Sunday, May 22, 2011

kenapa saya masih tidak mahu bersyukur?



waktu saya form 2,
saya start kenal dia, dan rapat dengan dia.

sejak itu, banyak perkara yang berubah dalam hidup saya.

bila saya jatuh, ada manusia di belakang yang menyokong kukuh diri saya
dari terus rebah.
bila saya gembira, ada insan di belakang yang menitiskan air mata,
melihat kegembiraan saya.
bila saya sakit, ada jiwa yang kacau, sentiasa nasihat saya supaya jaga diri,
rehat, makan ubat.
bila saya kelihatan sedih, ada mata yang tak tidur malam,
memikirkan tentang saya

dia selalu keep in touch dengan sahabat-sahabat dia,
dia selalu sms saya, selalu sangat, sampai kadang-kadang tak terbalas.
ada sekali, kami terpisah jauh, saya tak mesej dia,
dia marah saya, saya terkejut bila dia kata saya tak nak kawan dia.

kenapa pula bila tak sms = tak nak kawan?

saya punya style bukan macam tu,
sedangkan dia sangat, sangat, sangat mementingkan perhubungan
ukhuwah, ya, dia sangat mementingkan itu.

mula-mula, saya tetap tak puas hati, dan tak paham
tapi lama-lama kelamaan saya mula belajar
bila otak mula matang saya belajar melihat
melihat, dengan hati.
dan saya mula belajar erti ukhuwah yang sebenar.

awal-awal dulu saya geram dia terlalu sensitif
itu terasa, ini terasa.

dia banyak marah-marah saya,
banyak kata-kata saya tak menjaga hati,
awal-awal saya tak peduli
tapi dia tegur, dan tegur, dan tegur lagi.
sampai sedikit demi sedikit, saya mula menjaga hati

waktu itu saya perasan, orang lain mula menyenangi saya,
rupa-rupanya mereka akui dulu saya tak menjaga hati,
tapi mereka diam

yang menegur, yang marah, yang terasa banyak kali,
adalah dia.
sampai saya benar-benar sedar, dan berubah

akhirnya sensitiviti dia buat saya sensitif terhadap apa yang ada di sekeliling saya
buat saya peka dengan apa yang ada di sekitar
saya belajar untuk lebih prihatin, lebih mengambil berat.

bila dia tegur, dia bukan sekadar sebut, dan biar.
dia perhati, dia pantau,
dan kalau saya masih tak berubah, dia bersedia menegur saya lagi sekali
saya tahu inilah maksud tarbiah yang sebenar
dia tak pernah ajarkan saya teorinya, tapi dia ajar dengan praktikalnya.

dia tegur bukan sekadar untuk saya tahu
tapi untuk saya tahu, faham, sedar dan laksanakan.
dia tak putus asa.

jujurnya, saya belajar banyak sangat saaaangat benda daripada dia.
tentang kehidupan ini

saya dulu,
dan saya yang anda lihat hari ini
sebenarnya sangat-sangat lain.
kewujudan dia dalam hidup saya,
banyak mengubah perwatakan saya,
dan cara saya berfikir.

kalau ditanya siapa manusia paling banyak saya buat salah
dia confirm masuk top3
dia tetap sabar.
saya tahu dia banyak menangis sebab saya
ye, saya kejam.

dia tak ajar saya dalam kelas,
dia ajar saya dalam hidup ini.
bumi ini adalah kelas,
hayat ini adalah waktu pembelajaran.
dan ujian sentiasa ada, selama saya belajar.

dia sayang saya, sangat-sangat.
dia dah korbankan banyak sangat benda untuk saya
yang saya tahu, apatah lagi yang saya tak tahu.
sampai saya pun kagum.
bila banding dengan sayang yang ada dalam hati saya

kerdilnya
apa je yang saya dah buat?
diyana, di mana engkau letak dia dalam hati engkau?
kata ingin berkasih sampai syurga?

dia bukan keluarga saya
dia bukan orang terdekat mana-mana.

dia biasa-biasa saja, tapi dia ibarat semua tu.
dia macam guru, sahabat, kawan, ibu, kakak.

dialah antara hadiah terbesar dalam hidup saya.

Allah sayang saya, kerana itu Dia hantar dia kepada saya

kenapa saya masih tidak mahu bersyukur?

kali ni Allah ingin mengajar saya bersyukur

11 comments:

Anonymous said...

terharu..siapakah dia itu?

aina said...

Alhamdulillah..enti harus bersyukur kerana di temukan dgn dia..semoga smoi ke syurga..jeles pulak ana..tak nak kenalkan pada ana ke :]

sevenNeedLes said...

anonymous
;)

aina
aina mana ni?

Anonymous said...

nak jumpa dia..nak jumpa dia juga...:)

Dia said...

hoho TQ dee..nt jugak hadiah terbesar buat diri ini..

Anonymous said...

bestnya..mesti dia tu cikgu raihan kan..semoga ke syurga..

Anonymous said...

eh tapi nt bilang dari form 2..enti dah kenal cikgu raihan lama dah ke? mesti dari program..

sevenNeedLes said...

Dia
hehe u're most welcome. may Allah bless our friendship with his rahmah :)

anonymous
ana baru kenal cg raihan time form4.
'dia' ana kenal sebelum tu lagi.


*apa ramai sangat anonymous ni??

Anonymous said...

ohh ana igtkan cikgu raihan..ehh ana aqilah..ana letak anony sbb ana tak ada google account..maaf

-aisyah pelajar tg 5 sek keb said...

kak diyana..kami kenal 'dia'..'dia' memang baik sgt2..kami sgt beruntung kenal 'dia'..'dia' banyak membantu dan mengubah kami..insyaALLAH kita sampai ke syurga

Nurul said...

salam...

diyana,
jzkk atas entri kali ni..