isnin
walaupun exam
gatal jugak nak pergi lawat b.long
dia baru keluar dari OT
waktu datang
kena masuk gilir-gilir
jaga adik kejap,
tukar-tukar dengan ummi
b.long tangah tidur
waktu aku masuk
tak sampai hati aku nak tengok muke dia
dengan apa kebenda entah atas kepala dia
untuk demam
tengok tangan dia
gemok sangat
bukan apa. sebab bengkak. sejuk.
biru macam warna pencil colour
ya Allah
aku betul-betul tak tahan tengok condition dia
b.long terjaga.
nampak terkejut kami dekat situ. mungkin.
dia pandang aku.
aku senyum. dia lemah sangat waktu tu agaknya.
dapat balas dengan angkat kening je
lepas tu dia cakap kat ummi nak air
ummi cakap doktor tak bagi lagi
bibir dia nampak kering sangat
dia tros pengsan balik
lepas tu terjaga balik
waktu aku betulkan wayar sebab dia nak gerak
dia pandang je
"hari ni hari apa?" b.long tanya
"hari isnin, pukul 5.45 malam lagi, belom siang"
petah mak saudaraku menjawab
dia pandang aku balik
dia angkat ibu jarinya,
(tanya ok ke tak exam)
"ok" aku balas
tak sangka aku
tanya pasal aku plak
dengan sakit-sakit
sempat lagi
hisy. ni yangg...
paham-paham je lah
bila dia tidur,
aku pusing. lap air mata guna tudung
aku sungguh tak sampai hati tengok
lelaki yang selama ni sihat,
antara tunggak utama keluarga,
kini ditimpa kemalangan yang tentu ada hikmahnya
ah, semuanya berlaku secara mengejut
benar-benar mengejut
aku tahu, yang paling merasakan kejutan itu saat ini,
tidak lain dan tidak bukan adalah ummi.
sedangkan aku, hanya seorang adik juga tidak daya bertahan,
apatah lagi wanita itu,
anak sulung yang excident secara mengejut,
beban kewangan yang bukan seribu dua,
dengan anak seorang lagi nak exam,
dengan karenah anak kecil yang bukan calang-calang,
she still gives us her very full support
bila saudara datang, buat lawak,
air muka ummi tetap serius,
dah hilang mood untuk ketawa,
aku tahu,
separuh mindanya dipenuhi rasa bimbang dan risau
terhadap masa depan anak lelakinya itu
bisa sempurna seperti dulukah?
walaupun ummi sentiasa menunjukkan wajah manis di hadapan kami,
aku tetap tahu, di sebalik semua itu,
hati tabahnya sering merintih,
aku juga tahu,
ummi seringkali menangis bila melawat b.long,
sebab itu,
bila turn ummi tengok b.long,
mesti lama,
oh Tuhan, empunya segala kekuatan,
tetapkanlah hati ibuku di jalanMu,
berilah dia ketabahan untuk melalui hari-hari seterusnya,
sungguh,
dia tidak layak berada di tempat selain syurgaMu, ya Allah.
...what a tough week...
(hanya kepadaMu kami bertawakkal)
4 comments:
tu yg hebatnye abg nt..bole lg amek berat kat adek sdgkn die tgh saket..hebat2..betambah2 hebat die..moga rahmat ALLAH bersamanya..ameen~
.wallahua'lam.ameen.
fuh...
sedih sampai 'hampir' menangis ana dibuatnya...
Btolla apa orang cakap, kalo kita cerita perkara yang tulus daripada hati, gerenti org lain terasa juga...
sdeynye...alhamdulillah die dh sihat kn?hmm..smoga cepat sembuh la ek..
Post a Comment