin yang buat persembahan. Diorang bersajak. Pastu ada satu part, dia doa.. untuk guru2, etc etc, pastu,..

“...berkatilah para pimpinan kami..”

Eh eh, terkejut aku. ada ye sebut macam tu dalam doa, specific sebut ‘pimpinan’. Subhanallah, entah-entah cebisan doa merekalah yang Allah dengar dan beri izin untuk terus memikul manhaj taghyir ini. Terlebih di situ buat aku sungguh ingatkan diri aku jangan tinggalkan warga al-amin dalam doa aku.


. . . . . .

Hari tu syi ajak keluar makan. Ohoh terharu.

Panjang betul boraknya. Apakah mungkin aku yang kuat membebel. Teramat rindu suasana begitu. Pergi makan je pun. Balik-balik ada semangat yang Allah tiupkan.

. . . . . .

Allahu a’lam. Moga Allah izinkan saya, kami, anda, mereka, kita, semua terus berada di atas jalan ini. Hingga kita mati kerananya. Ameen.








Wednesday, December 19, 2012

kebergantungan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam. Celik. 2 tahun dah rupanya aku tinggalkan Al-Amin. Datang balik tengok tandas  banat dah ada kipas. Cewah. Bukan tu yang aku nak cakap.


Bila aku imbas balik perjalanan aku bermula aku meninggalkan Al-Amin, aku nampak betapa banyak Allah pisahkan aku daripada orang-orang yang aku sangat rapat. Masuk mood rindu. Ceh. Tak habis-habis.


#1 Dari aku sekolah rendah, kawan paling rapat; Wardah. Geng-geng berkepit study group makan sedulang jalan-jalan sama kakak angkat haha cerita rahsia itu ini. Rapat sangat dan aku tak pernah terbayang kitorang akan berjauhan. Dan biiznillah, wardah buat surprise pindah tiba-tiba masa form 4. Sejujurnya waktu tu aku tak pernah terbayang suasana sekolah tanpa dia. Tak terlintas.

Tapi hidup perlu diteruskan juga. Kami, di medan berbeza. Dan aku rasa perpindahan dia juga menjadi asbab Allah beri amanah pimpin banat pada aku. Aku tak nampak langsung lebih aku. Mungkin hanya kerana wardah dah pindah, huda dah kena cop untuk syabab, syi dah kena cop untuk andalus. Ye, mungkin itu. Sahaja. Fikir aku waktu itu.

Aku juga rapat dengan Huda, Syi, Anis, Tipah dan banyak lagi. Orang-orang yang asal camping, program, pikul tugas, jalan-jalan ke hape. Kami selalu bersama. Antara paling rapat, Huda lah. Study, debat, overnight rumah masing-masing, camping, daurah. Terlalu banyak aku belajar dari cara dia kerja dan kami selalu rasa safe haha dan percaya bila dia lead.

#2 Dan juga dengan izinNya, kami, Semua. Ditakdirkan terpecah jaaaauh berserakan. Aku waktu itu juga tak mampu bayang, mampukah aku teruskan langkah kaki aku di atas jalan ini. Melangkah ke suatu dunia asing. Dunia realiti. Dunia IPT. Melihat suasana yang teramat janggal buat aku. Cukup buat hati aku memanggil-memanggil nama-nama sahabat dulu. Rindu yang hanya terubat dalam doa.

Aku ingat lagi macamana masa kami pergi madrasatul hayah ikram (MHI). Ditakdirkan Allah masa itu, pesertanya ramai yang kurang berkefahaman. Pandangan liar lelakinya, hilai tawa wanitanya, longgar disiplin ibadahnya. Buat kami selalu bersama, berkepit, dan berbincang, apa yang hendak dilakukan. Mujur masih ada rakan dari 1 institusi. Masih ada yang sama-sama faham.

#3 Dah, bila melangkah ke IPT awal-awal tu. Sorang teman pun takde? Mampukah terus melangkah? Dengan takde orang follow-up. Harung. Harung juga tanpa harus menoleh ke belakang. Walau minggu-minggu pertama hampir setiap lima waktu itu penuh rintihan, benci pada suasana. Bersungguh memandang ke atas agar diberi kekuatan untuk menempuh sebuah dimensi yang tak pernah dijejak. Penuh gundah gusar diri larut dalam lautan. Allahu. Detik. Merasa tiada sahabat dulu.

Dan biiznillah, as time goes by, semakin aku adapt, dan bertemu sahabat baru yang sefikrah. Kami bina kekuatan dari bawah. Masing-masing saling mendokong. Saling menguatkan. Membina asas dan memasak tiang-tiang secara perlahan. Terus. Setiap hari sama-sama menukang dan memahat. Sungguh kuat dokongan mereka. Sungguh terasa sokongan Allah melalui komitmen dan pengorbanan mereka setiap hari. Membina dan membaiki, ummah ini.

#4 Juga dengan izinNya, kami tamatkan foundation kami. Dan memulakan lagi, sebuah dimensi baru. Berserakan. Mereka dengan dunia perubatan dan aku terus mengharung laluan kejuruteraan yang telah Dia susun. Kami, terpisah lagi beratus kilometer jauhnya. Di sini, di bawah program yang sama, hanya 7 lelaki dan 7 perempuan. Dan menurut placement yang telah keluar, dengan izinNya, antara 7 perempuan ini, hanya aku seorang di universiti pilihan aku, di tanah seberang lautan kelak insyaAllah.




Hidup terus. Dan terus.




Menoleh.

Aku tahu, dengan perpisahan demi perpisahan ini.

Allah ingin mengajar aku, erti kebergantungan.



Mungkinkah aku akan mendongak kepadaNya saat suasana sukar, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku bercerita kepada mereka pertamanya?
Mungkinkah aku akan menyebut asma’Nya sebelum apa-apa, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku memanggil nama mereka, meluahkan segala-gala?
Mungkinkah aku akan belajar sabar dan erti bertahan saat tiada manusia yang aku biasa, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku segera merebah di ribaan mereka bukan cuba merencana langkah?

Begitukah Allah mendidik sang kekasih dengan mengambil Khadijah, saat dokongannya terasa segala-galanya? Dan membawa jauh Abu Talib, saat pembelaannya paling diperlukan?








Erti, kebergantungan yang sebenar pada Dia.








Allah ingin menanggalkan rasa selesa itu, 
dan rasa kebergantungan aku terhadap mereka semua.
Rasa kehilangan yang membekas. 




Supaya yang tinggal paling atas, cuma kebergantungan kepadaNya. 




semata-mata.











Sunday, December 16, 2012

Explorace VAR18TION

subhanallah. walhamdulillah. wa la ilaha illallah. wallahu akbar.

syukur sangat Allah izinkan aku sertai explorace untuk kali ke-3. apa? ketiga? ye, first, as AJK masa form 3. second, tahun lepas, as alumni. third, tahun ni, as alumni juga. eh, as peserta tak pernah ke? boo diyana booo. hurm, kadang-kadang kita akan tiba juga di satu persimpangan yang memerlukan kita memilih satu dan melepaskan yang lagi satu. alhamdulillah.


bagi anda yang mendambakan gambar, harap maaflah gambar tiada. walaupun saya angkut kamera gabak itu kehulu ke hilir hingga muka seperti udang terbakar, kamera itu bukan saya punya.
*byebye bagi yang mahu beredar*




#0

ironi sungguh. beberapa hari before ada orang tanya aku boleh join explorace ni ke tak, aku tengah melalui proses flashback apa yang aku dah buat sepanjang di sekolah dulu. dan jawapan dia sentiasa sama. aku merasa apa yang telah aku buat tidak cukup dan penuh sesal. dan sampai aku tanya Allah "Allah, apa aku nak buat?"


kan betul, Allah tak pernah biar persoalan hamba Dia tak berjawab. takde siapa yang lagi romantik daripada Allah T_T beberapa hari lepas tu, aku dapat tau tentang program ni. dan bila tanya umi, umi izinkan dengan mudah yang amat. subhanallah without hesitation aku sertai, i want to do something for my sisters. sebelum mereka dilepaskan terbang menyebarkan haruman Islam. yes, InsyaAllah :)


awal-awal, aku banyak tak dapat attend meeting sebab exam 3 minggu sebelumnya. 4 hari sebelum explorace pun aku ada test English.  dapat attend 3 kali je meeting, maka aku masuk meeting dengan pasrah dan redha mengikuti flow aktiviti yang telah disusun. yang nak jadi surprise, tiba AJK Aktiviti nak switch portfolio dengan aku kerana beliau busi. maka kelam kelibut siapkan masterplan siap tanya adik macamana nak buat masterplan haha kena gelak bye. 


oh ye, dalam post ni saya tak cerita detail tentatif. saya cerita mana saya suka je dan sangat cenderung kepada cerita personal. ampun.





#1

First day, explorace sekitar KL je. aku jaga first checkpoint, Pasar Chow Kit. lagi comel ada kumpulan yang baca clue pastu boleh pergi sampai PWTC lah, Pasar Seni lah. padan pun tak sampai-sampai.. -,- ehem. kat situ diorang kena menjual - ada yang jual ayam, daging, buah-buahan. aku tengok ada satu kumpulan macam tak laku je aku pun beli sikit pastu diorang terharu siap peluk "terima kasih k.diyanaaa" bahaha. patutnya bagi diskaun neh.

next checkpoint, Pasar Seni - jual buku. lepas tu, Taman Melati - kerja alam sekitar hihi & buat bendera. Then, UIA - interview student local & foreigner. last, Al-Amin balik - ada treasure hunt gitu. 

lepas habis peserta kat Chow Kit aku terus pergi taman melati tolong kat sana. aku tengokkanlah budak buat bendera. waktu diorang tunjuk bendera untuk kitorang nilai,

"kenapa nama kumpulan korang 'Makan' " 
"sebab kitorang sama dulang makan dari form 3"

haha comel je. tak pernah terfikir aku. banin pulak tu.

overall, first day ada kabut sikit lah sebab banyak berurusan dengan orang masjid orang pasar etc pastu ada miscommunication situ sini. ok yang lain cerita first day malas nak cerita. *muka tak bersalah*





#2

yang seronok juga explorace kali ni sebab jadi alumni dari serata batch. -batch 14, 17, 19. aku batch 16. hehe macam-macam cerita keluar.

second day malam, kitorang bagi budak-budak main spider web. waktu fasi bincang, aku tanya siapa nak test kekuatan web diorang. junior aku dari batch 19 terus jawab 

"k.diyana la siapa lagi"
"kenapa pulak"
"ye la k.diyana kan biasa buat benda-benda macam ni. ingat lagi dulu time kitorang kem asas, nak patah gajet kitorang k.diyana pijak"

amboih. laju je diorang keluar cerita dolu-dolu.

diorang cerita macamana kitorang jirus sorang-sorang dengan air sungai sebab kawad tak semangat. pastu kitorang lipat tudung diorang macam tudung indon. pastu mestin diorang basuh tak bersih pastu kitorang ambik guna tangan sapu kat muka diorang wahaha. ada yang aku pun dah tak ingat. ya Allah, entah apa aku dah buat kat anak orang ni huu. tu dulu masa handle camping sama-sama dengan Khalilah, Syaza suma. rindu.







#3

second day malam juga, masa aku kumpulkan peserta untuk aktiviti malam tu, aku round-round la campsite diorang kot ada khemah tak zip ke parang terpacak ke. tiba-tiba jumpa satu plastik ada nasi hangit, paket Brahim. aku tanya lah diorang group mana punya. tujuan aku, nak suruh group tu ambik pergi buang je. sekali, takde orang mengaku. memang hampir-hampir semua orang menjadi korban la malam tu. aku suruh diorang bincang dan ingat balik sampah siapa. aku nak kena bincang untuk aktiviti malam tu dengan fasi lain kejap.

bila aku tanya balik,
"dah tau dah, siapa punya?"

"kitorang dah bincang, takde 1 group pun masak Brahim ni. mungkin ada kera bawak tinggalkan kat sini"

"oh nak salahkan kera pulak??"

ceh. saje provoke. waktu tu suasana semacam serius. saja nak bagi diorang bersungguh sikit. kalau tak lenggang kangkung sangat. dan, time camping benda-benda seperti kebersihan memang menjadi isu besar. aku cakap kat diorang, "jangan pandang remeh benda-benda macam ni lagi-lagi tengah hutan. tau tak macam-macam binatang dia boleh attract??"

dan-dan je malam tu ada ular masuk campsite banat. ui mulut. astaghfirullahalazim


lepas tanya pasal sampah tu, aku tanya pasal barang amanah pulak. pastu ada 1 kumpulan tertinggal barang amanah dekat dalam khemah. muka semua terus macam nak menangis. 

malam tu aku takde denda apa-apa pun. sampah tu aku suruh orang pergi buang. barang amanah aku suruh diorang pergi ambil. cuma aku cakap sikit apa yang perlu.

pastu kami bersuka-ria main game tengok bintang cantik wahahha.

esoknya, ada aktiviti air. aku jadi runner untuk satu group ni. aku tanya siapa sakit. pastu ada sorang ni, dia ahli group yang tertinggal barang amanah semalamnya. tiba-tiba AJK bawak dia jumpa aku cakap tangan dia sakit.

"kenapa tak datang jumpa ana?"

"eh. taklah. taklah manada. sikit je"

"duduk sini"

waktu dia duduk sebelah aku, dia diam je. muka takut. mata bergenang. bila aku pegang tangan dia nak sapu minyak, tiba air mata mengalir.

"kenapa? sakit ke?"

"tak" dia sampai tak boleh nak cakap sebab nangis.

aku pandang hidayah (AJK). hidayah cakap "dia takut k.diyana"

mak oih. aku senyum je.






#4

third day, pagi survival cooking, tengahari berakit and kayak, then masuk gua. aku memang enjoy aktivti-aktiviti alam gini mehehe.

waktu masuk gua pastu tutup lampu tu, buka mata ngan tutup mata memang takde beza lah. waktu tu aku terbayang future home aku je, kubur. entah-entah kubur aku pun lagi gelap dari tu. sebab dosa-dosa aku sendiri.





#5

hari last, buat persembahan. aku jadi judge instant sebab cikgu last minute ada problem. fasi yang ada waktu tu azillah, kak hidayah, aku. waktu budak-budak buat persembahan, tiba-tiba mata bergenang. rupanya  fasi tiga-tiga gitu sebab teringat batch masing-masing bahaha. betapa istimewanya roses di hatiku sobs. fasi yang emosi tapi cover macho. 





#6

on the way balik, kitorang solat dekat masjid terapung before naik bas balik KL. punya la gah binaan, tapi benda yang aku cukup tak puas hati dengan mana-mana masjid pun, ialah bila dia tak jaga kebajikan wanita. itu first aku tengok berbanding cantik tak cantik tempat wudhu' dia lalala. susah tau masjid nak dapat respek aku. boleh pulak keluar je tempat wudhu', lelaki lalu lalang. oi nak pakai stokin kat manaa. 

tapi yang aku puji, imam dia. budak-budak bila solat jemaah kan selalu kena separate daripada saf jemaah dewasa. tapi before start solat, imam tu cakap "adik-adik boleh ke depan masuk saf yang lain, takde masalah. tak menjadi najis." subhanallah. sangat cantik. baguslah begitu, mesra kanak-kanak. certain masjid diskriminasi kanak-kanak sampai kanak-kanak tak merasa as if they belong there.

dan aku tengok almost semua benda imam tu handle sendiri. air-cond dia on sendiri, ceramah dia yang ambik mic etc sendiri. takde pun AJK masjid ke MC ke apa. may Allah keep him on this path ameen.





#7

before pergi jeti kitorang singgah pekan kuah. lesson learnt here is; jika anda dan adik beradik anda pergi shopping di tempat sama tapi jalan berasingan, sila berdiskusi dulu mahu beli apa. instinct sahaja tidak cukup, sekali kain batik bertimbun siapa nak jawab ha. umi kirim 2 dapat 7 -,-




#8

subhanallah. above all, i'm too grateful to be a part of this event. i can't lie i had great with my  dear sisters.the facis, and the juniors. seronok dapat kenal-kenal adek-adek terchenta (ada yang tak sempat jadi junior) dan spend masa bersama mereka lebih. moga semua pihak; peserta, fasi, guru dapat sesuatu daripada perjalanan ini. alhamdulillah.


Thursday, November 15, 2012

They're above Heroes!


Heroes Conference IIUM 2012
13th November 2012
CAC, IIUM 2012

Subhanallah. Mendengar cerita tentang sahabah memang menyala-nyalakan rindu pada Rasulullah! Allahumma Salli ‘Ala Muhammad. It’s worth. every single penny spent.



The Sahabah


“The job they did for the Ummah, no one can even come close to it!”

Zeroes to Heroes
At those times, Romans and Persians were the superpower. They were so powerful that they conquered so many kingdoms yet they didn’t give a damn on the Arabs. That portrays how uncivilized the Arabs were at that time. The aborigines. Live killing and fighting.

Yet the presence of the Prophet Sallallahu ‘alaihi wasallam. Who can’t even read. Brought light to the humanity.

Bilal. The black. Dishonoured slave. Became the one to stand on the roof of Ka’bah – the holiest place amongst muslim and non-muslims -  after the fathul makkah.

When the prophet asked the sahabah to buy Bilal from his employer. Abu Bakr asked that man how much will he sell Bilal. He said 10 golden dinar. Abu Bakr immediately returned home to take the dinars and came back with stated amount. That man laughed and said, even if you give 1 golden dinar, i’ll give this man to you. And Abu Bakr said,
“if you want to sell him even with 100 gold, i will”

The aqidah inside Bilal makes him more precious than anything else.

Khalid al-Walid. Before embracing Islam, he’s the most hateful person towards Rasulullah.

“If Muhammad is in Macca, I’ll not remain in Macca. Whether he leaves, or I’ll leave”

He’s the one who muttered the Sahabah during the Battle of Uhud. He’s the one who’s responsible to kill the prophet during the Battle of Khandaq and Hudaibiyah. Twice.

Yet within 6 months,
From ‘aduwwullah (enemy of Allah), he became saifullah (sword of Allah)
Undefeatable in any battles.

And Rabee the slave, how could he stand before the second most powerful men?
Islam is the catalyst!

They live for the Islam, and they’re dying for the Deen!



 Procrastination
The Sahabah. Are not like that. They are always inspired by Allah’s verse. Fastabiqul khairat. Compete. Rush. Towards goodness.

Brother Nisar told a story about a sahabah, Ibnu Umar. Whenever he met people he will initiate salam to that person. Yes, every single time he met people. Until people tried their best to give salam to him first, but they never succeed. Ibn Umar will never ever let others to precede him in giving salam. just because he once heard Rasulullah said, “the person who initiates salam, is loved by Allah”. Yes, just because he once heard the prophet mentioning it.



In implementing Deen, they are the Giants!






Sacrifice
Kalau bercerita tentang perjuangan dan pengorbanan untuk Islam, memang sangat ramai yang berjuang untuk agama ini. But them.  They sacrifice while no one is ready to sacrifice. Khadijah - She lightened my burden, while nobody else were ready to lighten my burden.

At the time of Macca, it’s like it it was written on the wall, that whoever embrace Islam, they will be tortured, they will be bashed, they’ll be separated from their family, their family will be tortured. Despite that, they embrace Islam.






Leadership
Leadership is not a privilege. It’s not about people asking to take  a pic with you, or having your face in the news, or receiving a certificate of honor. Leader is a person who serves people. So the more you serve, the better you are.

At the time Abu Bakr was about to be a caliph, a small family objected. They said,
“our family members are handicapped. This man came to our house every morning. He swept the floor, washed the dishes, did the laundry, cleaned the whole house and did all the chores. If he become the caliph, who is going to do that?”

At that moment, other sahabah were stunned. Nobody knew that Abu Bakr did all those jobs by himself.

Umar al-Khattab. during his time when he was doing his patrol at night and he saw a woman with his children crying, craving for food, he went back to baitulmal and take sufficient amount of money, wheat, floor and other food for that family. and when he asked his assistant to put the stuffs on his back and that assistant offered to bring it for him, he said,

"the one who will be asked is me, not you. do you want to bear my sins???"

if today he sees the blood of Syrian, he will take the money from each of you to help them





Real muslims

“Jannah and Jahannam are real to them, as Dunya is real to us!”

Their hearts are always moved by Allah’s aayah. They’re always shakened by the prophet’s words. That is why once they heard the verse where Allah prohibits alcohol, they immediately crushed the glass bottle until Medina was flooded with that drink. Those who were drinking it while hearing the verse immediately vomited it out and even choked himself to ensure there’s not a single drop of haram liquid is inside his body. All. Immediately. Because of their real belief upon the righteousness of Muhammad.

Even when the prophet asked,
“why did you crush the bottles? you could have just pour out the liquid and wash it and you can use the bottle again”
The sahabah said,
“Ya Rasulallah, we don’t want even one thing to remind us of what we used to do that lead to disobedience to Allah”



these are the sahabah. to them, there are no difference between knowledge and practice. at their time, they don't really have much time to study the Deen, but it is how they implement it. it was the character of the sahabah that speaks!





Hero in you

Are we just gonna say they’re Heroes?
A man went to Salahuddin’s grave and said,

“Qum (wake up) ya Salahuddin! Qum! Don’t you see Syria? Don’t you see Palestine?”

How many time are you gonna wait for Salahuddin? Is it because of your cowardice? that you have to bag from dead people??








It’s time to be a real muslim.
“O you who believe, believe!”


These are the men that Rasulullah created. From zeroes. Slaves, murderers , servant to the stones. They become lions.

they become above hero! allahumma salli 'ala muhammmad.
yes, the word Hero can't describe them!







Crying to imagine, if only I could live in the midst of the sahabah.
Allahumma Salli ‘Ala Muhammad.


p/s: Saya tak cerita ikut turutan talks  masa Heroes. Saya hentam je structure saya sendiri. These are just the skeletons, banyak lompat pulak tu, sangat banyak lagi isi yang lain. And my apologies if there are sentences which are not exactly the same as being told by the speakers. But the content is there insyaAllah. Oh, same goes for any grammatical errors -,-

care to add up some more.
Wallahu A'lam.

Wednesday, November 7, 2012

Arif and the bedtime story


“mcam tu la cerita dia... dah, arif pergi mandi, malam nanti kita sambung lagi eh?”

Aku di tebing swimming pool. Arif, yah, hariz duduk di kerusi2 dalam air tu mengelilingi aku. Dengar aku berpenglipur lara. Semua dah menggigil sebab badan separuh dalam air, separuh luar. Jadi aku suruh semua mandi je, taklah sejuk sangat.

“emmmmmmm” *geleng geleng. “nak cerita lagiiii”

“hah? Arif tak nak mandi?”

*geleng geleng. Yah dengan hariz dah entah ke mana dah.

Haih peliknya budak ni. Tak mandi swimming pool? Aku tak nak bagi diorang terdedah kat udara sebenarnya, nanti sejuk. Aku yang runsing sudahnya. Inikah Muhammad Arifuddin? Yang bising-bising nak swim tadi? Wahaha

“takpela, dah menggigil-gigil dah tu. Ni tinggal 30 minit je lagi. Nanti kena balik dah.” Aku ingatkan ‘perjanjian masa’ yang kitorang dah buat sampai-sampai kat golf club ni tadi.

Mulut dia muncung macam itik. “nak cerita” suara perlahan dengan mata pandang aku.

Sebenarnya ni dah entah kali ke berapa aku cakap “kita sambung nanti eh”. Kejap sambung sikit, sambung sikit lagi, sambung sikit lagi. Aku cakap nanti sejuk sebab badan kena angin, Arif cakap “ok, Arif menyelam macam ni” *masuk badan dalam pool sampai paras leher. Sungguh-sungguh dia tak nak bagi aku stop.

“takpela, nanti malam kita sambung la lagi insyaAllah, k.diyana janji, janji”

Entah berapa kali ulang janji-janji manis mahu sambung cerita malam nanti before tidur sambil ugut-ugut masa swimming dah nak habis, barula dia pergi sambung swim -,-

Asalnya aku tak berniat langsung la nak bercerita tepi swimming pool, macam hape je. Aku just bawak buku yang aku guna untuk bedtime story dengan depa memandangkan aku kena jaga diorang swimming. Daripada termenung seperti orang putus cinta, baik bawak buku tu baca. Ala ala preparation la, barula bedtime story smooth gitu lalalala. Sekali diorang nampak aku pegang buku tu terus “kak diyanaaaa nak ceritaaaa” susah pulak nak menolak.

Ehem. Malam tu aku baru sambung cerita sikit, pasal Umar al-Khatab masa pemerintahan dia, arif dah terlelap. Heh, reti pun habis bateri. Satu hari melompat ingatkan energy unlimited. Kalau hari-hari biasa jangan harap la dia nak terlelap centu. Lepas 1 cerita, “1 je lagi, please” heih. Yang lagi best, “esok kan k.diyana dah nak balik, kena la banyak sikit” eh eh boleh pulak centu. bila aku masuk belajar, Umi yang kena cerita.

Ada hari aku dah lelap lagi awal dari dia hahaha, kalau aku ada kekuatan untuk bangun, okayla. Kalau termiss tu “semalam k.diyana tak cerita pun.” Ada jugak hari banyak benda nak buat ke, bila dia dah siap gosok gigi apa semua, dia ketuk bilik, “k.diyana, masanya dah tiba” “lain kali lah, lain kali lah, k.diyana banyak kerja la” nanti dia diam kat luar pintu bilik. Bila bukak pintu nampak budak duduk depan pintu, “kenapa ni Arif?” *air mata mengalir slow “takde orang nak cerita”. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa budak ni kann.

*Kadang-kadang aku rasa aku mengaku aku ter-manja-kan dia. Sampai k.lah kata “ha, buat macam tu, tu yang budak laki jadi lembik tu!”. Kegagalan membezakan lelaki dengan perempuan ke hape. Astaghfirullahal-azim. Diyana, didik dia jadi singa la, bukan jadi kucheng!

Begitulah seterusnya. Akhirnya dia sangat berminat dengar ‘cerita-cerita’ itu. Bila dengar, muka berkerut.

Aku ingat lagi awal-awal dulu, 1st time legasi bedtime story ini dimulakan,
“k.diyana cerita boleh?”
“nak k.diyana cerita pasal apa?”
“ermm, pasal Rasulullah!”

Whatttt? Mana mungkin aku lepaskan peluang keemasan ini. Aku tak taulah Arif memang suka dengar cerita pasal Rasulullah atau dia pakai sebut je random. Tapi aku peduli apa hehe. Jujurnya, aku rasa ini peluang besar untuk sesiapa pun antara kita, kakak ke mak ke, untuk guna bedtime story sebagai medium untuk membebel corakkan pemikiran kanak-kanak dari kecil.

Korek habis kegemaran Rasulullah la, baju la, kisah baginda dengan perempuan tua ke hape ke tak kisahlah. At last, sebenarnya kan, manfaat tu kembali kepada diri kita sendiri. Untuk menyegarkan kembali kisah-kisah agung itu dalam jiwa kita. Even ada cerita yang kita pun baru tau, hanya sebab kita cari cerita untuk dibentangkan pada budak-budak ni.

Hari tu, sebelum aku cerita pasal sahabah, aku tanya mereka,
“siapa orang paling hebat?”
“boboiboy!”

T_T
Do you see it? Do you seeee??

Sebab tu lah kita kena kembali kan semula pemikiran mereka tu. Dengan menanam semula, siapa hero-hero kita yang sebenar. Yang real, yang wujud, yang benar-benar nyata. Yang telah terbukti kehebatannya.

Jangan cerita kosong. Waktu bercerita tu, ceritalah dengan hati. supaya ia sampai juga ke hati. Bila cerita tentang keberanian dan ketegasan Umar yang digeruni syaitan itu, ceritakan dengan impian anak kecil itu menjadi seberani itu. Waktu bercerita tentang keimanan Abu Bakar, sampaikan agar keyakinan Abu Bakar turut hidup dalam jiwa anak kecil itu. Waktu bercerita tentang kehebatan al-Fateh, bayangkan satu hari nanti anak kecil itu juga akan menjadi al-Fateh. Mari, mari sampaikan kisah hebat mereka.

Kanak-kanak itu ibarat span kering, apa sahaja yang lembab di sekeliling mereka akan diserap. Semuanya, takde pilih-pilih. Usah lah biar yang dilihat hebat di mata mereka adalah boboiboy, superman, cicakman, upin ipin. Biar yang berputar meresap dalam pemikiran mereka masa tidur itu adalah kehebatan dan ketangkasan para sahabah, pengorbanan dan kemuliaan Rasulullah, ketinggian dan keteguhan para jundullah. Biar itu, itu yang membentuk siapa mereka apabila mereka bangun esok.



ha, ha, spoil family portrait -,-


kenapa saya kata saya manjakan dia? Ni contoh.
“k.diyana sayang Arif”
“kenapa?”
“sebab k.diyana sayang Arif”
“tapi Arif kan nakal?”

Ok, aku pun takleh over sangat kot haha.
Moga di sebalik kenakalan dia, ada logam menyinar yang bakal berkilau untuk agama Allah.
Wahai anda yang membaca, katakanlah Ameen.

Monday, November 5, 2012

Ibtisam hijau




Hari itu. Hari dia tiba di rumah setelah seperjalanan dari kolej. 

Bangunnya awal pagi persiapkan apa yang tidak siap. Jam 8 terus ke kelas membiar otaknya menghadam nombor-nombor. Seusai kuliah, berulang alik ke pejabat HEMs melengkapkan borang pihak penganjuran. Naik turun bangunan 4 tingkat mengambil dokumen di biliknya. Terus ke stesen bas bersama naqibahnya. Meluangkan masa menghadam pula hadaf dan bahan daurah yang bakal berlangsung esoknya.
Di dalam bas kalau lazimnya dia bisa tidur, kali ini tangan kanannya memegang material daurah, tangan kirinya memeluk buku tebal microbiology yang testnya tidak lama lagi. Dari bas ke LRT, dari LRT ke LRT lagi. Berdiri, duduk, berjalan. Otaknya penuh merangka-rangka, terkadang matanya berpinar merenung tulisan di atas kertas. Sesampai di stesen LRT, bundanya mengambil dan terus dihantarnya ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Yang hanya 2 jam kemudian namanya dipanggil. Dia dapat rasa mindanya semakin letih, Allahu. Tidak, aku mampu. Kemuncaknya tiba apabila usai solat maghrib, dia terlelap di atas sejadah hingga ke esoknya. Bangunnya di tengah malam pekat itu penuh murung dan kekecewaan, hanya menunaikan isya’ di sisa-sisa waktu.
Itu benar-benar kemuncak.

Mutiara jernih mengalir tanpa dipinta.
Mengapa aku jadi begini..
 
Astaghfirullahalazim.
Tuhan, aku tidak mampu berbohong lagi.
Jujurnya aku letih!

Persis seorang anak menangis di ribaan ibunya.

Ampunkan aku kerana mengeluh begini.
Aku tak mampu berbohong lagi..

Sekuat-kuat dia di hadapan manusia.
Di hadapan Tuhan, dialah selemah-lemah insan.

Segala cerita jiwa dimuntahkan.
Kaku. Kaku dia sendirian di bilik kecil itu

Tiada suara dari celah almari berbicara ‘bersabarlah’
Tiada jari ajaib menyeka air matanya
Tiada tangan hangat menggosok bahunya

Tapi dia rasa aman lebih dari segala-galanya
Tubuhnya kuat tiba-tiba
Hatinya rasa segar kembali
Jiwanya rasa bertenaga

Inilah yang tak mampu dia temui di mana-mana
Selain pada pertemuan denganNya

Tiba-tiba dia mampu berkata kepada dirinya
Tubuh ini aku infakkan di atas jalanMu, Tuhanku.
Demi Engkau, aku relakan segala sakit
Inilah yang aku bayar untuk JannahMu
Aku mohon, terus pilih aku di atas jalan ini.