hari jumaat,,
sesampai aku di rumah,
aku dimaklumkan oleh adikku,
"k.diyana tau tak, b. long excident"
"excident?"
"ha ah, patah kaki dengan tangan"
"astaghfirullah, bila?"
"petang tadi"
ayahku sudah berada di hospital putrajaya,
terus dari office.
aku tidak putus berdoa, abangku selamat.
(kalau ada yang tertanya abang mana satu, aku hanya ada satu abang.)
setelah ayahku pulang selepas isya', kami dimaklumkan keadaan abangku. pehanya patah dan tulang sikunya pecah.
abie bawak balik seluar b.long
yang telah dipotong oleh nurse
dengan dompet dia
aku berusaha mengawal emosiku, lagi-lagi,
aku akan menduduki peperiksaan lusa.
YA Allah, berilah aku kekuatan.
hari sabtu,,
ayahku telah menguruskan pemindahan abangku ke hospital tawakkal untuk mendapatkan perkhidmatan pakar di sana.
aku ingat nak pergi melawat tengahari,
tapi dia sedang disiapkan untuk operation. tangguh.
nak pergi petang, dia tengah dekat dalam OT (operation theatre)
tangguh lagi.
sebaik sampai di rumah (balik dari sekolah, study.)
ayahku menyuruh aku bersiap,
kami bertolak ke hospital tawakkal selepas menunaikan solat maghrib.
ibuku dan dua orang adikku sudah berada di sana sejak petang tadi lagi.
di hospital tawakkal.
abangku ditempatkan di HD (high dependancy ward).[lebih kurang ICU]
bilangan pelawat yang dibenarkan masuk terhad.
aku melihat wajahnya pucat kekuning-kuningan.
ada rupa depressed
hanya Allah yang tau kesakitan yang dia tanggung
semoga itu menghapus dosa-dosanya
"assalamualaikum"
aku hanya dapat salam tangan kirinya.
"waalaikumussalam. untuk abang ke? terima kasih"
(merujuk plastik berisi makanan yang aku bawa)
"eh, taklah. ni untuk kamaliah"
sian pulak aku tengok dia.
alah, dia bukannya boleh makan pun,
kene tunggu lepas operation isnin nanti.
"sakit ke, b.long?" (sudah tau, lagi mau tanya)
"sakit la.. abang tak main atas-bawah, abang main kiri-kanan"
(yang cedera sume belah kanan, terhimpit dekat driver seat)
"ape punca sebenarnye, long?"
"benda dah nak jadi, na"
korek punya korek, alkisahnya begini.
balik dari class (UniKL MIAT) ke rumah sewa,
lebih kurang jam 5,
dia balik awal sikit dari kawan-kawan dia.
waktu tu lepas hujan, jalan tak rata,
berlopakla..
bila dari jalan besar nak masuk simpang ke rumah sewa,
(dah nak sampai dah)
tiba-tiba belah kanan ada motor,
dia mengelak ke kiri, termasuklah lopak air.
(jalan tu memang tak rata, pastu baru lepas hujan)
bila dah tayar kene air gitu,
lost controlla, (iswara, ringan sangat kot)
pusing punya pusing punya pusing,
terbabas, langgar tiang telefon.
(kena saman RM3oo)
tiang tu patah mcm kena pancung, kereta dia sekali patah,
tangan dengan kaki dia pun patah.
handphone dalam poket sama-samala patah.
"sayang oo, handphone baru beli, dah camni da" (thumbs-up)
yang powernye dia ni, selamba je
waktu excident sampai masuk ambulan
tak pengsan pun haha.
katanya, waktu dah terlanggar tu, panik jugak
badan belah kanan memang dah terhimpit habis,
nak bukak pintu guna tangan kiri,
tolak punya tolak tak dapat,
lepas patahkan stering baru dapat bernafas.
(boleh tahan pulak kuat)
oleh sebab dia balik awal sikit,
ramaila kawan dia yang sampai lepas tu
tolong tarik dia keluar
call ambulan, tros ke hospital putrajaya
dia bleeding teruk jugak
alhamdulillah ambulan cepat sampai
kawan-kawan yang tolong tarik dia keluar kereta
baju semua stok merah
katanya lagi, badan dia sakit-sakit
sebab x-ray kat hospital putrajaya menyakitkan
(susah nk cite gune tulisan.)
menyumpah jugakla dia tu.
lagi satu, dia kata sakit,
waktu nk kene tukar hospital,
rasa nak nangisla jugak
nk gerak, satu katil ke satu katil.
last-last bagi gas, kasi pengsan.
muka dengan tangan dia calar-calar biasa.
bila korek-korek rambut jumpa serpihan halus kaca.
kat leher pon sama. kat muka pon samala.
"na, straight As eh?"
"insyaAllah"
sian dia, kene extend sem.
patutnya exam awal Disember
dah rezekinye gitu
19 tahun dapat nikmat kesihatan,
Allah nk tarik sekejap je.
dia kene duduk dekat tawakkal 30 harila
lebih kurang
apa2 pun
aku bersyukur
takde organ dalaman yang affacted
saraf pun takde putus
walaupun siku habis hancur
segala puji bagi Tuhan
(ada kawan dia yang datang melawat kata,
bila tengok condition kereta dia,
tak sangka he's still alive)
subhanallah
pukul 9.30.
pintu besar dah nak tutup,
kami pon kene keluar.
aku dah letih,
seharian puasa, study, rush g hospital,
makan gitu-gitu je,
tak cukup energy, dahlah nak periksa lusa.
~sama-sama doa dia cepat sembuh ye?
ada jugak dia cakap,,,
"harap-harap malam ni nurse cun siket"
hisy. sempat lagi.
[minta maaf ye semua, gambar saje tak upload, muka tak mandi hehe]
11 comments:
woo..abg yg sgt hebat!..ana da tgk da gamba die kat kamera dal..agak teruk..sian~
Masya Allah.. Semoga die cepat sembuh.. Kak na ingat, dalam kesusahan pasti ade hikmahnye.. :] ana sure akak dapat straight As dlam PMR n even PMRI nanti.. just do the best..!!!
k fifah,
hehe
lepas ni adik yang hebat pulak
insyaAllah~!
annur94,
t.kasih atas keprihatinan
ana dah yang buat terbaik
selebihnya ana serahkan kepad Allah
dan ana yakin dengan ketentuanNYA
thanx for the support
~boleh tau ni siape?
salam. semalam mak ana pergi melawat abang anti dekat hospital tawakkal. teruk katanya. tapi mak ana kata, abang anti steady je. selamba rock. +ve dalam menghadapi ujian Allah. moga dia cepat sembuh, amin
bapak sentiasa gagah!
mungkin kenal,
(kalau x bgtau mcmana mau kenal?hehe)
ouh mak nt ade dtg eh?
yg mane?sedare-mare adela.
haha.itula yang powernye..steady tuu.
Allah takkan uji seseorang melainkan dgn kemampuan dia..betullah tu kan?
anonymous,
insyaAllah~!
bukan 'anti', tapi 'anta'. mak ana kawan seusrah dgn mak anti. pergi melawat org sakit. abang anti boleh pulak melawak dgn mak ana. steady meady tu, haha
oho.sorry silap
hmm, dia mmg gitu.
steady? hah, betullah tu,
dia mmg selamba je buat lawak ngan sape2 keliling dia, tanda nak sihat le tu.insyaAllah.
(tapi bila masa dia sakit, memang sakitla..)
perh,., kena extend sem??,., mesti sedeyh,., sian2,., tp, macam yang anti kate tulah,., Allah takkan uji seseorang itu,., melainkan ape yang die mampu,.,
~semoga abg nti cepat sihat,.,~
lurhaf,
gtula lebey kurang,
timekasih
mungkin kenal,
dah kenal dah.
Post a Comment