Thursday, April 21, 2011

pengalaman mengajar

pengalaman mengajar saya atau pengalaman saya mengajar?
mana-mana pun boleh :)


awal-awal dulu, bila tengok Huda jadi cikgu. saya jealous jugak. jadi cikgu- dapat mendidik manusia. subhanallah, heaven.

bila saya mula-mula masuk, suka hati buat rule sendiri. yang lambat saya kunci je pintu, kelihatan beberapa wajah bengang bila sampai-sampai manggar berkunci di pintu/ pintu bertutup. masuk kelas tengok kipas tak tutup waktu rehat, saya denda satu kelas (ketuk ketampi je pun). lama lepas tu, saya dapat tau sebenarnya ketuk ketampi antara denda yang tak dibenarkan mengikut buku peraturan sekolah. err.

tapi alhamdulillah berkesan juga :) sejak tu, majoriti muncul on time. siap ada yang jalan nak berlumba dengan saya lagi. hmm

serius saya rasa seronok mengajar.
kita bukan membentuk 'benda', kita membentuk 'manusia'.

awal-awal dulu serius rasa pelik sangat-sangat nak sebut 'cikgu diyana' hoho.

"nama ana nur diyana binti nas tamimi, antum boleh panggil cikgu diyana"


BM 1 at-Tabari

mula-mula, memang senak juga bila dapat tau kena mengajar Bahasa Melayu. (apaa, BM?). yelah, antara banyak-banyak homework, karanganlah yang saya akan buat last sekali. (dalam otak terbayang wajah cg wasitah, kamus dewan, bahasa baku dan banyak lagi ehe)

masuk kelas diorang ni, memang memerlukan tenaga yang maksimum. fakta ini turut diakui oleh sekalian guru-guru hoho. mana tak, aktif memang macam budak sekolah rendah lagi. banin lah especially, banat matang sikit. saya selalu panggil diorang 'kanak-kanak ribena' hahaha. alahai teringat.


kalau waktu mengajar saya tersebut pasal thariq ibn ziyad ke, rasulullah ke, salahuddin al-ayyubi ke, mesti diorang cakap,


"cikgu, cerita laa, cerita laa"

sebijik macam adik saya bila nak suruh bedtime story.


mereka memang
hyper active. pantang biar sikit, dah berjalan sana-sini. saya explain sikit, ada je benda yang nak ditanya. tempat duduk masing-masing tak pernah nak tetap. ya, kita perlukan otak yang cool untuk masuk ke kelas ini.

ya, ini buktinya


BM 2 Uthman bin Affan

first day saya masuk, nampak banat-banat tengah menyapu kelas.

"akak ajar kitorang ke?"
*senyum je
"biar betul? biar betul? tak percayaa"

hoho, comey-comey je junior-junior aku ni.


kelas ni, ramai adik kawan-kawan saya. mirer, atey, syaza, anis farhanah, anis hasanah, siti sarah, lain-lain lagilah. huh ramai. dah lah muka lebih kurang je masing-masing.

huhu.
segan, tapi, hmm buat muka tebal sudahlah.

awal-awal, saya dengar ada orang mengadu
"cikgu diyana tegas sangatlah, masuk lambat sikit pun tak boleh"


bila saya mengajar pulak, banyak saya praktik cara guru saya mengajar dululah. bila saya suruh buat karangan


"300 patah perkataan"

"hah?? cikgu, banyaknyaaa. 180 je la cikgu"

*diam

"hurmm, 200"

"sekurang-kurangnya 5 perenggan. 5 peribahasa"

"LIMA PERIBAHASA?? mana boleh cikgu.,. cuba cikgu buat fg,.h.fh."

(semua bising, muka berkerut-kerut)

"oklah, 3"


yang tak tahan, ada sekali tu, saya suruh buat karang tajuk

"Denda yang Paling Aku Ingati dalam Hidupku" (bosannya tajuk hehe)


"cikgu, tak tau macam mana nak start. cubalah cg bagi contoh"

*aku pun goreng je la beberapa ayat.
bila aku kutip semua buku, terkedu je tengok semua pendahuluan sebijik apa yang aku cakap T_T. padanlah cikgu wasitah tak suka bagi contoh dekat kitorang dulu. (-.-')


PSV form 4
ini kelas first saya masuk waktu awal-awal jadi guru dulu. mula-mula masuk saya pelik apasal muka depa bosan semacam. padahal saya dolu-dolu, time psv lah yang terlebih excited, release tension semua. saya takdelah terer sangat PSV. lagi-lagi bab teori. perh, pegang dahi la.

setiap kali nak ajar, saya kena study dalam-dalam dulu. macam nak gelakkan diri sendiri je, dulu tak belajar betul-betul apasal err. hmm, sekarang saya rasa saya lagi terer dulu. memang mengajar merupakan teknik yang berkesan untuk menguasai sesuatu. siapa nak periksa, jadila cikgu hohoh.


PSV form 5

banin kelas ni semua stock sengal-sengal otot, asyik buat lawak tapi muka seposen. ada je modal diorang nak merepek. banat dia pun macam dah immune je. masuk kelas diorang saya asyik sakit perut je tahan gelak. sampai setiap kali sebelum mengajar, saya kena set otak dulu untuk tak nak gelak. perh dahsyat.

hafazan form 1

saya mula-mula masuk dulu,

saya perkenalkanlah nama.


"ana lepasan spm, bekas pelajar kat sini"

"o0o0o0o"

"cikgu dapat berapa A?"


"err"

haf + til form 3

yang ini lagi comel, batch diorang ni kan antara ex-ex anak usrah + junior saya. jadi rasa sempoi je jaga kelas diorang. saya usaha sebaik mungkin nak baiki hafazan & tilawah diorang. saya tak dapat nafikan, saya agak strictlah mungkin. yang tak hafaz, kena berdiri err. sampai ada yang mengadu saya garang wo0o.

"eh, cikgu tak garang, cikgu tegas"


result

masa dekat-dekat nak dapat result ni, budak-budak ni suka jadi tukang ingatkan di saat otak ni cuba melupakan semua tentang result hoho. masuk kelas je,

"cikgu, result bila, result?"

hampir semua kelas lah.
yang lagi bagus,

"cikgu, kita tak payah belajar hari ni, kitorang tak nak bagi cikgu stress"

dan,

"cikgu, jom buat solat hajat, biar saya jadi imam"

"lepas ni, cg dah tak ajar kitorang eh?"
err, ada bunyi halau di situ

kelas terakhir saya, sebelum saya ambik result ialah PSV form 5. waktu tu ayah saya dah sampai nak bawak saya ambik result. diorang tak habis-habis,

"cikgu kenapa cikgu nampak resah je. cikgu pergila ambik result dulu, nanti cikgu dah tenang, cikgu boleh ajar kitorang"
*cepat aje nak halau ye.

tiba-tiba saya perasan 4 orang takda. saya tanya yang lain, kat mana diorang. ada yang volunteer nak pergi panggilkan.

"cikgu biar saya panggilkan cikgu. kalau saya panggil, bukan diorang je yang datang, dengan buah (?) sekali saya bawa"
"eh, tak payah, tak payah, biar diorang datang sendiri"
(kalau nak berjalan-jalan, cepat aje.)

lama lepas tu, tak muncul-muncul jugak. saya pun suruhlah sorang panggilkan.

.bila semua muncul, rupa-rupanya diorang tertidur, takda siapa kejut. pastu bila masuk, masing-masing singgah kat meja guru, letak something. suspicious gila.

"eh, korang buat apa"
"letak buah, cikgu"

bila saya tengok dekat atas buku saya, ada 5 biji buah-buahan tempatan dan luar negara.

"eh, untuk apa ni?"
"untuk cikgu la"

saya fikir diorang main-main. saya biar je la dulu.


"eh cakap betul-betul, untuk apa sebenarnya ni?"

"untuk cikgu la, gudluck nak dapat ambik result"
"apasal pulak tiba-tiba? takpelah.."

aku ambil buah-buah tu, letak atas meja mereka.
belum sempat buah-buahan tu landing atas meja,

"CIKGUU, sampai hati cikgu letak dekat tempat kotor!" *eh eh
"korang cakapla betul-betul, untuk apa ni"
"untuk cikgula, kitorang nak cakap gudluck"
"kalau untuk ana, mestila dah bawak siap-siap dari awal"
"ni surprise"
"apa yang surprisenya?"
"yela surprisela. kitorang panggil orang bangun tidur, pastu datang, ada buah!"

hurmm banyaklah diorang (-.-"). diorang ni kalau saya tanya something, memang jenuh nak dapat jawapan sebenar. malas saya nak tanya panjang.
inilah dia. sampai hari ni, saya masih clueless pasal asal-usul dan sebab-musabab kemunculan buah-buahan ni.

yang ni lepas dapat result,

farah iman form 1 bagigeng meja belakang form 1 :P
yang ni dari adibah bahiyah

sweet kan sweet kan hehe.
khamis petang (hari kedua terakhir)

petang itu, aku masuk ke bilik PSV. tempat yang selalu aku luangkan masa lapangku. melukis sample untuk students, buat arca dan prepare apa yang nak diajar dekat budak-budak. aku kemas, susun arca yang budak-budak buat. ya Allah, terlalu banyak kenangan di sini.

selesai menyusun, aku bergerak ke arah papan putih. aku capai duster. perlahan-lahan aku padam nota-nota yang aku tulis untuk pelajar form 4. sedikit, demi sedikit aku padam.

ya Allah, lepas ni aku takkan menulis di sini lagi.
lepas ni aku takkan ada lagi membimbing mereka melukis, mengecat, buat folio.

selesai memadam, aku tinggalkan sedikit pesan.

aku capai beg peralatan melukis aku,
yang dah sebulan lebih aku tinggalkan dalam bilik itu

ya Allah. terasa sungguh, sungguh berat.

akun sudah jatuh cinta pada tugas ini

aku ralit di dalam bilik itu, tak sedar masa pulang sudah tiba.

dalam kereta, dalam perjalanan pulang.
kolam air mataku pecah juga,

aku pasti rindu, akan semua ini.


jumaat, (hari terakhir)

hari itu aku ke sekolah memikul tugas seperti biasa.
hanya Tuhan yang tahu, betapa hatiku saat itu, terasa berat yang teramat sangat.

sesampai aku di sekolah, seorang murid melambai ke arah ku,
"bye cikgu"
aku cuma mampu senyum dan tunduk. tak mampu membalas.

perjalanan kelas tilawah f3 pagi itu berlalu seperti biasa,
selepas ni aku tak dapat lagi pantau bacaan mereka, tegur kesalahan-kesalahan mereka, sungguh aku masih belum puas memerhati perkembangan mereka.

ibaratnya, kita jaga anak rabbit. bagi dia makan, mandikan, play around with them. dan tiba-tiba kita perlu tinggalkan mereka. rasa macam senak tiba-tiba tahu? (macamlah pernah jaga anak rabbit)

sungguh, hatiku galau.

terasa muram.

sekejap aku diam. takkan aku ingin melalui hari terakhirku begini?

aku cari kekuatan daripada Dia. cuma Dia yang tau bagaimana sedihnya ingin meninggalkan semua ini. sesungguhnya yang menanam perasaan ini dalam hatiku adalah Dia, maka janganlah dijadikan perasaan ini, melainkan membawa aku kepada redhaNya. Dia benar-benar Maha Mendengar.

setelah itu, hatiku lapang.

kelas terakhir, BM form1.

aku beri mereka latihan. sambil tu sempat aku snap-snap gambar mereka. first time rasanya aku tangkap gambar gaya orang obses macam ni (-.-'). siap bawak kamera setiap hari selama seminggu tanpa missed! kenangan ni sangat berhargaaa.

sebelum aku tinggalkan kelas, aku pesan satu dua perkara kepada mereka. kemudian kami tangkap-tangkap gambar. banyak kertas-kertas ucapan mereka bagi. isyy.

bila nak salam dengan banat, aku tengok sorang, sorang mata merah. eh jangan menangis, nanti cikgu pun nangis wuu. walaupun mereka semua banjir-banjir waktu salam, ketenangan yang Allah bagi buat aku mampu tahan mataku dari turut sama banjir. hinggalah ada seorang banat ni, waktu salam aku, dia pegang tangan aku kuat-kuat, lama macam tak nak lepaskan. aduuh.

padanla dulu waktu cg deja nak pindah, cg marah bila aku pegang tangan dia kuat-kuat waktu salam.

yang paling aku terkejut, bila aku nak turun tangga, ada yang dah duduk dekat situ. pastu tahan aku.

"cikgu, cikgu tak boleh behenti"

siap aku dah turun bangunan. diorang berderet dekat koridor. bila aku suruh masuk kelas, masing-masing geleng.

Allah je yang tau, betapa aku sayang mereka lebih.

banat form 3



banat form 1



banin psv f4


shaheera sofea


khairunnisa' form 2


syaidatul form 2

" diyana sini kejap. ni ada hadiah untuk kamu"
" oh terima kasih cg"
"ni waktu lujnah hari tu. cg suruh pelajar decorate untuk cg yang paling dia sayang pastu hadiahkan key-chain ni dekat dia "
thanx syai


cg shikin



cg ana & cg ain



time surprise psv form 5


banyak lagi yang tak tersenarai,
apa yang lebih penting, kehadiran semua dalam hidup saya
terima kasih semua.




walau di mana aku berada,
tugas mendidik ini, tak akan aku tinggalkan.
tak akan, ya Allah.

tak akan.

6 comments:

Khalilah Alhuda said...

grr
JELES seh!

Fitri Masaan said...

saya dengar yang pelajar PSV form 5 semua berbakat besar. karya yang dihasilkan umpama Leonardo da Vinci.

Ke-genius-an tak perlu diragui lagi. Menjawab segala pertanyaan tanpa salah.

Ke-kreatif-an pula bagai 1 dalam sejuta.

Ilmu agama? tak payah cerita lagi. Maaaaaantoop!

Hebat sungguh generasi-17!

sevenNeedLes said...

khalilah
haha, dua-dua jeles.

fitri
dengar kat mana tu? salah dengar rasanya, baik cek balik.

Nurul said...

The best entry ever...

Terima kasih Diyana untuk entri ni..
Benar-benar rasa sampai ke hati...
Buat ana rasa sangat2 bersyukur and berterima kasih kpd guru2 yg selama ni mendidik ana...

Good job! May Allah bless you...

;)

hanisah~ said...

Harini hari last ana kerjaaaa
Kalau nt dah sedih dengan adik2 sekolah menengah ni, ana lagilah sedih nak tinggalkang budak2 2 tahun & 4 tahun yang ana ajar tu. Macam anak (eh?) & adik2 sendiri.

sevenNeedLes said...

nurul
ini nurul kamariah kah? alhamdulillah. true, teachers worked harder than we did.

hanisah
perh confirm. gudluck!