Sunday, November 9, 2008

satu cerita

hari itu, kudratku terasa tidak cukup,
bertungkus-lumus bersama-sama teman yang lain membuat persediaan untuk majlis perpisahan esoknya,

ah, aku benar-benar keletihan,
tambah lagi dengan keadaanku yang sedang berpuasa,
oh, tuhan, empunya segala kekuatan, berilah aku kekuatan,

selesai solat asar berjamaah,
aku terasa kembali bertenaga,
sungguh, cas-cas dalam badanku kini telah stabil,
lantaran pertukaran cas dengan teman2ku
apabila kami berdiri rapat-rapat,
wah, indanhnya islam..
dan aku bersyukur menjadi sebahagian daripada agama ini..

aku dan teman-teman kembali meneruskan persiapan
kali ini, kami menyiapkan pentas
kami hanya menghias,
rangkanya kaum lelaki sudah siapkan
ada yang handle bahagian kerusi dan lain-lain

walaupun aku bukan ajk pentas,
saja aku pulang lewat untuk menghulurkan bantuan,
kerana aku sedar tugas itu bukan mudah,
memerlukan tenaga yang banyak,
saat kami bertugas,
banyaklah idea yang keluar
aku salah seorang penyumbang
(saje je nak sebut..hehe)

aku terus leka membantu,
ikat-ikat dan lain,
tanpa aku sedar masa sudah melepasi jam 6.30 petang
ah, aku harus pulang,
aku sudahkan apa yang sedang aku lakukan,
terus berkemas dan bergerak untuk menuju ke pagar depan

kakiku melangkah laju turun dari pentas
seketika tercari-cari di mana aku letakkan kasutku sebentar tadi
kaget juga dibuatnya, bimbang ditinggalkan,
aku mahu pulang.!

hah, jumpa pun!
cis, siapa pulaklah yang tolak masuk bawah meja ni?
aku taulah kasut aku buruk...
aku tidak tunggu lama,
teru memasukkan kakiku
dan ingin segera pulang

tiba-tiba...
aku terasa sesuatu,
lembik-lembik dalam kasut kananku,
gulp! aku dah fobia,
takkan katak kot??
eh, tak mungkinlah,
katak besar sangat,
hmm, stokin terlipat kot,

pedulikan je lah,
aku teruskan langkah,
tiba-tiba, makhluk aneh itu terasa bertukar tempat,
ia bergerak!
aku terus memaksa diriku berfikiran positif,
terus melangkah,
eh, bergerak lagi!!!

aku dah terbayang yang pelik-pelik,
segera aku keluarkan kakiku dari kasut hitam itu,
menguis-nguis kaki di lantai,
menghilangkan kegelian..

lantas, terlihatlah,
kepala kecil yang terjengul keluar dari kasut,
diikuti separuh badannya,
ah, MENGKARUNG!

aku memegang kasutku,
dan mengkarung itu terus menyusup keluar,
melengkok-lengkok badannya melarikan diri,
sayangnya, aku nak tangkap,
tapi tak sempat,
apabila kelibatnya menghilang ke bawah pentas,
(siapa yang buat persembahan tu, beware! hahah)
aaa, aku rindu mengkarung itu..
tapi, aku tidak menatap pemergian binatag itu lama,
jarum jam yang begerak memaksa aku bergerak sama...

kini, rasa terkejut dalam diriku sudah berkurang,
aku teringat kisah katak masuk ke dalam kasutku,
aku sungguh pelik kerana ia berlaku terlalu kerap,
takdelah setiap hari,
tapi setahun tu adalah beberapa kali,
bukan kerana aku pengotor,
sebab kalau nak ikut logik,
kasut adik aku tu lagila kotor,
macam-macam bau, lari sana-sini,
nak kata dia suka kasut aku tu, tak jugak,
sebab bila dah tukar kasut baru pun masuk jugak~!
pelik, pelik dan pelik...
sebab tu tiap kali nak pakai kasut,
aku sepak ke tolak-tolak sikit kasut aku,
pastikan takde pape yang menginap di situ,
takut bila dah masuk terasa bontot katak ke,
hahaha.

sampai satu masa,
aku bengang melihat katak dalam kasut aku,
aku selamba cakap,
"aku ni kahwin dengan prince frog ke ape?"
(bunyi perasan pun ada jugak)
tapi apa boleh aku buat,
katak tu macam tak paham-paham,
bengan aku dibuatnya,
taruk racun katak baru tau.

tapi yang ajaibnya,
semenjak aku lafazkan 'kata-kata perasan' tu,
tiada lagi katak dalam hidupku,
hahaha, bahagianya..
mungkin ada yang pelik,
sebab sebelum ni cakap suka binatang,
kenapa tak nak ade katak pulak,
bukan apa, aku takut dia punya kencing...
hehehe

sekarang, katak dah takde,
mengkarung pula jadi pengganti,
kalau koang pelik,
aku lagi pelik,
binatang-binatang tu ingat kasut aku tu zoo ke...

bila cerita kat family,
diorang gelak,
kata abang aku,
"na ni ada daya penarik binatang kot"
wawawa, aku tak berani komen.

semua tu berdasarkan perspektif aku sendiri,
kalau ada yang bunyi macam cerita dongeng tu mintak maaflah ye!

6 comments:

Khalilah Alhuda said...

hahahaa...
patutla org sebuk2 sebut mengkarung2...
ana ingat apasal la...
nt punya pasal la nie...
ana harap lepas habih mengkarung ni dtg cicak plak.. haha
euwwwww!~~

[at least dia boleh tinggalkan ekor die buat kenangan~]

-------> huda merapu ;p

Afham Fuad said...

lepas ni lipas lak duk dlm uh..

Cahaya Bulan said...

hahaha.. lawaklah cite neh.. nasib baik haiwan2 yang tak berbahaya.. hati2 dengan lipan @ yang berbisa.. :)

sevenNeedLes said...

-khalilah
aaa xnak ah cicak,
cicak jahat!

-afham
jgn aa, lipas busuk.

-cahaya bulan
haha, itulah takot jugak.

Anonymous said...

hahaha..(hye mampu tersenyum)

sevenNeedLes said...

(",) senyum balik (",)