Thursday, June 17, 2010

siput.

assalamualaikum :)

first of all,
saya mintak maaf atas kegagalan untuk istiqamah memanfaatkan medan ini.

secondly,
post yang ini, takdelah berinput mana, terpulang nak baca atau tidak. anda nak baca saya raikan. kalau tak mahu saya relakan. (apa merepek nih)

* * * * *

akhir-akhir ni, saya macam pelik banyak gila siput bulan dekat rumah. banyak sangat sampai kitorang balik sekolah, turun kereta nak masuk rumah tiba-tiba terdengar bunyi something crunchy. bila angkat kaki, agh terpijak siput! sama jugak bila nak sidai kain dll.

macam tu lah gambaran banyaknya siput bulan kat rumah saya.

misi I

satu pagi tu, di kala langit masih gelap. saja saya keluar rumah (bahagian dapur), lepak ambik angin. tiba-tiba saya nampak siput lagi. hehe *tanduk mula muncul. saya pun kutip. sekali nampak lagi. ehh, banyak pulak. semangat saya nak tangkap siput. siap ambik torch light woo. sebab terlalu gelap, lagi-lagi celah-celah pokok-pokok umi. siput-siput tu kecik!

bila cari. subhanallah, memang melambak siput. lagi-lagi, lepas subuh ceni. 1 pasu je, jumpa dekat 8 ekor. pergh. sini kau, siput!

oklah, kutip punya kutip punya kutip. baru kejap dah 24 ekor daah.


siap kena flash sebab gelap

oklah, siapa yang dah start geli loya-loya tekak, boleh klik exit sekarang. (eh bukan halau!)

tengah syok main kutip-kutip siput.. tiba-tiba abi keluar.

"siapa kat luar tuuu"

saya hanya menjawab dengan sengih kerang busuk.

once abi nampaaak....

"heisy, apa yang main kotor-kotor macam tu"

tangan yang sedang semangat mengangkat siput yang cuba lari terhenti

"sudah tu! dah la banyak nyamuk"

tapi dia rosakkan pokok umi laaa. argh, baru je nak target 50 ekor ke. terbantut sudah. 24 pun 24 la. sayang betul abi dekat aku. takut kalau aku kena gigit nyamuk! ngeh3

okeh, sekarang operasi me'nyah-siput' bermula. metod yang digunakan ialah melumur garam. ini cara tradisional je.
mayat bergelimpangan
siapa yang geli tu tak payahla tenung lama-lama

sebagai manusia rajin & bertanggungjawab (eee), saya pun segera menjirus tapak pembunuhan siput. terpaksa berus untuk menanggalkan lendir-lendir kuning yang dihasilkan oleh para siput yang syahid. alirkan kat longkang. bye-bye siputs.

okay, bila dah cerah sikit, time kitorang nak sidai kain, perhati la longkang. sekali, suma siput yang tadi dah berbuih-buih, berlendir-lendir dah hidup balik?? ceyp, diorang buat-buat mati je....! kitorang pun terpaksa pijak je siput-siput tu. ohh kejam.

umi cakap,
"yang awak jirus air siapa suruh"

hmm, ok. hypothesis is rejected. lepas ni nak buat misi kedua.

misi II

..menggunakan metod II- pijak.

ok, kejam bunyinya. tapi nak buat macam mana, metod first tak berkesan!

ok, pagi tu seperti biasa. operasi bermula. tapi torch light semalam hilang. ouhh, terpaksa pinjam torch light mainan arif. tapi tak effect pun. tak payah torch light lah.

kali ni dapat 27 ekor. dengan bonus + seekor siput babi.


bagus, satu peningkatan!

setelah memijak sambil menutup mata

wa likulli syai'in ajal


alkisah
bila aku cerita dekat abi. pasal pembunuhan siput siri kedua ni, abi cakap.

"awak pijak? makin membiak la dia"

"ye ke?" (separa tak percaya)

"ye la, tak percaya pulak . abi ni orang dah lama berkebun na. kalau awak pijak, nanti cengkerang dia pecah, memangla dia mati, tp teluk-telur dia keluar. pastu sekejap je dia membiak. patutnya, letak dalam air garam, memang macam tu cara dia."

lah, teruknya aku ni. baiklah, third mission awaits...

misi III

sebenarnya, tak berniat pun nak teruskan misi ni. tapi waktu umi minta buangkan kulit bawang kat pokok bunga, aku terjumpa siput kat pasu. tanduk yang baru nak mengontot, terkeluar balik. ngeh3. misi ketiga bermula.

air garam disediakan.

memandangkan hari cerah. mudah la sikit proses pencarian ni. . best jugak cari siput cerah-cerah ceni. jumpa banyak benda. binatang-binatang lain pun ada.

jumpa binatang ni

umi cakap nama dia siput bulan
habis tu yang aku bunuh selama ni apa dia?

jumpa spesis lain. baby lagi. entah-entah mak dia siput sedut.

banyak jugak lubuk siput aku explore.
mana tak rosak pokok-pokok umi
waktu hentak-hentak batu nak keluarkan dia, tak sengaja terbunuh.

ok, kali ni aku berjaya pecah record lagi.
35 ekor!


ni sebenarnya dulang letak bawang umi

habisla..habisla..

3 seposen 3 seposen

itulah pengakhirannya

24+27+35+1 siput babi+1 siput sedut+1 siput bulan
=89 ekorr

moga amal ini Allah kira

wallahu wa rasuluhu A'lam

Wednesday, March 17, 2010

iktikaf

Assalamualaikum :)

to all beloved g4squared members,

pejam celik pejam celik, ini dah tahun terakhir kita kan?
pejam celik pejam celik, dah tak lama kita semua akan betebaran ke mana-mana kan?

jadi apa kata kita manfaatkan baki masa yang ada,
sementara ada peluang untuk dimanfaatkan?

bila lagi kita dapat kumpul sama-sama dalam satu program?
bila lagi kita dapat bincang masalah sesama kita?
bila lagi kita dapat rasa suasana tarbiyah yang belum tentu kita rasa nanti?


agak-agak bila lagi..

kalau bukan sekarang?

Iktikaf KITA
Tarikh : 18 hingga 19 MAC 2010
Hari : KHAMIS hingga JUMAAT
Tempat : MASJID USAMAH BIN ZAID
Yuran : PERCUMA

*pesanan:
kepada semua, jangan lupa bawa kelengkapan tidur,
buku nota, alat tulis & keperluan peribadi lain.

tentatif? refer ketua batch

p/s: jangan lupa puasa!



insyaAllah besar manfaatnya :)

Thursday, February 25, 2010

Alhamdulillah

"...barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

.Allahu Akbar.
.Allahu Akbar.
.Allahu Akbar.

Sunday, January 17, 2010

agar aku berhikmah

yah : k.diyana, nak pakai ni. (tunjuk pendant di leherku)
diyana : eh, tak boleh. yah kecik lagi.
yah : nak pakaaai...
diyana : ummi, boleh ke dia pakai ni?
ummi : pecah benda tu kang.
diyana : hmm, yah pakai sekejap je. lepas tu bagi balik tau.
yah : hmm *angguk.

..aku pun pakaikanla kat leher dia..

..beberapa ketika..

diyana : dah, yah. nak balik, nanti rosak kang.
yah : emmmmm... *sambil nak lari
diyana : heyp, tadi cakap sekejap je kan...
yah : tak ole aaa... (pelat pun tak hilang lagi)
diyana : sini kamaliah.
yah : tak oleh!
diyana : bo-leh.
yah : tak oleh!!
diyana : bo-leh.
yah : tak oleh!!

hmm, dia dah biasa main boleh-tak boleh ni bila bertengkar dengan abang-abang kenit dia.

buat dunno je lah. sambung lipat kain.

arif : k.diyana, kena cakap "yah, mintak. tu saya punya"
diyana : haa?
arif : kena cakap macam tu, nanti dia bagi.
diyana : ok, k.diyana cakap macam tu dekat yah eh.

(konon nak prove yang gerenti tak berkesan punya,
sebab kamaliah ni jenis degil dia lain sikit.)

diyana : yaah, mintak. tu k.diyana punya.
yah : *tiba-tiba datang hulur leher dia, bagi orang ambik pendant tu.
*eh eh, macam password pulak.
diyana : terima kasih.



yah nak ikut aaa...


...Allah mengajarku melalui lisan si kecil...

Sunday, January 10, 2010

musang

pagi tadi, saje aku keluar rumah bahagian belakang (dapur). buka-buka pintu, ada kucing tengah tunggu betul-betul depan pintu. mula-mula dulu, selalu terperanjat, k.lah, ummi lain-lain memang sume dah di'terperanjat'kan oleh kucing ni. sengal apa kucing ni mengadap pintu dekat-dekat. pastu meow-meow tanpa henti, haha.

lapar kot, korek-korek dapur. memandangkan masih pagi buta, takde makanan, ambik je la keropok, ada unsur-unsur ikan jugak kan? lepas dipecah-pecahkan dan dihulur, dia pun makan. bila aku pergi, dia dah tak makan. aih, kenapa terlalu bertentangan prinsip dengan 'malu-malu kucing'?

bila aku datang duduk sebelah dia, dia gesel-gesel pulak. hmm, mintak dibelailah tu, ingatkan lapar. demand kucing ni, nasib baik rasulullah sayang dia, maka berusahalah aku untuk sayang dia jugak. lagipun, hari sekolah, tak sempat nak bermanja, eceh. tengah meluangkan masa bersama-sama kucing tu, tiba-tiba dengar bunyi aneh,

"eet-eet, ceet cit, cit eet"

macam bunyi tayar berdecit. bingit, ngilu sume adelah.

aku intailah tembok belakang rumah, ingatkan ade kucing baru beranak ke, ape ke.
sekali, ada beberapa ekor makhluk. sekali imbas macam kucing, tapi hidung macam tikus dan ekor terlampau panjang.

lah, musang rupanya.

jujurnya, ni first time aku tengok musang secara live. (naifnya...)

ada 3 musang kecik, seekor musang besar (mak dialah tu)


mak dia nak bawak anak-anak dia naik atas bumbung, pastu bila dia perasan orang tenung, dia nervous pastu, terlepas anak dia. jatuh, ouch berdosanya.

aku yang first-timer ni pun excitedlah, pergi amek kamera, nak tangkap. pastu mak musang yang perasan kitorang tengok pun lari tinggalkan anak-anak dia. anak-anak musang ni pulak, bila nampak kitorang, terus datang kat kitorang.
cak.!

pastu masuk tembok rumah kitorang. comel je baby-baby nih. bagi pisang, buat dunno je. hmm, breast-feeding lagi kot.main-main kat botol
masuk ikut sini pulak

lepas mak dia berputus asa untuk bawak anak die naik atas bumbung, mereka pun lari bersama-sama, ikut jalan lain. aa, rindu nak pegang musang lagi..

lastly, sape nak denga bunyi musang, tengoklah video ni.





bingitkan?

p/s: betapa seriusnya saya menulis hari ni


the end, jumpa lagi insyaAllah.

wallahu A'lam.

Monday, December 14, 2009

menjadi duta

duta? ye duta.
duta al-amin a.ka.a wafdul-amin telah berlalu. 8-13 dis.
lokasi: pokok tampang, tasek gelugo', seberang perai.

8 dis.

jujurnya, nak gi penang ni saya seriously 'prepare for the worst'. bawak iron, hanger, sabun basuh baju sume. haha menggelabah betul.

mana tak, dlm otak terbayang, tandas kat luar (cane kalau nak gi tandas pagi2 buta), muka ayah yang garang, tempat solat muat tak (kuangkuang), budak kecik ramai gila, dah redha siap-siap lagi tu. huahuahua.

tapi tu semua imaginasi. realitinya,
fist time pandang mak & ayah, alhamdulillah sejukla mata memandang. sekali ayah ustaz daa. mak cikgu. kereta ada 3, rumah pun agak besar, tepi sawah, kira senang jugakla. adik-beradik 6. selang P, L, P, L... semua baik. paling besar 21 tahun, paling kecik, 6 tahun, Abrar manja hehe.

tu..depa posing depan rumah

sebelum tu, saya kumpulan dgn nafees n teyra. kami duk tingkat atas, semua perempuan, so agak bebas. kemudahan lengkap, ada bilik solat, bilik air, washing machine sume (mmg outla imaginasi hehe).

bila mak tunjuk bilik,
"ni sebenarnya bilik abang, dia belaja dekat cheras skrg, sebelah ni bilik kakak, bilik air depan ni, bilik solat kat sana, eh, jam takde, hah, kat depan sane ada, nak iron kat luar ni ye"

waktu tu kami dah buat muke tahan.

"kenapa?? ade bawak iron kaa?"

kuankuangkuang. kantoi.

pastu mak siap bawak masuk cermin.
"maklumlah, bilik laki mana guna cermin" hihi paham-paham je.

waktu unpack, nafees cakap.
"apasal barang peribadi diyana macam sikit sgt, kitorg banyak gila"
huahua, saya yg pelik barang diorg byk gila. saya mana pakai pencuci muka, cream, conditioner sume. basic2 je saya gune.

lepas mandi, kitorg kuar jalan-jalan kat sawah tepi rumah.

"kat sini, tak panggil sawah, padi, kami panggil bendang"

bendang sebelah rumah..hijaunye
...subhanallah...

ok bendang. pastu terjumpa, huda, ita n nana. o berjiran rupenye, hanya dipisahkan oleh bendang. tengok2la pemandangan hijau bendang tu, subhanallah, memang cantik, menenangkan. jakun semacam, kat kl, takde sawah ngeh3.

mak asyik bagi kitorg makan je. mana tak ehem2. ada je masa free,
"jangan lupa minum naa" sampai tengah-tengah malam pun. saya, tak makan sangat malam-malam ni, tapi tak nak pulak diorg terasa, sentuh-sentuh je la hehe.

kat bilik serius panas berbahang sebab rumah tepi sawah, takde pokok. kami pun tido kat luar.

9 dis.


lebih kurang kul 7 lebih kitorang turun bawah,
semua dah bangun, Abrar pun sama. awal betul budak kecik ni bangun.
lepas makan, ready-ready nak gi. mak ngan ayah mintakla nombor slh sorg, nak contact nnt. waktu diorg mintak tu, saya naik atas ambik barang. turun-turun, diorang dah hulur nombor saya. cis, kureng betoi depa nih!

saya sekali bersihkan dewan, ada yang bersihkan masjid, lepas gotong-royong, kitorg tolong masak pulak. gitu-gitulah lebih kurang. then, balik.

rest, basuh baju (2 jam dah kering), lain-lain.

530 kumpul balik kat dewan untuk lawat-lawat akt. orang kampung; buat bahulu, kuih, tgk rumah paling antik, lawat kandang lembu, sekolah, jalan tepi bendang, lalu-lalang celah kampung.

buat kerisikdepan rumah paling tua di pokok tampang
tepi jalan,
pak long tanya,
"ni pokok apa?"
"bende!"
"salah. bendiaq"
"ok"

malam rehat.

10 dis.

pagi-pagi, kitorang naik basikal dengan kump huda sume gi taman rekreasi, jalan-jalan, main kat playground dia, jauh la jugak sebab ikut jalan besar. boleh je ikut shortcut, lalu tepi bendang, tapi ada orang tu tak nak, ehem.

taman rekreasi

ibu yang memberi nasihat

ntahla anak2nya mendengar ke tak

balik taman, kitorang turun bendang, adik kitorang, fawwaz bawak (panggil fawweh). turun tepi je, izzah dengan abrar ikut jugak, asyik jerit-jerit, gelak-gelak je budak duorang, alahai rindu pulak. tapi baru turun sikit, tepi-tepi je. sekali ada monyet kacau. fawweh tak bagi main, suruh sume naik. (alorhh)
abrar, izzah, fawweh

pastu kitorang ikut fawweh gi menimba. mula-mula kitorang ingat, menimba tu ape kebenda, rupanya tangkap ikan. dapat berbelas-belas ikan longkang, 4 ikan puyu, 1 udang.

lebih kurang 230 kitorang gi tesco pulak, balik singgah makan mee rebus dengan sup kuey teow, then teros gi sekolah pengkalan jaya ada bola jaring.

wah..dramatik

malam, beauty ladies diganti dengan yasin. lepas tu, mak bawak gi pasar malam. ini la paling tak tahan, entah apasal sumorang tengok macam nampak hantu, bukan tengok jeling-jeling je, tapi tengok sampai tertelenglah. yang tengah makan pun angkat kepala. serius tak tipu. nak jalan kat pasar pun tak aman.

teyra ngan nafees mmg dah bisinglah, saya je yang buat dunno sebab saya tak nampak ape pon, cermin mata break down. ikut je mak.
"mak, diorang memang tak biasa tengok orang pakai jubah ke ape?"
"alah, buat tak taw ja. orang muda pakai jubah memanglah depa pandang. kalau orang tua, pakailah apa pun tak pandang"

11 dis.

gi USM dengan muzium.


ade bengkel motivasi. seriously saya tak enjoy sangat sbb takde lagi 2 mata. argh. Allah tarik sekejap pancaindera mata, tau pun tak senang duduk. Alhamdulillah dapat hadiah buku "tips-tips efektif pimpinan rohani al-Ghazali buat remaja". best.

rabun-rabun gi muzium, apa boleh nampak?

depan muzium



pameran kesihatan. (ok spek dah repair, thanx mak!)
BMI normal. tapi bole tahanla, ok kena jaga-jaga.

malam forum. panel: ust aziz, ust anuar, ust sazali
best! ust anuar mmg sempoi. (ust lain pon best jugak)

12 dis.

gi sukaneka, kitorang bawak abrar dgn izzah skali, abrar x habis2 ngacau org, sorok gula, biasalah budak kecik. sian izzah menjaga. tabah dan sabar huahuahua.

...izzah yang bertanggungjawab...

saya masuk game %^*&%^*%, menang sikit-sikit pun oklah!

balik. kitorang mmg dah rancang nak gi sungai hari tu, abrar tak habis2,
"dah siap ke belum? nak pi sungai tak?"
izzah pun sama. excited betol!

kitorang gi sungai kat lata chelak, kedah.
mmg sejuk sangatt! dalam, average paras pinggag, best!
nikmat air sejuk sebab cuaca panas. kitorang buli abrar, sampai menjerit-jerit!

then, gi makan kat rumah adik ayah dekat dgn sungai.
seronok suasana kg habis. sejuk, makanan pun kekampungan.
ulam bersusun, tempoyak, sambal sume-sume lah!


on the way balik, kitorang main cari perkataan kt sekeliling kitorang. izzah yg mula dulu. pastu Abrar pun nak jugak.
"cube cari mekfif"
aku pelikla."madfish ke?"
mata melilaula cari perkataan tu mana2.
"mekfif!"
pastu teyra ckp "dia nak suro carik maxis kot"
"Abrar, maxis ke mekfif?"
"mekfif!"
"hah mekfif?"
"bukan mekfif"
"habis tu?"
"mekfif!"

hahaha. ok ok maxis. adoi tak tahan lawak budak kecik ni.
(yg tak paham bersabar je la ye)

nak tau apasal Abrar tak boleh sebut 's'?
itula sebab die..ngehngehngeh

macam2 lagi lah lawak on the way balik tu. baru rasa family bond tu.
waa, esok dah nak baliiik.


malam ada beauty ladies. mak menang nombor 3!
okla tu, sebab design merepek2 je kitorang.

'The Beauty Lady'

bbq, post-mortem, balik.

13 dis.

macam biasala kitorang bangun awal.
packing barang, aduh da nak balik.

tengah kemas2 tibe mak naik. ade 3 goody bag.
mak cakap ambikla sorg 1. ole-ole. baju, kain, jeruk.
"mak bagi awal2 ni kotla nak masuk terus dalam beg, takut tercicir"
serba salah je nak terima. aduh mak ni.

kitorang kemas la, re-check entah bape kali takut tinggal barang. kemas bilik, sapu lantai satu floor huahuahua.

ok, turun makan.
ayah borak dengan fawwaz kat depan, saje ckp kuat-kuat
"nanti fawwaz belajaq kat uia, senangla nak jumpa. kita pi ampang (rumah teyra)"
huahuahua. semangat ayah tanya, kalau naik lrt sampai ke tak, tanya jalan, highway sume.

pastu ayah pun bagi barang jugak, beg, tasbih, minyak wangi.
diorang memang suka memberi. pastu mak bagi lagi sampul duit raya.
"nah buat bekal" ah, sudah. banyak pulak tu, adoih.

belakang:k.jiha,....
depan: fawweh, izzah, mak, abrar, k.farah

dengan ayah..

tangkap gamba, ayah hantar gi dewan untuk majlis penutup

majlis penutup, semangat betul Adun tu nak tubuhkan kumpulan marhaban junior dekat Al-Amin. dia kata pusat dia kat pokok tampang, gombak jadi cawangan.

pastu lambat sikit family datang. mak bagi satu plastik besar, dalam tu ade 3 plastik kecik, untuk kitorang sorang 1.

"ni bekalan dalam bas kot lapaq. nanti tak payah susah-susah beli lagi"
dapat lagi! serious serba salah. kitorang bagi apa sangat je..

apa-apa pun, syukur alhamdulillah. tanda Maha Pemurah Allah.
Abrar senyum tutup mulut..hehe

waktu nak baliklah, paling sayu dan pilu. pak su yang sama-sama ngan kitorang masak-masak je pun dah banjir. waa, tak boleh tengok...

otw balik tu, mak sentiasa msg tanya, dah sampai kat mana, nanti mak estimate jarak dan jam untuk sampai. terhutang budilah dengan depa, bagi kami menumpang, tolong kami macam2.

bendang sebelah rumah yang telah ditinggalkan..

macam-macam aku dapat dari wafdul-amin. pengalaman bersosial, cane nak interact dengan keluarga angkat, buat akt kemasyarakatan, jauh dari keluarga, belajar macam2 benda baru pasal kampung, banyak lagilah.

so, kepada juniors and bakal duta amin, jangan lepaskan peluang nak gi wafdul-amin, wafdul-amin seriously tak sama langsung dengan camping ke mana-mana program tahunan sekolah yang lain. (apasal macam sedih je ayat)

hehe ok, wah panjangnye post, lagi panjang dari huda, kuangkuangkuang.

d'end. Wallahu A'lam


perjalanan ini..
tak akan berhenti di sini..