Thursday, March 17, 2011

pak cik stranger

usai menegerjakan solat. aku berteleku di dalam rumah Allah yang nyaman dengan penghawa dingin itu. Muadz bin Jabal namanya.

Jam sudah hampir pukul 9. meeting dijadualkan jam 9.

kenapa tiada akhawat yang sudah sampai ye?

belum.

mungkin.

aku terus menunggu. satu demi satu jemaah mengangkat punggung meninggalkan ruang solat wanita itu. tinggal aku, seorang.

kemudian satu demi satu lampu pula ditutup. tinggal lampu yang di atas kepalaku sahaja yang masih terang. tiba-tiba, ada seorang pakcik menjenguk ke dalam ruang solat wanita. aku terkejut, serba salah.

aku perlu beredarkah?

"eh, takpa-takpa, nak duduk lagi, duduk je lah. cuma nanti bila nak keluar tolong tutup lampu ye, suis kat sana. sliding door ni pun tutup rapat je, takut nanti kucing masuk."

pakcik itu beredar.

aku rasa serba salah. dah lewat sangatkah aku? jarum pendek jam sudah melepasi angka sembilan. kenapa tak seorang pun kelihatan lagi???

argh, handphone tertinggal di rumah gara sedang charge.

aku segera keluar dari ruang solat itu. tutup pintu dan lampu.

aku melilau ke seluruh kawasan masjid. gelap.

hati aku tinggal bergantung sepenuhnya pada Tempat Bergantung Segala Sesuatu.

aku terus cari dan mencari lagi. ah, aku perlu bertanya pada seseorang. ternampak seorang pakcik 50-an berjalan. aku menegur beliau.

"kat sini ada ke bilik khas untuk mesyuarat?"

pakcik itu membawaku ke satu ruang

"kadang-kadang orang mesyuarat dekat dewan bawah ni. eh gelap je? betul ke kamu ni? betul masjid ni? muaz bin jabal?"

"ye, pakcik. betullah."

"cuba kamu contact sapa-sapa, confirmkan"

aku kelu sekejap

"saya tertinggal phone kat rumah" -muka seposen

"oh, ni, pakai phone pakcik ni. tapi phone pakcik dah habis bateri, takpe pak cik bawak charger ni."

aku pun ikutla pakcik tu pergi dekat satu plak, dia pun charge dan on hp dia. pastu dia suruh aku call sapa-sapa.

"hafal tak nombor kawan yang boleh contact ni?"
"tak, takpa saya call rumah"

aku call adik, suruh ambik beberapa nombor dari handset aku

"nanti kinah call balik nombor ni tau"

pakcik tu pandang,

"eh, takpa call aje. jangan risau pasal kredit. kredit banyak tu!"
"oo ok ok"

call shafiah
"sini, datang je kat 7-eleven, dia dekat dengan ali maju blablabla"
"orait"

aku habis cakap. pak cik tu dah takda dah depan aku. aku pun pergilah dekat pakcik tu, dia tengah cek-cek surau ke apa tah. tujuan aku 1 je, nak ucap terima kasih.

"pakcik, saya dah call dah kawan. dia suruh pergi dekat 7-eleven.
terima kasih banyak ye pakcik"
"ha, sama-sama. kamu tau ke tak 7-eleven tu dekat mana?"
"dekat-dekat sini je. atas dia pejabat jim. saya jalan kaki. bahagian mana eh pakcik"
"oh, itu dekat sana tu kot. betul ke kamu tau ni? meh pak cik bawak naik kereta"
"pakcik, takpe saya jalan kaki"
"takpelah, karang kalau kamu sesat macamana? sekurang-kurangnya ada pakcik, kamu boleh contact sapa-sapa kalau tak jumpa jalan"

sungguh-sungguh pakcik tu.

"pakcik, mintak maaf susahkan pakcik. takpe saya jalan kaki"
"hisy, kamu ni. kamu nak segan apa. pakcik bukan apa, hari ni mungkin hari kamu, esok-esok, kalau sapa-sapa kena, sebab saya ada anak dara, mana tau nanti Allah tolong diorang pulak."

"err ok"

"kereta pakcik kereta buruk je. anak-anak je pakai kereta elok-elok."

"kamu duduklah belakang, kang orang kata apa pulak, tak manis"
"ok pakcik"

dalam kereta borak macam-macam. pasal resultla, pasal pertanianlah hoho. pakcik ni, bekas polis bukit aman. padanlah naluri menolong sangat tinggi. anak dia 5, ramai dah kerja dan univ. dia tunggu kat surau sampai anak dia yang kecik habis tusyen, pukul 10.

sampai 7-eleven.

"ha, kamu pergi cek dulu betul ke tak tempat ni. ade tak kawan kamu. kalau takde, contact balik kawan kamu. kalau tak jumpa jugak. takde pilihanla, kamu kena call keluarga kamu, balik rumah je"

aku jenguk-jenguk. aih, kenapa takde orang.

"pakcik, betul ke ni 7-eleven dia. dekat dengan ali maju?"

"hah? oo, itu yang satu lagi kot. kat sana, kamu ni tak cakap awal-awal yang itu" (gulp)

pakcik tu terus drive ke 7-eleven lagi satu. alhamdulillah, nampak wajah-wajah yang dikenali.

"hah betullah betullah. terima kasih banyak pakcik."

aku nak bagilah pakcik ni duit. waktu nak bagi pun rasa bersalah, sebab dah macam anggap dia pak cik teksi ke apa. dahlah aku dapat rasa keikhlasan dia membantu. bila aku hulur,

pakik tu cakap,
"NO! jangan sesekali buat macam tu"
tegas suara beliau.

ok pakcik.

akhirnya selamat sampai ke tempat meeting. start pukul 10. hmmm



peristiwa tu buat aku terharu sangat-sangat. sangat terharu. Allah bantu aku dengan kehadiran seseorang yang tak dikenali. bantu bukan setakat tunjuk-tunjuk je. tapi every single thing Allah pimpin aku. dari call kawan hinggalah aku selamat sampai di depan 7-eleven, aku dilayan macam seorang anak. dan semua tu melalui seorang stranger! di tengah-tengah banyaknya kemaksiatan aku terhadap Dia, Dia masih ada belas dan kasih terhadap aku, gentlenya Allah!. kemurahan Allah sungguh tak perlukan sebab!

segalanya terlalu indah.

terima kasih ya Allah
ampunkanlah aku.

p/s: ah, nama pakcik tu pak cik sahta!

Wednesday, February 23, 2011

bidan terjun ke al-amin

rahmat Allah buat semua

220211

pagi-pagi dah rush pergi sekolah sekali dengan budak-budak sekolah. nak join talk sempena usrah gabungan. ustaz dari syria. talk to start pukul 930, tapi saya dah sampai pukul 730. so, saya pun lepak dekat bilik guru dengan tata (guru sains&bio:P).

bila masuk bilik guru, subhanallah.. hangatnya sambutan guru-guru. saya bersalamanlah dengan mereka. ramai yang tanya

"eh, jadi guru ganti ke?"

saya cuma tertawa kecil.

tidaklah, nak join talk sajaa.

bila salam cg hawa, muka cg memang sangat delighted. saya tahu anda boleh bayang wajah beliau. cg kata,

"waa, bagusnya diyana datang. patutnya kita suruh cg zaimah umum nama semua alumni yang datang setiap hari. ada lagi tak alumni lain yang datang?"

bersungguh cg hawa. ternyata, sungguh ternyata. guru-guru kita memang mengharap dan ternanti-nanti kedatangan kita ke bumi Al-Amin. pesanan ringkas buat para alumni

pagi tu saya tak sempat breakfast. ingat nak breakfast sebelum talk start. dah leka duduk dalam bilik guru, tengok tata bekerjalah, dengar dia cerita itu-ini, kan dah tak sempat. lagi pun saya nak tunggu muallimah huda sebab tu makanan feveret dia haha :D

masa talk, rasa rugi tengok ramai budak-budak tak tumpu perhatian, main-main. padahal kami datang sekolah semata-mata untuk dengar talk tu. kutip apa yang boleh.

tajuk talk : "Muhammad Habibuna wa Qudwatuna"

beliau ceritalah bagimana nak buktikan cinta kepada nabi sebagai pelajar. then, sebagai guru pulak. tiba-tiba cg Azie panggil, kata cg alia nak jumpa.

bila jumpa, cg kata

"nt balik pukul berapa?"
"bila dah takda apa-apa, ana baliklah"
"macam ni, pagi tadi cg Yati pergi medical check-up (cg pregnant 6 bulan). sekali doktor kata blood pressure dia tinggi sangat. so, dia terus kena tahan dekat wadlah. jadi, dia kira mc la hari ni, dia akan datang balik sebelum dia cuti bersalin betul-betul nanti. lepas ni (cg tunjuk jadual cg yati) cg yati ada kelas psv f4 petang ni, f5. nt boleh ke, ganti. kalau boleh, cg terus inform kerani."

saya terdiam sekejap. kata hati saya mengiyakan.

maka jadilah saya bidan yang terjun ke bilik psv, immediately lepas talk tu habis.

bila kembali ke tempat duduk dan sambung dengar talk, huda cakap
"ha diyana, cepat salin. cara nak buktikan cinta sebagai guru"
:]

waktu berjalan ke kelas, sibuk saya merangka-rangka apa yang nak dibuat.
boleh tahan kelam kabut

tanpa sebarang persediaan, tanpa sebarang briefing.
yang tinggal cuma, saya mohon Allah pandu setiap langkah saya.

saya percaya, semuanya dah tersisip kemas dalam perancangan al-Hakim

alhamdulillah, segalanya lancar. petang, saya kena balik pukul 6.

jujur saya cakap. saya teramat, amat letih. (mungkin juga sebab x sarapan)
lepas maghrib terus pengsan 2 jam, tahniah.

baru sekarang saya faham kenapa huda, tata cakap yang mereka penat. baru sekarang saya lalui sendiri apa yang semua guru lalui. apa yang pasti, jadi guru lebih meletihkan dari jadi pelajar. tak semudah yang dilihat.
saya redha tubuh saya penat di atas jalan ini.

maka, jika anda seorang pelajar. jadilah pelajar sebaik mungkin.

saya tak tau apa yang nak diajar, jadi saya cuma agak-agak ikut berdasarkan ilmu yang cetek ni. saya tengok buku rancangan mengajar, cg belum tulis lagi. maka saya perlu rancang sendiri.

"nt datang jugak esok tau. cg tak rasa cg yati boleh keluar hospital hari ni. BP dia tinggi tu"
-cg alia

230211

masuk bilik guru, saya dengar berita cg yati dimasukkan ke icu malam tadi, kritikal. cg Azi kata akan dibedah (saya tak confirm).

kalau betul, maka. . .

* * *


jika itu yang terbaik di sisi Dia, maka saya redha.
moga niat tidak terpesong
mohon tembakan doa semua



p/s : kena ajar BM jugak. err, ni yang kena basmi shortform nih



Monday, February 7, 2011

pengajaran dari orang-orang sakit



assalamualaikum

kebelakangan ni, ramai orang di sekeliling saya jatuh sakit.

dari MHi lagi, ditakdirkan tuhan jadi Ajk kebajikan, memang menjaga orang sakit la, ikut dia ke mana-mana, prepare itu-ini, sapu ubat itu-ini.

balik-balik rumah, beberapa hari lepas tu. adik perempuan aka roommate (ceh) saya tiba-tiba sakit jugak. mula-mula demam biasa2 je, tiba-tiba ada satu hari tu, waktu saya tengah kat dapur, tiba-tiba nampak dia pergi ke singki,

"k.diyana tolong gosok belakang kinah"
"hah?" (blur)

tiba-tiba dia muntah, memang mencicit saya pergi ke belakang dia, gosok-gosok supaya mudahkan dia muntah. waktu saya dengan ummi urut-urut dia, nampaklah muka dia menderita + merana yang amat sangat. dengarlah suara merungut-rungut,

"jangan mengeluh, kinah"

lepas tu, tak dengar dah suara dia. tapi wajah dia, tetap melihatkan penderitaan. buat lawak pun, muka gelak menderita (anda bayanglah sendiri). saya bingung, tak tau punca, tak tau nak buat apa.

bila bawak pergi hospital. kejap Dr suspek appendix, lepas tu viruslah. buat ultra scan tak jumpa apa2. lepas operate, rupa2nya apendix dia dah bengkak dan nak pecah. tak pernah terfikir, penyakit yang selalu didengar di bibir-bibir orang, berlaku depan mata sendiri.

no wonder dia merana yang amat.

moga Allah bayar sabar dia.

lepas kinah discharge dr hospital, adik kecik saya, arif pulak tak sihat. dia cirit-birit.

kamaliah pun sama. ada sekali tu, tak kurang 10 kali lah dia muntah, kerja membersih muntahlah haritu. tapi budak kecik tu selamba je.

"yah ok tak?"
"ok!"

then, Wan pulak tak sihat. dari awal lagi saya tengok asyik batuk je, saya fikir kenapalah lama sangat Wan tak sihat. sampailah hari ni, saya rasa klimaks wan punya sakit.

hari ni wan tak mampu buat apa2. langsung. memang baring je atas katil.
buang air, semua tak sempat ke bilik air. waktu nak mandikan wan, memang saya & umi kena bawak wan sungguh-sungguh, wan tak mampu berjalan.

depan mata saya, saya benar-benar nampak fitrah seorang bayi. jalan bertatih, mendengar sukar, nak bercakap seolah xreti, bergerak perlu dipimpin, mandi, pakai baju semua orang lain buatkan. benar-benar kitaran sebuah kehidupan. memang saya tak nampak benda lain, selain masa hadapan saya. begitukah?

"dan barangsiapa kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembaalikan dia kepada awal kejadian(nya). maka mengapa mereka tidak mengerti?"
[36:68]

lazimnya, sakit macam mana pun wan, wan akan berusaha bangun untuk solat. tapi tadi, setelah diwudhu'kan, dan masuk waktu. wan baring, pastu dia xsedar.

melihat lainnya sakit wan hari ni, umi terus bawak wan ke hospital.

bila abi balik dari hospital, abi suruh asingkan baju wan bila nak basuh. saya dah fikir lain macam, abi kata wan suspect H1N1.

bila ummi call, saya tanya pasal Wan, ummi cakap,

"H1N1"
"...
betul ke ummi, suspected ke confirmed?"
"confirmed. tadi dah blood test dah. yang xsihat kat rumah tu mungkinlah"

aku serahkan mereka semua dalam jagaan Allah.

* * *

banyak yang aku belajar dari orang-orang sakit di sekeliling aku.

belajar menginsafi kesihatan yang Allah bagi. belajar mensyukuri, belajar menghargai.

kedha'ifan mereka mengajar aku, betapa sesungguhnya manusia ini
sungguh lemah dan kerdil. dha'if dan memerlukan.
tidak lain, memerlukan Dia.
aku terasa semakin kecil

kesakitan mereka juga mendidik aku,
supaya lebih concern terhadap manusia di sekeliling aku.
moga ini satu batu loncatan untuk aku menjadi diyana yang baru.

dalam kisah-kisah insan yang sakit ini jugak, saya berkesampatan melihat cantiknya aturan Allah. tugas Ajk kebajikan masa di MHi, tak ubah macam satu latihan kepada saya untuk berkhidmat di rumah pula.

dan kenapa ye, Dia beri mereka sakit-sakit itu sekarang. kinah sakit betul-betul lepas saya balik MHi. lepas tu yang lain pulak, yang lain pulak. tak semua sekaligus. Allah bagi sedikit kesakitan kepada mereka. dan di tengah-tengah family yang serba tak sihat, Allah bagi saya kesihatan dan kelapangan untuk menampung kekurangan mereka

subhanallah
subhanallah
subhanallah



moga mereka cepat sembuh.
ameen.

"Allah, beri mereka kekuatan"

Wednesday, January 26, 2011

MHi kenalkan saya kepada mereka





Assalamualaikum warahmatullah semua :)

Madrasatul Hayah Ikram

25 disember 2010 – 22 januari 2011

Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor.



Prolog

Dari sebelum SPM lagi, saya dah tekad, lepas spm, saya nak spend masa tolong umi urus rumah. Yelah, dengan ‘kejarangan’ saya lekat dekat rumah sebab program sekolah, saya betul-betul rasa perlu dibayar semula. Alkisah, tengah-tengah spm, boleh saya tersangkut dengan 1 drama (ye, yang berepisod-episod tu), sampai banyak sangatlah masa saya diluangkan dekat situ. astaghfirullahalazim

Dahlah tengah spm pun boleh layan drama. Apatah lagi lepas spm kang, yang orang kata, memang masa untuk balas dendam movie, drama, novel semua tu. dalam hati saya Tanya, ini ke yang saya nak? Agak-agak, dapat ke saya jadi macam yang saya azam-azamkan - berbakti untuk ummi?

Masa tu la saya tekad untuk pergi MHi yg dipromote oleh cg Zaimah. Walaupun hati saya berbelah bahagi, saya kena paksa diri. Saya dah terlalu hanyut. Diri saya perlu diproses balik. Saya nak keluar as someone new.

Ya, itulah sebabnya, expectation saya terhadap MHi: sangat, sangat tinggi.

So, bila first-first masuk, memang tersirap juga darah. Cara mereka, culture mereka, semuanya terasa asing lagi aneh. Awal-awal, saya dengan Huda, banyak diaam je. Memerhati gelagat manusia, memerhati perjalanan program ni. Sampai ada orang kata

“awak ni pendiam eh?” oho

Sampai-sampai sana, malam tu ada sesi kritik. Melihat etika mereka, mendengar apa yang dikritik; picisan sungguh atau kalau time camping memang dipanggil mengada-ngadalah. Pastu, esok pagi, terjaga betul-betul waktu azan berkumandang. Memang Allah je yang tau apa rasa dalam hati. Pastu tengok ramai yang miss jemaah, dan lain lain lain.

Waktu tu, hati dah mula was-was. “betul ke keputusan aku join kem ni?” bertubi-tubi lah tanya soalan tu dekat diri sendiri. Rasa macam banyak lagi manfaat duduk rumah.

Itu awal-awal dulu. Segala-galanya terasa sangat sangat sangat menjengkelkan.

As time goes by, saya belajar untuk adapt cara hidup di sana, adapt cara untuk deal dengan macam-macam jenis orang. Hakikatnya, itulah reality di luar sekarang. Sampai bila kita nak mengharap suasana yang tarbiyah diri kita. Diri sendiri juga perlu mentarbiah diri sendiri.

Bila setiap hari diberi pengisian & peringatan, hati terasa hidup, rasa dapat bernafas. Rupanya hati kita dahaga selama ni. Subhanallah, Allah hadiahkan macam-macam manusia dalam hidup saya.


Huda

Walaupun kat sekolah dah memang rapat since banyak event yang menyatukan saya dengan dia e.g debat, camping, tamrin etc, saya tak pernah rasa rapat dengan Huda macam waktu kami di MHi. Allah yang takdirkan semuanya. Kami datang sekali, saya tumpang Huda. Pastu katil sbeelah-sebelah. Dengan environment awal-awal dulu yang terasa sangat teramat asing dari kami, buat kami makin rapat.

Banyaklah benda yang kami share, dan masa yang kami spend sama-sama.

Serius rindu masa kita bangun sama-sama. Kalau saya tak terbangun, dia kejutkan. Kalau, dia tak bangun, saya kejut. Pastu, rush mandi ekspres sebab menggigil-menggigil pagi-pagi. Saya kesian kat dia sebab takde lemak hoho.

Pastu lepas Subuh & tadarrus, kitorang selalu keluar jalan-jalan ambik angin sama-sama. Tengok kabus, ambik oksigen, borak-borak. Tak pun main badminton sampai kena mandi lagi sekali huu T_T

Pastu, selalu baju sama 1 set atas sampai bawah haha. Sampai orang lain asyik cakap ‘kembar’, ‘kembar’. Pastu, kakak fasi nampak,

“oo, pakat eh??”

Sengih-sengih angguk

“isy, tak aci” Haha

ini bukti paling nyata huhu

Saya, konon keluar Al-Amin, nak tinggalkan panggilan didi. Sekali, dekat MHi, bila huda dah jerit ‘didi’ kuat-kuat. Pastu, orang lain dengar, pastu kakak fasi pun panggil didi jugak. Tak boleh nak kata apa lah adoi.

Banyak sangat benda kami buat sama-sama. Selama sebulan. Buat saya rasa close sangat dengan dia. sahabat saya jatuh bangun.




Nora & Nurul

Diorang 2 ni sama group dengan saya. So, banyakla masa yang saya spend dengan mereka.

Nurul, melihat tudung labuh dia dan passion dia yang sangat mendalam terhadap Islam – dakwah & tarbiah, saya memang mati-mati ingatkan yang dia ni dari mana-mana sekolah musleh. Tapi, ada sekali tu, dia bagitau saya yang dia tak ambik B.Arab, saya tanyala dia sekolah mana, dia kata, SMK Bukit Jalil.

Saya memang dah berkerut dahi dah. Macam tak percaya je. Then, dia ceritalah, sekolah dia memang banyakla cabaran, dengan lelaki perempuan campur-campur, Chinese, india semua ada, memangla susah sikit nak jaga pakaian, hubungan apa semua. Tapi dia kata,

“but we decide to be different”

Subhanallah. Memang bertambah-tambah kagum saya kat dia. Mereka berenang melawan arus!

Dia cakap, dia ikut usrah secara underground dengan ada sorang makcik. Dia yang carikkan orang untuk form satu kumpulan usrah. Dan Nora salah sorang usrahmate dia.

Nora pun sama, memang mereka nampak berkobar-kobar nak amalkan islam. Kalau saya cerita apa-apa pasal Islam ke, mesti muka curious + excited gila. Subhanallah, hebatnya semangat. Saya nampak satu-satu perubahan dia.

Mula-mula, dia pakai t-shirt biasa, tudung pendek. Lama-lama, saya ingta lagi dia pernah tanya pasal baju yang dia pakai, namapak bentuk badan / tak. Bila saya kata ya, dia terus tak pakai, atau kalau terpaksa pakai pun, dia takkan pergi tempat ada ikhwah.

Pastu, dia pernah tanya saya ada tubung labuh tak sebab dia nak pinjam. Bila saya bagi tudung bulat saya, obvious gila muka bahagia dia, siap pakai tudung tu lama-lama. Dan sejak tu, jarang saya nampak dia pakai tudung dia. Mesti dia pinjam tudung orang lain pulak.

Dan saya ingat lagi, waktu kami diberi task untuk distribute bulletin dekat selayang mall, saya jalan sekali ngan dia dan beberapa yang lain. Kitorang makan dulu sebab perut lapar tak lunch padahal dah lepas asar dah. Tengah-tengah kitorang makan, terserempakla dengan ahli kumpulan lain, diorang cakap dah habis bagi bulletin. Pastu muka nora macam tak senang, dia kata

“isy, risaula”

“kenapa?”

“takut diorang main bagi je, tak explain betul-betul”

Dia memang betul-betul nak dakwah. Awal-awal, kitorang semua stok malu-malu nervous nak approach orang, tapi dia dengan selambanya tegur semua orang, tak kiralah muslim ke non-muslim ke, abang subway ke, kakak depan toilet mahupun amoi yang jaga kedai kasut.

Malah, bila saya nak approach ada sorang kakak ni, dia kata

“ala, kalau boleh carila yang Chinese, diorang dah tau pasal Islam. Kalau boleh nak bagi orang yang tak tau.”

Memang nampak jelas kesungguhan dia. Dia siap berlatih dulu, kaji dulu bulletin tu pasal apa, dan kalau ada yang dia tak faham, dia akan tanya orang. Dia kata,

“satu-satu ilmu tu, kalau kita pass kat orang lain, kita akan rasa puas!”

Ingat lagi hari-hari terakhir dekat kem, waktu tu tengah basuh baju untuk kali terakhir,

“diyana”

“ye?”

“nanti kita kena bincang something”

“apa dia?”

“macamana nak explain kat orang, yang couple tu haram”

Subhanallah, dalam terkejut, saya memang kagum. Diam dia, berfikir tentang Islam. Cakap dia, untuk tahu lagi tentang Islam.

Sungguh, pertemuan dengan mereka, sebenarnya satu peringatan daripada Allah. Kalau saya tak sanggup pikul amanah untuk berdakwah, Allah akan gantikan saya dengan orang lain yang lebih baik.

Astaghfirullah, nauzubillah.


nurul, nora

Malam

Kem Rimba Tamu ni boleh dikatakan pet zoo (sukahati) sebab kakak2 fasi merupakan pencinta kucing maka banyaklah kucing yang mendiami kem tersebut. Kucing kutip kat pasar pun ada. Saya pernah nampak sorang kakak fasi ni (nama dirahsiakan), bangun2 tido, 1st thing dia buat ialah, ambil anak-anak kucing bawak pergi mana tah. Pastu mak kucing2 tu angkut balik anak-anak dia bawak tempat asal. Tersengih je setiap kali teringat.

Ok, sebenarnya nak cerita pasal seekor kucing bernama ‘malam’. K Asma’ kata nama dia malam sebab dia warna hitam. Kalau pegang dia masa pakai jubah hitam, gerenti orang tak persaan ‘malam’ ada haha.

selamat malam :P


“malam” ni memang manja sangat teramat. Eh ye ke, tak taulah. Tapi dia sangat suka kacau orang masa orang tengah solat. Waktu mula-mula kena kacau dulu, terkejut jugak. Tengah tahiyat akhir, bukak-bukak mata, tiba-tiba da benda warna hitam atas riba, syok je dia tidur. Nasib baik tak gugur jantung ni~!

Tapi tu kira ok lagi. Lama-lama, entahlah, manja dia makin menjadi-jadi ke apa. tengah solat, boleh dia masuk bawah jubah orang. Awal-awal dulu, memang ‘terdiam seketika’lah kata orang. Tapi lama-lama tu buat biasa je lah, malam sejuk kot waktu tu.

Lepas tu, waktu orang tengah sujud, boleh dia datang landing dekat tempat orang sujud, pastu jilat-jilat jarilah dagulah huaaaa. Ada sekali tu, waktu saya tengah sujud, dia panjat belakang tengkuk saya. Tapi tu boleh tahan lagi, tiba-tiba dia jalan naik atas belakang saya. Pastu duduk diam kat situ. Lama lepas tu, tak bergerak jugak. Memang sah tidur, err.

Dan yang pasti dia pernah buat saya terbatal solat. Sebab dia pergi bersemayam dekat atas kaki saya masa saya tengah sujud. So, bayangkanlah macamana saya nak duduk antara 2 sujud??? Boleh kata setiap hari dia akan datang kacau. Kalau nasib agak baik dia akan duduk diam-diam kat tepi.

Tapi 1 hari tu tiba-tiba saya macam perasan, kenapa lama tak nampak ‘malam’. Rupa-rupanya pak cik Amran dah bawak dia balik rumah. Takde yang teman saya solat dah. Tu lah, konon annoyed, kan dah rasa kehilangan haha.



Syifa’

Ok, waktu mula-mula, saya rasa kekok gila nak panggil dia syifa’ sebab dah ada syifa’ kamaruddin :P

“ana ingatkan ana ni dah gelabah dah, rupanya ada orang lagi gelabah dari ana”

Syifa’ yang cakap. Hampeh punya syifa’.

Kami sama-sama ajk kebajikan. So, selalulah kerja sama-sama. Buat air untuk penceramah sama-sama, jaga kebajikan peserta sama-sama, macam-macamlah.

Kadang-kadang, penceramah dah on the way ke dewan makan dah, padahal kitorang air baru letak atas dapur. Itu yang keluar semua jenis gelabah tu. syifa’ ni jenis bertanggungjawab, kuat bekerja sampai letih, caring dengan semua orang. Semua orang senang dengan dia.

Jadi banyaklah yang saya belajar dari cara dia bekerja, cara dia berinteraksi dengan orang lain.



Semua orang

Hakikat yang tak dapat saya nafikan, saya belajar macam-macam dari semuuua orang. Pengorbanan kakak2+abang2 fasi. Ikhwah & akhawat yang nak berubah. Subhanallah memang seronok sangat melihat perubahan orang, maksud saya ke arah positif.

Sorang, sorang berubah. Yang anti-orang tudung labuh, nak mencuba tudung labuh. Yang tak terfikir pun nak pakai stokin, dah mula biasakan diri dengan stokin. Yang solat lompong-lompong, dah mula cuba solat sunat lagi.

Semua tu sahabat-sahabat di sekeliling saya yang dah banyak ubah cara saya berfikir dan cara saya melihat kehidupan ni.

Mohon doa anda yang membaca, agar kami terus istiqamah.


p/s: kepada bakal lepasan spm, kalau rasa kat rumah takde benda mustahak nak buat, ana sarankan antum pergi MHi. bila kita berinteraksi dengan manusia, kita akan belajar sesuatu tentang kehidupan, insyaAllah.


maaf jika ada salah dalam mana-mana bahagian tulisan saya

Allahu A'lam

Sunday, November 7, 2010

ampunkanlah dosanya.

beberapa hari yang lalu merakamkan episod demam, selesema, sakit tekak dan suara seksi (?) yang telah Allah tulis untuk aku.

jumpa doktor, doktor kata aku kena 'fenjaitis'. majoriti tekak sudah dijangkiti. doktor suruh aku minum air banyak-banyak.

"tapi nak telan air sakit?"

"tekak merah macam tu, doktor tau memang sakit. kalau diyana kata tak sakit tu tipulah"

**ok, itulah sedikit sebanyak gambaran sakitnya tekak aku**

maka, bertemanlah aku akan bubur sahaja.
tak boleh makanan bergoreng, pedas, berlemak.

tapi,

"diyana banyak-banyak makan aiskrim.
nanti bengkak tu kecut". itu kata doktor.

hah? biar betol. terasa heaven seketika.

tapi bukan itu yang hendak dikisahkan. kisahnya begini,



satu hari, macam biasa, masak bubur untuk makan malam. siap

family semua dah ambik tempat duduk dan start makan.
saya masih menguruskan bubur, blend sekejap sampai jadi bubur baby.

tiba-tiba nampak umi kat sebelah,

"makan, umi?"

"ummi nak makan bubur na ni"

"haa?"

tiba-tiba umi bisik,
"nasi tak cukup"

aku check periuk nasi, memang dah licin.

"ha? kesian umi"

"ummi bukannya lapar sangat pun."
kata umi.
wallahu A'lam.

umi tunjuk isyarat diam, jangan bagitau sapa2.

hakikatnya aku memang akan diam.
bukan diam, tapi terdiam.

sepanjang masa dinner waktu tu, aku diam je.
dan perhati

umi buat muka selamba je.

nasi ada lagi, tapi ummi tak ambik takut abi nak tambah,
atau ada orang belum makan.

umi siap offer orang lain tambah lagi.

umi terus je makan bubur aku.

sampai semua orang habis makan.
nampak nasi masih berbaki, baru ummi start makan nasi.

ummi lagi fikirkan family dari diri dia sendiri.
saya tau, mak orang lain pun mesti macam tu jugak.

argh, saya sayang ummi.
Tuhan, ampunkanlah dosanya.


Monday, August 9, 2010

menahan

" dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah
hanyalah orang-orang yang kafir"
[12:87]


futur
Tuhan, ampunkanlah aku.

Sunday, July 11, 2010

seminggu berlalu

balik debat, memang pack sangat-sangat. tersepit dalam mengejar apa yang tertinggal. alhamdulillah, baru lapang sikit. walaupun dah seminggu berlalu, saya nak post jugak. untuk diri saya. juga anda yang sudi membaca.

* * * * * * *
debat musleh

080710

baru sampai, terus lawan 4 match straight.

alhamdulillah. dapat jugak habis. fuh, memang lemau otak.
(keputusan boleh refer huda) ini memang betul-betul pemaleh ni

090710

ada demo debat BM. debaters dia, random pick je, campur-campur sekolah. tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena jadi Tuan Yang DiPertua 'yang didatangkan khas dari gombak'. hmm, puas ngelak, kena jugak. belasah je la, last-last tak dapat tengok match BA. huu sedih.

100710

"berilah hadiah sesama kamu, nescaya kamu akan saling menyayangi"

hari tu aku pakai baju kurung yang kainnya dihadiahkan oleh huda. dia orang 1st bagi hadiah birthday aku tahun ni. dia beli waktu pergi i'dad du'at dulu. dia cakap tu hadiah birthday, and nak pujuk aku masuk debat musleh. dia suruh siapkan baju tu sebelum debat. and ni first time aku pakai. "diyana, anti kena mandi cepat-cepat ana nak tengok nt pakai baju tu" hahahahaha geliii

waktu tengok match BI. round 4 kalau tak silap. pelik jugak, macam tak cukup orang je, penonton dia. far, sarah suma yang semangat kata nak duduk dekat Putra 1 hari pun tak muncul2 lagi. pastu, tiba-tiba huda ajak gi ambik barang dekat bilik.
sampai-sampai, huda bukak pintu, macam pelik apasal lampu dah siap terbukak. sekali mak oih sedozen orang berwajah excited di dalamnya sedang mendendangkan lagu 'selamat hari jadi', di samping wisel-wisel, belon-belon berterbangan serta kek-kek dan sebagainya. eh eh untuk saya ke teehee. "SIAPA MASTER MIND NI HAAA???!!"

subhanallah. subhanallah. subhanallah serius terharu. sungguh-sungguh mereka nak raikan saya. mereka memang anugerah Allah. sungguh, aku memang tak pernah terfikir mereka akan buat sedemikian untuk aku. sebabnya, itu bukan tradisi keluarga kami, saya tak dibiasakan dengan sambutan macam tu. kalau sambut pun bersederhana saja. aku bersyukur dengan itu. tapi tak pernah pulak sangka mereka akan sambut aku sebegini. mcm tak percaya "untuk aku ke ni?" haha. terima kasih semua. cg shikin, far, anith, sarah, huda, aimi, tipah, syi, wardah, anis. kuatkanlah ikatannya ya Allah, kekalkanlah cintanya ya Allah.


ok, ready makan, solat. lepas tu quarter. family datang. err segannya. tp syukur alhamdulillah at least family saya datang, terasa meriah ceyp. quarter, kitorang kalah margin 1 dengan hira'. masing-masing rasa bersalah. yang ni rasa tak menyumbang apa-apa, yang tu rasa selfish tak share isi, yang nun rasa takda facts, yang lagi 1 nun rasa tak berjaya patahkan kes. oh stop. takpa, aturan Allah tu takde cacat celanya. pasti ada hikmahnya. pasti.

habis. ummi balik. anak-anak usrah saya,

"k.diyana, lepas ni k.diyana nak pergi mana?"
"takda mana pun, tak tau lah mungkin nak post mortem"
"jom tangkap gmbar"
"jom jom"

"cepatlah"
"nak tangkap kat tingkat 12, yang atas skali tu, best, cantik..."

alang-alang da takda aktiviti tu layan je lah
"okeh jom"

dah lah dalam lif pun nak bergambar budak-budak ni, segan tehee. nasib baik da takkan jumpa orang-orang yang dijumpai tu huhu.

okay, sampai tingkat 12. tiba-tiba je budak-budak tu suma berpecah. aih, kata nak tangkap gambar.

"k.diyana, jomla kat sini"

saya keluar ke bahagian open air tu

tiba-tiba, ada orang lain bawak kek sambil nyanyi happy birthday lagi (situasi hampir sama dengan di atas) wohoho "lagi sekaliii?????"

ya, lagi sekali. tapi kali ni dengan tambahan topi blink2 dan pom-pom serta lagi satu kek. dari anak-anak usrah saya. uhuh, termia kasih adik-adikku! juga di balik tabir, cg shikin and the gang.

subhanallah. maha suci Allah. Engkaulah yang menghidupkan kecintaan antara kami ya Allah.

terima kasih, adik-adikku. maiyah, husna, min, bihah, sarah. dan yang tak dapat datang, insyaAllah, lain kali ada rezeki kita kumpul lagi ;) dont be sad okayh?

12 julai

balik.

thousands appreciation.

all supporters near or far (ayat sesuka hati)

umi, abi, cg shikin, huda, kinah, balong, far, anis, aimi, syi, tipah, wardah, anith, nabihah, dan semua2 lah yang wish.

"sebaik-baik penghargaan adalah doa"

saya sayang anda semuaa!!

* * * * *

p/s: mintak maaf terlalu pendek, melunaskan post yang baru ditulis separuh mungkin? maafkan saya.

wallahu A'lam