Wednesday, September 9, 2015

Tarbiyatul Aulad

Tarbiyatul Aulad. Memang tak mudah.


Sejak cuti summer ni.
Aku banyak diuji dengan karenah hadek2 kandung

Mungkin kerana aku sudah lama tak menghadap karenah mereka.
Dah 4 tahun belajar jauh dari rumah (whattt empat tahun dahhh)
Tak selalu pulang. Dan karenah mereka pun dah berevolusi seiring dengan perkembangan zaman.




  • Mengemas
Oleh kerana aku berkongsi bilik dengan mereka, takde pilihan aku akan menghadap segala kesan2 aktiviti mereka: dari tempat tidur, kotak mainan, meja belajar, baju. Bila sepah sikit, akan keluar suara high pitch gue. Bangun tidur, pasti kukerah mereka lipat selimut. Sampai yah bersuara,

"Kak diyana ni, asyik suruh kemasss je"

Maaf dik, kat sana rumah dengan orang dewasa semuanya. 




  • Mengaji/Hafazan
Budak kecik ada 2. Umi suka pass salah sorang dekat weols. Bila dapat arif, 

(...)

*speechless*

Selalu nak suruh dia mengulang hafazan, siap dengan air mata. Intonasi dah berubah lembut, tinggi, friendly, tegas ala2 askar, lembut balik. Rotan pun keluar dah. Hampir givap uols T_T


Ada masa perlu guna psikologi
"Ni surah al-insan, maksud dia manusia. Siapa lagi nak baca kalau bukan kita?"

Ada masa kena lead by example
"Mata pandang sini"
Kita baca pastu dia humming je. ulang lagi sampai keluar suara beliau.


Ada masa kena ugut
"kak diyana takkan stop sampai arif ulang lagi 3 kali"



  • kejut bangun tidur
Allah kurniai dua adik yang kontra. Sorang banyak cakap, nerd, skema, rajin, friendly.
Sorang lagi, mulut diam, tapi tangan lajuuu. Tak suka membaca, tak suka belajar, tak boleh duduk diam.

Kalau kejut yah, 
"yah, bangun solat subuh eh"
*angguk angguk angguk*
Lepas tu gosok2, tarik sikit, terus bangun pergi toilet.

Kejut arif,
"Assalamualaikum arifuddin, bangun dah subuh ni"
*krik krik krik*
tepuk tepuk gosok urut tarik tolak pun belum tentu bangun T_T

Kadang-kadang beliau kentut lagi zzz.


. . . . . 

Yang aku perasan, dengan kanak2, kita perlu acknowledge yang mereka dah boleh berfikir. Di kebanyakan masa, bila nak suruh mereka buat sesuatu, kena 'mindset' awal-awal, atau make a deal. 

Contoh, balik dari shopping and it's already 'asr. Kena bagitau dari dalam kereta,
"Arif, yah, balik nanti terus solat asar ye"
"Okay"

"Okay, hari ni belajar sampai sini je, tapi esok mesti dua muka surat tau"

Perjanjian gituh.


Dan aku belajar, yang lelaki ni, egonya tinggi.
Bila nak approach, kena banyak guna psikologi kerana ego mereka harus dijaga
*krikkrik*

Sungguh, menuntut kesabaran T_T



p/s: How we owe our parents for their unlimited patience T_T




The view I'll miss. 

In less than a week.

Monday, April 27, 2015

A Guest Sent by Allah

Paling kurang aku tahu.

Hari ini pernah berlaku dalam hidupku.





Dalam telekung putih. lama dia bersila di persisiran hamparan sejadah.

Sebentar kemudian ia pusing memandangku.

"Okay isya' nanti akak iqamah eh"

"Betul ni? waa okay"

"Cek akak eh?"

Angguk.

"Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar allahu akbar, asyhadu alla ilaha illah..."

Hingga akhirnya.

Telingaku mendengar satu demi satu.

Sayu. Bukan, no right word could describe how my heart feels.





Di pertama kali aku mengajaknya berjamaah

"akak tak pandai"

Takpe. ikut saya.

Dan usai beri salam

"Tak tergambar bersyukurnya akak.."



Hingga Allah izin beliau join kami ber-mabit (read: malam bina iman & taqwa)
Berkongsi rasa dan obsesi terhadap jannahNya.

Pulang dari mabit, aku keluar dinner sebentar bersama adik2

Dan sebaik tiba di rumah.

Buka pintu bilik dan terlihat beliau sedang bersila.

di tangannya ada ma'thurat yang aku berikan beberapa hari sebelumnya.

"You sudi tak terima student lagi."

"Student apa?"

"Student mengaji, whenever you are free"

Terkoyak senyum.

"Sebenarnya possible kan belajar walaupun susah"




* * * * *


Setiap kali berjamaah dengan beliau,

Aku tak akan menyuruhnya iqamah.

Dan bila berjamaah beramai2 pun, kami akan iqamahkan walaupun beliau yang paling hampir dengan imam.

Tapi, tak pernah menyuruhnya.



Dan hari ini.

Lama beliau menghadap telefon bimbit.

Kukira beliau meng-google bacaan iqamah dan berlatih membacanya.



Benar, kita tak pernah dengar orang yang sambil duduk2 tak buat apa, mengulang hafalan bacaan iqamah itu. Allah, runtun.




Sangat unik bagaimana Allah pertemukan kami dalam train dari London.

Rupanya banyak lagi cerita yang Allah ukirkan setelah itu.



Beliau cerita kisah babysteps she took towards this deen.

Dari lengan pendek dan sleeveless dan the struggle each day.



The women of this kind,
have my respect.


Monday, March 30, 2015

Talking Qur'an

Al kisah satu hari bersantai di taman.

di hadapan kolam itik
di atas kerusi kayu panjang
di bawah pepohon redup
pemandangan hijau



menyudahkan tilawah saat matahari dah tak berapa nak tegak atas kepala

baca.

"Wallahulladzi arsalar-riyaaha fatuthiiru.."

Serentak itu angin bertiup. masyaAllah sejuknya brrr.

Eh cop. Riyaah?
Macam ku-kenal perkataan itu.
Bukan angin ke?

Cek translation
"Dan Allah lah yang mengutuskan angin.."

Allah.

Walaupun bunyi macam drama, tak. ia kisah benar.
Dan saat kita percaya tak ada benda yang kebetulan melainkan Allah susun belaka.
Kita makin tahu kalam Allah benar-benar 'berbicara'.

xxxxxxx



#1

Pernah ada masa, kita rasa rindu melampau-lampau kat family. Boleh kata macam peak lah. Nangis standard la haha. Tapi ni sampai, rasa ya Allah aku nak peluk mereka, nak that physical touch.. TT_TT

Mulakan tilawah hari itu

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, 'sesungguhnya Aku dekat', Aku menjawab permintaan hambaKu apabila mereka meminta"

Terbenti. Nape sebak sangat.
Ni that epic verse yang orang tanya Rasulullah pasal Allah. Then Allah tak suruh pun nabi jawab balik. Allah yang jawab sendiri.

Nangiss. Ni Allah pujuk ke.

Kalah kekasih.





#2

Susah hati balik exam.


"La'in syakartum, la'aziidannakum"





#3

Masa jadi kem kom

Dapat ayat,

"Wahai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu katakan"
"Sangat besar kebencian Allah.."

Berderai-derai.




#4

Tengah-tengah tercungap prepare charity dinner...

"Katakanlah, 'apakah perlu kami beritahukan orang yang paling rugi perbuatannya?'
Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan duni, sedang mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya"
(18:103-104)

Dah rasa konon cukup penat la, still Allah motivate untuk enhance kualiti kerja.




#5

Masa cerita pasal Rohingya mengasak-asak.
Tengah hafal part ni.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan musuhKu dan musuh kamu sebagai teman setia hingga kamu sampaikan (berita-berita Muhammad) kepada mereka kerana rasa kasih sayang. Mereka mengusir rasul dan kamu sendiri kerana kamu beriman kepada Allah Tuhanmu.."
(Al-mumtahinah: 1)







For at times when I feel that my heart has changed, feeling so far, and so lost.
This post would remind me that Allah's love has never - even an inch - changed.

Sunday, January 25, 2015

Ummi Murabbiyati

Aku membesar
Pergi dan pulang dari madrasah
Dihantar disambut senyuman itu
Aku tak lupa, Ummi
Senyuman teredup sepanjang hidupku

Engkau murah senyuman
Kadang sugul, kadang runsing
Tapi engkau tak gagal
membalas pandangku dengan senyumanmu itu

Andai ditanya siapa
Murabbiyah pertama dalam hidupku
Aku tak ragu, Ummi
Engkaulah orang itu

Aku tak lupa, Ummi
Panggilan engkau saban malam
Mewajibkan bacaan kalamNya
Saban bulan bahkan tahunan
Dari lidah kelu tertatih
Tangis dan sungutan yang tak henti
Hingga mandiri membaca
Kerana sabarmu

Dari sekadar lagu di bibir
Hingga aku meneroka teruja maknaNya
Dari sebaris ayat mencabar
"Na kan belajar bahasa Arab,
tak faham ke bila baca Qur'an"

Kukira ini hutang terbesarku padamu Ummi
Mengajar aku rasa kehambaan
Merasai kewujudan Tuhan

Dalam dakapanmu
air mataku terhenti
luka jiwaku terubat
imanku tenteram

Syurga sebelum syurgaNya
Terima kasih Ummi



Ummi Murabbiyati
NDNT
0800
250115

Tuesday, January 13, 2015

Apa rasa?




Buat yang melempar makian
Benar, engkau marah

Tapi berhati-hati
Bukankah dulu engkau pernah segerabak dengan mereka
Lantas Allah mengutipmu?

Atau paling kurang
Di satu persimpangan yang terelak hanya satu langkah
Kerana Dia yang menyelamatkanmu?

Dalam mencela,
Merendahlah

Bukankah Allah membolak-balikkan hati?






Buat yang sedih
Benar, sedihmu kerana Cinta
Benar, engkau bergolok gadai mempertahankan hargamu
Lantas melihat ia dilelong murah
Membuat hatimu berdarah pedih

Tapi tidakkah ini satu ketukan dari Tuhanmu?
Bahawa tugas tarbiah ini satu urgensi?
Bukan lagi untuk memberi sisa waktu dan tenaga
Atau dibuat acuh tak acuh

Kalau benar cinta,
Bukankah akan bersungguh?

xxx



Buat yang tak merasa apa-apa
Ayuh doa diberi rasa.






Thursday, December 25, 2014

Kehangatan musim sejuk




Bismillah


Izin dan peluang yang Allah bagi untuk menyertai PMS tahun ini, sungguh, adalah ni'mah yang tak mampu aku syukuri. Walau asalnya memang tak terniat pun nak isi nama jadi AJK etc, tapi Allah izinkan aku ter-masuk rumah mas'ulah masa beliau tengah pening2 lengkap kan posisi2 AJK.

"Diyana lah ketua AJK Aktiviti. boleh?"

MasyaAllah, kalau it is meant for you, it will never miss you!

Walau terkejut beruang dan masih in denial, It all happened.
Yesterday remarked the end of a meaningful 4 days and 3 nights of my life.


Perhimpunan Musim Sejuk 2014 - Sisters Chapter
20-23 December 2014


Kalau tahun lepas tarbiah intensif Allah bagi bila aku masih blur2 sampai bumi UK tapi kena lead AJK Masakan, tarbiah dalam team Aktiviti tahun ini memang bukan sedikit!


1. Tawakkul learned, and still am.

Mungkin aku agak low self-esteem when it comes to creativity. Even until the day of PMS itself, aku hanya harung. Aku rasa aku tak kreatif untuk design aktiviti2 bombastik. Yet, bila set it is for Allah. ya, let's do it for Allah and not for human (sobs).

Aku ada banyak kerisauan dalam activities ni. Tak sampai ke hati adik2 lah, bosan lah, kelam kabut lah, ekstrem lah, etc. Sangat risau. Dan memang Allah yang bantu neutral kan semuanya. Bila apa yang kami plan untuk war game turned out adik2 respond jauh macam langit dengan bumi, itulah yang terbaik. Bila aku set scale dekat setiap check point lain dengan pelaksanaannya, ya, itulah the best outcome I could ever ask for. Allah lebih tahu.

Even until the last prayer before the activity, I just leave.. leave it to Allah.. with heart half in despair "Rabbi inni li ma anzalta ilayya min khairin, faqir" Wahai Tuhanku, Sesungguhnya terhadap apa kebaikan yang Engkau kurniakan kepadaku, sesungguhnya aku teramat faqiir. And bila dengar feedback adik yang terkesan, walaupun masih output awal, still.. immediately reminded me, that Allah, not a single du'a is not heard. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, I am blessed to be part of the team, doing this noble task. Again, dihadiahkan Allah team yang sangat mantap, efficient dan memberansangkan. Walau anak usrah kata, "aktiviti dia, memang aktiviti kak diyana lah" haha. Tak lain yang kita harap daripada lari2, kena makan benda eksotik, tarik tengah sejuk, panjat2 sampai siling.. tak lain, moga Allah, Engkau redha.


2. Hikmah As-Syuyukh

Aku ingat lagi masa miss mas'ulah panggil "Diyana, jom makan dengan muwajjih, nak bincang". As soon as aku masuk hall kecik itu, Dr Hafidzah yang kami panggil 'ummi' immediately ask "eh yang ni tak kenal lagi, ni siapa?". Aku ingat pernah seorang ukhti tegur semasa meeting untuk satu daurah bila kami kata tak sempat nak taaruf sebab time constraint, beliau kata "mana boleh, i am not a penceramah, i'm a daie". Aku benar2 rasa ianya terbumi. Ust Jali, Pak Cik Rahimi.. aku memang merasa hikmah dari mereka semuanya.Dan mereka sangat cekap, "ada apa2 masalah ke?" supaya mereka boleh tune pengisian sesuai dengan condition, kefahaman dan kesediaan adik2.

Kami ni blessed to have a muwajjihah, speaker wanita, sebab memang lain impactnya. "Ummi nak ice cream?" "nak" *ummi buat muka excited* :'D Hari ketiga, teman ummi solat, lepas tu ummi ajak selfie :'D Sungguh aku sebak, bila Umi sebut "kami nak ada bersama masa penutup, sebab nak rasa kebersamaan dengan peserta. biar kami duduk sekali, tak payah cakap apa pun. sebab 'orang lama' ni, biar mereka duduk je, ada sekali, tak buat apa pun, akan rasa yang Allah akan kuatkan dakwah ni'. Allah.  Pilihlah kami untuk terus memikul jalan dakwah ini ya Allah, hingga kami menemui Engkau.


3. Infinite Ukhuwah

Camp kali ni, Allah uji dengan sakit tekak, since a fortnight before sebenarnya. Struggle untuk telan air, cakap, and even bernafas pun pedih. Aku admit yang ianya memang sakit. Aku even terfikir nak mintak runner belikan madu dengan limau lah, nak masa bubur lah, etc. Tapi when it comes to second day.. why not aku belajar bersyukur? Muhasabah dengan Allah mengajar, why not terima ni as tarbiah, as ujian untuk hapuskan dosa, and admit memang banyak dosa yang datang dari teronggok tu? Aku set tak nak mengeluh, tak nak demand, tak nak request apa2, belajar sabar. Aku diamkan aja.

Tapi pagi tu bila terserempak dengan mas'ulah, immediately "eh diyana tak sihat?" "sihat". Dan dan dapat strepsils. Then bila masuk dapur nak letak barang aktiviti, "eh diyana, awak tak sihat kan? tu bubur untuk awak" "saya tak mintak pun?" "makan sekarang" "tak boleh keluar selagi tak makan". Ya salam. Dan masa dinner tu activity mate kita buatkan madu limau paling mantap di dunia, penuh kasih sayang. Kaklah, each time jumpa dia akan tanya dah minum vitamin C ke belum. Ada sister sheffield datang hulur koolfever. Dan semua sisters each time bertembung tanya "dah sihat ke belum".

Tak kisah lah apa outcome daripada all those ubats, but I witness the beauty of this ukhuwah. It must be very significant in Your eyes, Allah. Ajar aku untuk menjadi seperti mereka.

"Muhammad utusan Allah, dan orang2 yang berada bersamanya, sangat keras terhadap orang kuffar, berkasih sayang sesama mereka. engkau melihat mereka ruku' dan sujud, mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. (Engkau melihat) tanda-tanda mereka di wajah mereka kesan daripada sujud.." [48:29]

Mengharap. Allah masukkanlah kami dalam golongan itu.


Astaghfirullahalazim
Moga Allah ampunkan apa2 dosa sepanjang memikul amanah ini
dan tak menjadikan sebarang keculasan sebab kekalahan dakwah ini.

Allah, thabatkanlah.

Wednesday, October 22, 2014

#throwback

Dia melihat ke kiri.

Berduyun manusia beratur hendak memasuki perut keretapi.

Entah dia akan dapat tempat duduk atau tak.
Tapi tak mengapa insyaAllah kalau berdiri pun. 
Perjalanannya cuma 1 jam suku je.

"Allahumma anzilni munzalan mubaraka.
Wa anta khairul munzilin"

Ya Allah berikanlah kami tempat yang berkah
dan Engkaulah sebaik2 pemberi tempat.
[23:29]

saat dia masuk, tempat duduk pertama yang dia nampak, kosong.
Terus duduk, tanggal jaket, letak barang.

Allah, apabila Engkau izinkan. semudah ini.


dia duduk.
Alhamdulillah.
Dia syukuri kesempatan-kesempatan yang Allah selalu tulis untuk dia.
untuk bermusafir seorang diri.

Allah bagi dia banyak masa untuk muhasabah diri sendiri.
yang kadang-kadang kalau di tengah ramai orang
dia mungkin lupa nak melihat diri sendiri.

walau dia akui juga agak struggle
tak jumpa platform, train delay, terlepas train.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.


* * *

Dia duduk merenung

Teringat bualnya dengan seorang ukhti

"Akak nak carik sister yang boleh arab sikit-sikit untuk mission masa ramadhan"

sahabat di sebelahnya dah menuding jari ke arahnya

"Saya memang nak tapi insyaAllah tak kot."

"Kenapa?"

"Ayah saya susah nak izinkan benda-benda macam ni. lagi-lagi kalau masuk Syria"

* * * 

Barangkali dia sudah patah hati proposal dia sebelum ni ditolak mentah-mentah bahkan walid sangat keras menghalang. pertama kali dia terima jawapan setegas itu.

"no. i made my decision. okay?"

* * *

"Ohh. tapi ada group yang stay kat Turkey. tak masuk pun Syria"

"Ohh. Saya boleh minta izin dulu. tapi saya tak berani letak apa-apa harapan la"

"Tak salah cuba kan"

Senyum.
dia sendiri tak tahu apa isi senyuman nya sendiri.

Allah.

* * *

Dia memandang ke kanan.
Jejaka di sebelahnya betul-betul khusyu' dengan ipadnya.

Keretapi bergerak laju.

Dia pandang ke luar.
Kaca jernih mengalir.

Allah.

Engkau tahu aku nak sangat pergi.
Aku nak sangat-sangat.

Hanya kepada Engkau aku bercerita Allah.

Dia terbayang satu persatu wajah anak kecil

Yang saban dibayangkan dalam doa

Makin deras.

Engkau lebih tahu aku mahu ke sana.

Tapi aku lebih mahu apa yang Engkau redhakan untukku.

Berilah yang terbaik pada pandanganMu

Bukan yang terbaik pada sangkaanKu.


Entah bagaimana hendak diterjemah.

Mahu yang amat sangat.

Bercampur dengan rasa hopeless.


harapan. bercampur patah asa.


* * *

"min ain?"

"yamen"


makcik yang ditemui di taman yang tiba-tiba mengajak tengok ikan dalam kolam. begitu teruja. sekejap memuji Allah. bersemangat ke setiap sisi kolam memerhati ikan ikan sambil mengajak raudhah dan temannya. dalam takut takut, pergi juga.

"tatakallam lughatul arabi?"

"qalil"


makcik pakcik tu tak boleh berbahasa inggeris. jadi memang cakap Arab. Pasar.


Sepulang. Dia terfikir semula tentang itu.


* * *

"Haa? you should ask your abi"

selamba jawapan Ummi bila diluah tentang hasratnya.

Dia ambil sedikit masa. Hingga tiba-tiba rasa bersedia. Baru menghubungi abi.

setelah bertanya serba serbi,

abi menjawab

"focus within your locality first. let the activists who have worked to do that. jangan ikutkan sangat semangat awak tu"

dia cuba pujuk lagi dan abi ada sahaja jawapan untuk poin-poin dia.

Dia.

letak sebentar telefon bimbit.

Sedih.

Nak cerita pada siapa.
Best friend. murabbi. atau bagitau ukhti yang bertanya itu terus.

Dia capai mushaf biru itu.

Dia perlukan sedikit masa. untuk rawat hatinya.

Air mata mengalir lagi.

Sambil membaca ayat-ayat Allah.

Apa Allah nak aku buat sebenarnya. Boleh jadi benar kata abi. Boleh jadi Allah nak tegur banyak sangat lagi di bandar ini yang belum dia buat. Walau dia rasa hancur retak hatinya. Akalnya tidak mampu menghadam kenapa kalau pergi melancong boleh tapi nak hantar bantuan kemanusiaan tak boleh. Astaghfirullah. Abi must have thought further ahead than you do. He has more experience. His considerations might be something you have never thought of. Astaghfirullah.

Tiba terpandang skrin telefon bimbit yang menyala lagi.

"Okay lah, pergi lah. I supposed you must have think through it kan"

Habis sahaja aksara terakhir dibaca pantas menyarung apa adanya. dan dahinya jatuh menyembah bumi. Separa tak percaya. Allah. Semuanya dengan izin Engkau ya Allah. Terima kasih Allah. Maha suci Engkau. segala puji bagi Engkau. Segalanya milik Engkau. Akulah hamba yang zalim. 

Mengalir untuk entah yang ke berapa kali.

Teramat syahdu dhuha itu.







#throwback. Cerita balik tabir sebelum Allah izinkan aku menjejak bumi Hatay. Yang hingga hari ini membekas. Terlalu dalam di jiwa. Terlalu bererti. Terlalu bermakna.

Ini sebenarnya cerita yang dah diperam sampai basi dalam 'drafts'. Tak niat nak release pun. Tapi gambar-gambar ukhti yang ke Multaqa' Ruwwad, Persidangan Antarabangsa Isu Palestin. Buat hati memanggil-memanggil. setiap saat dari mula hingga hari terakhir bermuayasyah dengan akhawat Suriya.

It's unexplainable by words, but the connection with 'them' is too strong. All I can say is, Allah did all this. Allah is the one who united our hearts.